![]() |
Setiap sekolah pasti akan ada individu yang mempunyai nama
yang sama, sebagai contoh, Siti, Nurul dan Nur. Setiap sekolah juga akan ada
pembahagian golongan terhadap pelajar seperti golongan suka langar peraturan,
golongan terkenal dan tidak terkecuali golongan terpinggir.
May Who? (May Nai Fai Raeng Frer) mengisahkan tentang dua orang pelajar, Pong dan May Nai (May Who) yang tergolong dalam golongan yang terpinggir. Golongan ini dianggap sebagai halimunan (invisibles) pada pandangan pelajar-pelajar yang lain.
![]() |
Sumber : sasidisphoto.com |
Pong merupakan seorang yang suka melukis komik. Dia melukis
komik berdasarkan kehidupan hariannya dan dijadikan seperti diari. Dia
mempunyai ‘crush’ terhadap seorang pelajar bernama Ming. Dia menjadkan
Ming sebagai ‘heroine’ di dalam komiknya.
May Who merupakan seorang pelajar yang tidak terlalu bergaul dengan pelajar lain. Dia mempunyai kelebihan yang dimiliki sejak dari kecil lagi. Apabila kadar degupan jantungnya meningkat laju, dia akan menghasilkan cas elektrik pada badanya. Dia juga mempunyai ‘crush’ terhadap seorang pelajar lelaki yang tergolong dalam kategori golongan terkenal. Lelaki tersebut bernama Fame.
![]() |
Sumber : themoviedb.org |
Suatu hari, Pong tersalah menghantar buku komiknya sebagai buku latihan kepada gurunya. May Who yang mengedarkan kembali buku latihan tersebut mengetahui akan rahsia Pong yang menaruh perasaan terhadap Ming. Kemudiannya, Pong mengetahui satu rahsia besar berkaitan May Who iaitu May Who menyukai Fame, pelajar paling terkenal di sekolah itu. Pong dan May Who bersetuju untuk saling membantu di antara mereka berdua dalam memenangi hati ‘crush’ masing-masing.
![]() |
Sumber : imdb.com |
LATAR BELAKANG
Filem May Who? (May Nai Fai Raeng Frer) merupakan sebuah filem Thailand bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2015. Pengarah filem ini ialah Chayanop Boonprakob, yan juga terkenal dengan menjadi pengarah kepada filem SuckSeed (2011) (klik disini). Filem ini dilakonkan oleh Sutatta Udomsilp sebagai May Who (May Nai), Thiti Mahayotaruk sebagai Pong, Thanapob Leeratanakajorn sebagai Fame dan ramai lagi. Mereka ini terkenal dengan siri drama bertajuk Hormones : The Series. Filem ini berdurasi 2 jam.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Nama May merupakan antara nama yang paling banyak digunakan di Thailand. Apabila disebut nama May, semua orang akan berkata “May Nai?” yang merujuk kepada pertanyaan “May Who?” (May yang mana?). Justeru itu, tajuk filem ini diambil daripada perkara ini dan terhasillah tajuk May Who.
![]() |
Sumber : ultimagz.com |
Filem ini juga mengeluarkan sebuah komik yang mempunyai tajuk yang sama iaitu May Who? (May Nai Fai Rang Frer). Komi tersebut turut diterbitkan pada tahun 2015. Menurut pengarahnya, komik tersebut adalah seperti prekuel terhadap filem May Who. Ia lebih memfokuskan tentang kisah watak May Who.
![]() |
Sumber : neocinemap.asia |
Filem May Who? telah dicalonkan dalam banyak kategori di
pelbagai ‘film festival’. Namun, hanya beberapa kategori sahaja yang
berjaya dimenangi, antaranya ialah Celebrity Film Actress of the Year di
Daradaily The Great Awards 5 (2015), Performance of the Year di Bioscope
Awards 2015 dan Best Female Lead di Thai Film Director Association
Awards (2016).
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Daripada 6 golongan yang disebut di dalam filem ini, anda
tergolong dalam golongan yang mana sewaktu di sekolah? Semoga anda tidak
tergolong dalam golongan pembuli. (hehe)
Mempunyai perasaan terhadap seseorang itu adalah lumrah kehidupan. Sesiapa sahaja akan mengalami perkara sebegitu. Akan tetapi, mempunyai kelebihan menghasilkan cas elektrik adalah sesuatu yang sangat diluar kemampuan otak kita untuk mempercayainya.
![]() |
Sumber : liputan6.com |
Tunjang utama filem ini boleh dikategorikan sebagai agak ‘cliché’. Namun begitu, olahan dan jalan cerita yang diguna membuatkan filem ini tidak kelihatan sebgai sebuah filem yang ‘cliché’. Anda boleh memahami apa yang H.I katakan sebagai ‘cliché’ setelah anda menonton filem ini.
![]() |
Sumber : harnas.co |
Tidak terkecuali, hasil lakonan dan watak yang dibawa sangat
bagus dan sesuai dengan penceritaan. Hal ini menjadikan ia terasa dekat dengan
kehidupan para penonton sewaktu di zaman persekolahan. Adengan lawak yang
diselitkan juga mampu menghiburkan dan membuatkan anda ketawa.
Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.3/10.
Anda pasti akan terhibur menonton filem ini.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
Artikel Berkaitan :
SuckSeed (2011) – Cinta Tiga Segi Zaman Persekolahan
One Day (2016) – From Crush To Lover
ATM - Er Rak Error (2012) – Siapakah Akan Menjadi Pemenang Dalam Permainan Cinta?
Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other
0 Comments