Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English? | NATCA

Terdapat beratus-ratus bahasa dan dialek yang terdapat di dunia ini. Bahasa Inggeris merupakan salah satu medium untuk manusia berkomunikasi dengan bahasa yang sama agar difahami oleh setiap pihak. Hal ini menyebabkan wujudnya golongan yang terlalu mengangkat bahasa tersebut sehingga memandang rendah terhadap bahasa ibunda sendiri.

English Vinglish mengisahkan tentang seorang wanita bernama Shashi. Dia merupakan seorang isteri kepada Satish dan ibu kepada 2 orang anak, Sapna (perempuan) dan Sagar (lelaki). Dia juga bekerja sebagai seorang usahawan kecil dengan menghasilkan dan menjual Laddu, kuih tradisional India. 

Sumber : imdb.com

Shashi tidak mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Dia selalu meyebut perkataan dengan sebutan yang salah apabila menggunakan bahasa tersebut. Perkara itu menjadi satu hiburan kepada suami dan anak perempuannya. Mereka berdua akan tertawa kerana terhibur apabila Shashi menyebut dengan salah. Mereka memperlekehkan kesalahan yang dibuat oleh Shashi. Shashi menjadi sedih dan tidak mahu lagi bercakap dalam bahasa Inggeris kerana dia dipandang rendah serta tidak dihormati oleh anak perempuannya. 

Sumber : fallinginlovewithbollywood.com

Suatu hari, kakak kepada Shashi, Manu, menjemputnya sekeluarga untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Manu di New York. Shashi bertolak ke New York 5 minggu lebih awal untuk membantu Manu membuat persiapan majlis tersebut. 

Sumber : asridevi.blogspot.com

Di New York, Shashi terasa teramat asing kerana dia tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Perkara itu membuatkan dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa perkara termasuklah membeli air kopi di sebuah kafe. Dia hilang semangat diri untuk terus tinggal di sana untuk beberapa minggu yang masih berbaki. 

Sumber : filmibeat.com

Shashi ternampak satu iklan berkaitan kelas tuisyen bahasa Inggeris. Dia bernekad untuk menghadiri kelas tersebut untuk belajar bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia mendaftar kelas tersebut secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah kakanya, Manu. Namun begitu, anak saudara perempuannya, Radha dapat mengetahui akan perkara tersebut dan berjanji untuk merahsiakannya. Radha juga membantu Shashi dalam menguasai bahasa Inggeris. Dapatkah Shashi bertutur dalam bahasa Inggeris hanya dalam masa 4 minggu?

 

LATAR BELAKANG

English Vinglish merupakan sebuah filem India (Bollywood), bergenre Komedi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2012. Pengarah filem ini ialah Gauri Shinde dan dilakonkan oleh  Sridevi sebagai Shashi, Adil Hussain sebagai Satish (suami Shashi), Mehdi Nebbou (pelakon Perancis) sebagai Laurent (rakan kelas tuisyen), Priya Anand sebagai Radha (anak saudara perempuan) dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 14 minit. 

Sumber : imdb.com

Filem ini menjadi antara filem yang paling berjaya sejurus tayangan perdananya pada 4 Oktober 2012. Hasil kutipan filem ini mencecah ₹907,680,360 (RM50,700,793.72) dari seluruh dunia. Ia juga dicalonkan dalam banyak kategori di beberapa ‘film festival’. Antara anugerah yang dimenangi termasuklah anugerah Pelakon Terbaik (Sridevi) di IRDS Film Award for Social Concern, Best Debut Director (Gauri Shinde) di Stardust Awards dan beberapa anugerah yang lain.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Bayangkan, kalau kawan kita yang mengejek dan mempersendakan kita pun, kita dah terasa, inikan pula anak sendiri yang berbuat sedemikian. Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, kita ditertawakan, dijadikan bahan lawak serta dipandang rendah. Lagi teruk, sampai anak kita berasa malu untuk mengaku ibu di depan kawan-kawanya kerana ibunya tidak boleh berbahasa Inggeris dengan betul. Perkara ini tidak asing dalam dunia ini. Ia masih lagi wujud dikalangan masyarakat kita yang memperlekehkan individu yang tidak mempunyai kemahiran dalam bahasa Inggeris. 

Sumber : erosnow.com

Filem ini terlalu banyak pengajaran yang dipaparkan untuk disampaikan kepada para penonton. Antaranya termasuklah jangan dipandang hina orang yang kurang berkemahiran daripada kita. Ia tidak mendatangkan apa-apa faedah terhadap diri sendiri. Selain itu, cintailah bahasa ibunda sendiri. Janganlah kita terlalu mengangkat bahasa asing sehingga melupakan dan mengabaikan bahasa ibunda yang tercinta. Bahasa jiwa bangsa. 

Sumber : fallinginlovewithbollywood.com

Jalan cerita filem ini agak menarik dan menghiburkan. Hasil lakonan yang ditonjolkan juga sangat baik terutamanya oleh Sridevi. Hal ini dapat dibuktikan dengan anugerah pelakon terbaik yang telah dimenanginya. 

Sumber : imdb.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10. Filem ini sangat bagus untuk ditonton tidak mengira usia. Pengajaran yang dipaparkan juga sangat mendalam.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

 

Artikel Berkaitan :

Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future

Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015

Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes

The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking


Post a Comment

0 Comments