![]() |
“Sesiapa sahaja mampu mencintai sekuntum Mawar, tetapi memerlukan cinta yang sangat kuat untuk mencintai sehelai Daun. Ianya lumrah untuk mencintai sesuatu yang Cantik, namun ia juga amat merujakan untuk mencintai sesuatu yang Biasa”. - Unknown
![]() |
Me Before You mengisahkan tentang Louisa Clark (Lou) dan William Traynor (Will). Will merupakan seorang perbankan yang berjaya. Dia terlibat dengan satu kemalangan pada suatu pagi ketika sedang menuju ke tempat kerjanya. Kemalangan itu menyebabkan dia mengalami lumpuh dari tengkuk ke seluruh bahagian bawah badannya. Selepas 2 tahun kemalangan berlalu, Lou muncul di kediaman Will sebagai pembantu di rumahnya. Lou merupakan seorang yang sangat periang.
![]() |
Sumber : bbcamerica.com |
Kehadiran Lou tidak begitu dilayan oleh Will pada permulaannya. Namun, Lou tidak berputus asa dengan perkara tersebut dan mengambil ia sebagai cabaran dalam perkerjaan yang baru diceburinya. Dia terus melayan dan menjaga Will dengan baik.
![]() |
Sumber : warnerbros.com |
Suatu hari, Lou mengetahui akan hasrat Will untuk menamatkan hanyatnya kerana kelumpuhan yang dialami oleh Will tidak akan dapat diubati. Keputusan itu diambil kerana Will merasakan tidak ada manfaat untuk dirinya meneruskan kehidupan.
![]() |
Sumber : ramblingfilm.blogspot.com |
Setelah itu, Lou berazam untuk menunjukkan Will bahawa
meneruskan kehidupan adalah sesuatu yang sangat bernilai, kerana kehidupan itu
sendiri tidak ternilai. Usaha Lou menyebabkan banyak perkara berubah dalam
kehidupan Will yang mana melibatkan hampir keseluruhan hidupnya.
LATAR BELAKANG
Me Before You merupakan sebuah filem English, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengarah kepada filem ini ialah Thea Sharrock dan dilakonkan oleh Emilia Clarke sebagai Louisa Clark, Sam Claflin sebagai William Traynor dan beberapa pelakon yang lain. Ia berdurasi 1 jam 51 minit.
![]() |
Sumber : telegraph.co.uk |
Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang dikarang oleh Jojo Moyes bertajuk Me Before You (2012). Sambungan kepada novel ini diterbitkan pada tahun 2015 bertajuk After You dan pada 2018 bertajuk Still Me.
![]() |
Sumber : penguin.com.au |
Lagu yang terkenal dengan tajuk Photograph
nyanyian oleh Ed Sheeran menjadi lagu latar kepada filem ini.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Jika anda pernah membaca novel Me Before You, sepastinya anda sudah mengetahui bahawa filem ini akan menyentuh emosi anda. Filem ini memaparkan kepelbagaian emosi yang biasa dirasai oleh setiap orang di dalam kehidupan seharian. Emosi ini dapat mempengaruhi ‘mood’ anda ketika menonton.
![]() |
Sumber : scroll.in |
Dalam kehidupan, tidak akan hanya berlaku perkara yang indah dan menggembirakan sahaja. Ia akan diwarnai dengan bermacam-macam kejadian dan peristiwa yang mencorak perwatakan serta emosi harian anda.
![]() |
Sumber : vanityfair.com |
Filem ini mempunyai kelainan yang tersendiri daripada filem romantik lain di mana jalan ceritanya agak berlainan. Para pelakon juga sangat mendalami watak yang dibawa dan menghasilkan sebuah lakonan yang sangat hebat. Hal ini membuatkan emosi yang ditonjolkan dapat dirasai dan difahami oleh para penonton. Tidak dilupakan, musik dan lagu yang digunakan amat sesuai dengan tema serta jalan cerita. Ia membuatkan hati penonton tersentuh dengan adengan yang dipaparkan.
![]() |
Sumber : thetimes.co.uk |
Untuk pesanan khas kepada anda yang ingin menonton filem ini, pastikan, anda menyediakan tisu ataupun kain sapu tangan sebelum menonton. Rata-rata peminat filem ini mengatakan ia sangat menyentuh emosi anda. Tidak hairanlah filem ini mampu memenangi anugerah Favorite Dramatic Movie di People's Choice Awards.
![]() |
Sumber : latimes.com |
Secara keseluruhannnya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak
9/10. Filem ini tidak akan menghampakan anda sebagai penonton.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution
One Day (2016) – From Crush To Lover
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
The Imitation Game (2014) – Behind Every Code Is An Enigma
0 Comments