Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

ATM - Er Rak Error (2012) – Siapakah Akan Menjadi Pemenang Dalam Permainan Cinta? | NATCA


ATM - Er Rak Error mengisahkan tentang satu pasangan bercinta, Sua dan Jib yang bekerja di sebuah syarikat perbankan. Syarikat perbankan tersebut mengamalkan satu larangan yang sangat tegas. Larangan tersebut adalah ‘fraternization’. Semua pekerja tidak dibenarkan mempunyai apa-apa hubungan di antara sesama pekerja kecuali hubungan sebagai rakan sekerja. Mana-mana pekerja yang melanggar larangan ini dan didapati bersalah, maka salah seorang daripada pasangan tersebut akan dibuang kerja serta merta. 

Perhubungan Sua dan Jib berada dalam keadaan baik sehinggalah mereka merancang untuk berkahwin. Mereka membuat perancangan itu kerana serabut dengan tekanan dalam merahsiakan perhubungan mereka. Namun begitu, Sua dan Jib, kedua-duanya tidak mahu meletakkan jawatan mereka. Perkara tersebut membuatkan mereka bergaduh besar. 

Suatu hari, terdapapt sebuah mesin ATM (Automated Teller Machine) mengalami kerosakan sistem. Kerosakan tersebut telah menyebabkan ATM tersebut mengeluarkan duit sebanyak 2 kali ganda. Hal itu disedari oleh seorang pengguna ATM tersebut ketika pembuat pengeluaran duit di situ. Berita tersebut disampaikan kepada kawanya yang sedang menonton perlawanan bola sepak dan mendapat perhatian seluruh penonton di sana. ATM tersebut diserbu oleh semua penonton daripada perlawanan bola sepak tersebut. 

Jib ditugaskan untuk mendapatkan kembali duit yang telah tersalah dikeluarkan oleh ATM tersebut. Jib mengambil kesempatan itu untuk membuatkan Sua menyelesaikan tugas tersebut. Kemudian, hal itu bertukar menjadi persaingan di antara mereka berdua dalam menentukan siapa yang akan berhenti kerja. Hal itu akan ditentukan apabila salah seorang daripada mereka yang tidak berjaya mendapatkan kembali duit yang telah tersalah dikeluarkan oleh ATM tersebut akan mengalah dan berhenti kerja. Bermula daripada itu, mereka bersaing mengunakan perlbagai strategi dan taktik tersendiri. 


LATAR BELAKANG

Filem ATM - Er Rak Error merupakan sebuah filem Thailand bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2012. Pengarah filem ini ialah Mez Tharatorn dan dilakonkan oleh Chantavit Dhanasevi sebagai Sua, Preechaya Pongthananikorn sebagai Jib dan ramai lagi pelakon yang sepastinya dapat anda mengenal pasti daripada filem-filem yang lain. Penerbit kepada filem ini pernah menerbitkan filem yang terkenal seperti Bangkok Traffic (Love) Story – BTS (2009) (klik sini) dan Hello Stranger (2010) (klik sini). Ia berdurasi 2 jam 3 minit. 

Sumber : adekurnia1686.wordpress.com

Selain itu, filem ini pernah menjadi filem paling tinggi meraih kutipan dibawah terbitan GDH dengan jumlah ฿150 juta (baht) sebelum dirampas tahta oleh filem Pee Mak pada tahun 2013. 

Sumber : imdb.com

Disebabkan itu, filem ini telah memenangi anugerah Top Grossing Film Award di Bangkok Critic's Assembly pada tahun 2013. Ia juga dicalonkan di ‘film festival’ yang lain seperti Thailand National Film Association Awards (2013) dan Osaka Asian Film Festival (2013).

Boleh Menonton di:

Viu

 

 

REVIEW (Ulasan)

GDH terkenal dengan filem-filem terbitanya yang banyak menjadi terkenal dan berkualiti. Tidak terkecuali filem-filem yang sangat kelakar. Apabila melihat logo GDH pada permulaan filem, kita pasti akan yakin bahawa filem tersebut tidak akan menghampakan kita sebagai penonton. 

Filem ini memaparkan adengan-adengan yang penuh dengan lawak jenaka dari permulaan filem sehingga kepenghujungnya. Penonton akan disajikan dengan lawak yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata dan sakit perut kerana ketawa. 

Barisan pelakon di dalam filem ini sangat menghayati watak. Perwatakan yang dibawa oleh para pelakon menjadikan filem ini berkualiti dan tidak bosan untuk ditonton. Hal ini dapat dilihat pada hasil lakonan yang dibawa oleh kedua-dua pelakon utama, Chantavit Dhanasevi dan Preechaya Pongthananikorn serta dibantu oleh pelakon lain yang tidak kurang hebatnya. Tidak hairanlah filem ini mampu mendapat hasil kutipan yang sangat tinggi. 

Secara keseluruhanya, H.I tidak teragak memberikan ‘rating’ sebanyak 9.5/10. Filem ini sepastinya tidak akan menghampakan penontonnya.

Selamat menonton. Jumpa agi. Cau luh.


TRAILER : 


Artikel Berkaitan :

BangkokTraffic (Love) Story (BTS) 2009

One Day (2016) – From Crush To Lover

The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pun Lan) - One of Thailand's Youngest Billionaires

Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other


Post a Comment

0 Comments