![]() |
Ketika kita masih di zaman kanak-kanak, kira sering berhajat
untuk cepat dewasa kerana beranggapan menjadi dewasa itu menyeronokkan. Apabila
kita sudah dewasa, kita pun mula teringat akan kisah ketika di zaman
kanak-kanak. Zaman di mana ia dipenuhi dengan kenangan dan perkara yang
menyeronokkan serta dihiasi dengan gelak ketawa tanpa perlu memikirkan masalah
dunia.
Fan Chan atau My Girl mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak, Jeab dan Noi-Naa yang membesar bersama sejak kecil. Mereka bukanlah adik-beradik kandung, tetapi mereka membesar bersama kerana ibu mereka berkawan rapat.
![]() |
Sumber : marrosefilms.wordpress.com |
Kedua-dua keluarga mereka tinggal di sebuah pekan yang majoritinya adalah berbangsa Cina. Rumah mereka adalah rumah kedai yang dipisahkan dengan sebuah kedai runcit. Ayah kepada Jeab dan Noi-Naa bekerja sebagai tukang gunting rambut di kedai masing-masing.
![]() |
Sumber : mynoirblog.blogspot.com |
Jeab dan Noi-Naa bersekolah di sekolah yang sama. Mereka selalu duduk bersama-sama ketika menaiki bas ke sekolah. Mereka juga sentiasa bermain bersama di waktu petang ditemani oleh kawan-kawan perempuan yang lain. Disebabkan Jeab selalu bermain bersama kawan perempuan, dia disisihkan oleh kawan lelaki yang lain.
![]() |
Sumber : thesmartlocal.com |
LATAR BELAKANG
Fan Chan (My Girl) merupakan sebuah filem Thailand bergenre ‘Coming-of-age’ dan Romantik yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini menjadi debut kepada 6 orang individu sebagai Penulis-Pengarah yang dibarisi oleh Vitcha Gojiew, Songyos Sugmakanan, Nithiwat Tharathorn, Witthaya Thongyooyong, Anusorn Trisirikasem dan Komgrit Triwimol. Filem ini juga dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat seperti Charlie Trairat sebagai Jeab, Focus Jirakul sebagai Noi-Naa dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 51 minit.
![]() |
Sumber : shortshorts.org |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Jika anda ingin merasakan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, filem ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Latar masa pada tahun 80-an/90-an yang dipaparkan dalam filem ini membuatkan anda terkenang kembali zaman persekolahan dahulu. Mungkin juga terdapat sesetengah daripada anda yang sukar berbuat sedemikian rupa kerana membesar dengan ‘gadget’.
![]() |
Filem ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang kebanyakan daripada kita pernah lalui sewaktu kecil dahulu. Antaranya termasuklah bergaduh dengan kawan, membuat persembahan di sekolah, mandi sungai, bermain permainan tradisional dan banyak lagi.
![]() |
Sumber : thaifilminsight.blogspot.com |
Jika anda pernah menonton dan suka akan filem Tentang Bulan (2006), maka, anda sepastinya akan jatuh cinta dengan filem ini. Terdapat sedikit adengan dan jalan cerita yang seakan sama dengan filem Tentang Bulan di dalam filem Fan Chan (My Girl). Ia membuatkan H.I terfikir ketika menonton filem ini, bahawa, mungkin terdapat babak dalam filem Tentang Bulan yang dirujuk daripada filem Fan Chan (My Girl). Hal ini hanyalah anggapan sahaja, tiada bukti ianya adalah benar.
![]() |
Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10.
Filem ini sangatlah mengimbau kenangan lalu. Tidak dilupakan kualiti lakonan
yang dibawa oleh barisan pelakon. Anda mungkin mengalirkan air mata ketika
menonton filem ini.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
BangkokTraffic (Love) Story (BTS) 2009
One Day (2016) – From Crush To Lover
The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pun Lan) - One of Thailand's Youngest Billionaires
Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher
0 Comments