![]() |
Jika anda diberi peluang untuk mengubah masa lampau, apakah
yang anda akan ubah? Jika anda boleh ‘relive’ masa lalu, mampukah anda
mempunyai sebuah kehidupan yang sempurna?
About Time mengisahkan tentang Tim Lake dan keluarganya yang tinggal di sebuah rumah di tepian pantai. Tim mengetahui tentang satu rahsia yang dimiliki oleh keluarganya ketika dia berusia 21 tahun. Hal itu diberitahu oleh ayahnya, James Lake. James Lake menyatakan bahawa keluarganya diberikan satu kelebihan, iaitu kemampuan untuk kembali ke masa lampau. Kelebihan tersebut diwariskan secara turun-temurun kepada anak lelaki di dalam keluarga mereka.
![]() |
Sumber : loganbushey.com |
Pada suatu hari, Tim berkenalan dengan sorang wanita bernama Mary. Dia jatuh cinta terhadap Mary. Selepas itu, Tim ada menggunakan kelebihan yang diwarisinya untuk kembali ke masa lampau. Dia berbuat sedemikian untuk menolong Harry. Kemudiannya, Tim mendapati masa kini (present) telah berubah akibat daripada perbuatannya yang mengubah masa lampau. Hal itu disedarinya apabila Mary, wanita yang baru sahaja dikenali kini tidak lagi mengenalinya.
![]() |
Sumber : thedissolve.com |
Selepas daripada kejadian tersebut, Tim kerap kali kembali ke masa lampau. Dia kemudiannya mengetahui satu perkara yang besar berkaitan kelebihanya untuk kembali ke masa lampau. Jika dia mengubah masa lampau, masa kini (present) akan berubah dan akan memberikan kesan terhadap semua perkara. Perkara itu akan mengorbankan saat berharga yang pernah dilalui sebelumnya.
![]() |
Sumber : entertainment.time.com |
Ditakdirkan, berlakunya satu kejadian yang sangat besar
dalam hidup Tim, di mana perkara itu memberikan impak terhadap kehidupan dan
mentalnya. Tim terpaksa membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kelebihannya
untuk mengubah masa lampau dan mempertaruhkan masa kininya atau redha dengan
ketentuan takdir.
LATAR BELAKANG
Filem About Time merupakan sebuah filem English bergenre Romantik-Komedi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2013. Pengarah dan juga penulis kepada filem ini ialah Richard Curtis. Manakala, barisan pelakon terdiri daripada Domhnall Gleeson sebagai Time Lake, Rachel McAdams sebagai Mary, Bill Nighy sebagai James Lake dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 4 minit.
![]() |
Sumber : dailymail.co.uk |
Filem berjaya mengumpul hasil kutipan sebanyak $88.5 juta dengan tayangan di Box Office. Jumlah kos untuk menghasilkan filem ini hanya berjumlah $12 juta.
![]() |
Sumber : weekender.com.sg |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini bukanlah sekadar sebuah filem romantik dan cinta semata-mata. Ia berkaitan kehidupan sebuah keluarga. Tema kekeluargaan dilihat lebih besar pengaruhnya di dalam filem ini. Ia memberikan sesuatu yang berlainan kepada penonton, tidak seperti filem romantik atau filem cinta yang lain. Tema kekeluargaan tersebut membuatkan penonton terasa sangat dekat dengan situasi yang dipaparkan di dalam filem ini.
![]() |
Sumber : midcenturymodernmag.com |
Filem ini juga mempunyai nilai-nilai murni yang sangat mendalam dan sesuai untuk semua golongan. Ia mengajar kita akan kepentingan sifat dan nilai kekeluargaan. Sebuah keluarga tidak akan dapat ditukar ganti dengan perkara lain. Filem ini memberikan kesedaran kepada para penonton untuk sentiasa menghargai saat-saat yang ada bersama keluarga tercinta. Tidak terkecuali, ia juga mengajar kita bahawa tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan mengubah masa lampau walaupun kita diberikan kelebihan untuk berbuat sedemikian rupa.
![]() |
Sumber : pinterest.com |
Untuk pengetahuan dan peringatan semua, filem ini mempunyai adengan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan dibawah umur. Sesiapa yang tidak berkelayakan, diminta untuk tidak menonton filem ini.
![]() |
Sumber : pinterest.com |
Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.8/10.
Filem ini bagus untuk ditonton kerana nilai dan pengajaran yang diterapkan,
kecuali adengan 18+.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
Artikel Berkaitan :
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes
The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story
1 Comments
Casino Bonus Codes - December 2021
ReplyDeleteNo deposit bonus https://deccasino.com/review/merit-casino/ casino promotions. We recommend 2021 poormansguidetocasinogambling.com casino bonus codes and www.jtmhub.com promos for new players. apr casino We also list new casino bonuses for December 2021. dental implants