![]() |
Jalur lebar (internet) telah tercipta sejak tahun
1983 lagi. Bermula dari situ, ia membuka jalan kepada manusia menerokai dunia
yang lebih luas dikenali sebagai dunia maya. Dengan wujudnya jalur lebar,
manusia mula mengadaptasi kehiduan selari dengan kemajuan dunia. Hal ini
membuatkan manusia mencipta pelbagai teknologi baru termasuklah laman sesawang
media sosial. Antara yang terkenal diseluruh dunia pada awal kemunculan platfom
media sosial ialah Friendster, MySpace & tidak dilupakan Facebook.
The Social Network merupakan sebuah filem adaptasi
daripada kisah individu bernama Mark
Zuckerberg. Filem ini memaparkan kisah bagaimana terciptanya satu platfom media
sosial yang menggegarkan dunia. Platfom ini menjadi antara yang paling terkenal
di dunia sehinga sekarang, iaitu Facebook.
Kisah ini bermula ketika Mark Zuckerberg masih lagi seorang pelajar di Harvard University. Dia mempunyai kemahiran yang hebat dalam ‘programing & coding’. Dia mencipta satu laman sesawang dipanggil Facemash untuk membolehkan pelajar-pelajar di universiti itu mengundi pelajar perempuan manakah yang lebih menarik dan cantik. Laman sesawang itu menerima ‘traffic’ yang banyak dan kemudianya ditutup oleh pihak pengurusan universiti.
![]() |
Sumber : vulture.com |
Selepas itu, dia mencipta satu lagi laman sesawang bernama
Facebook.com. Ia dihasilkan bersama kawannya, Eduardo
Saverin sebagai ‘co-founder’. Setelah facebook.com dilancarkan buat
pertama kali, ia mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada
pelajar-pelajar di Havard University. Kemudianya, mereka berusaha mengembangkan
lagi facebook.com untuk kegunaan pelajar-pelajar di univerisiti yang lain.
Mereka juga mendapatkan pelabur untuk melabur dalam facebook.com bagi memudahkan
lagi proses mengembangkan rangkaian facebook.com ke seluruh dunia. Nama
facebook.com juga ditukar kepada Facebook sahaja.
Facebook menjadi fenomena yang besar kepada dunia. Orang ramai mula meniggalkan platfom media sosial yang lain (Friendster, MySpace & sebagainya) dan beralih ke Facebook. Dengan itu, Facebook menjadi satu jenama yang terkenal di seluruh dunia dan ia menjadi sebahagian dari perbualan harian setiap orang.
![]() |
Sumber : pinterest.com |
Kejayaan tersebut berjaya dicapai hasil usaha dan
perancangan oleh Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin
serta dicampur tangan oleh pihak ketiga iaitu Sean
Parker yang mana menjadi sebahagian daripada pemegang saham ketika
facebook.com masih dalam usaha berkembang ke seluruh dunia. Hal itu menyebabkan
terjadinya pergaduhan antara Mark Zuckerberg dan Eduardo Saverin.
LATAR BELAKANG
Seperti yang telah diterangkan di atas, filem The Social Network adalah adaptasi kisah Mark Zuckerberg dalam mencipta satu platfom media sosial bernama Facebook. Ia merupakan sebuah filem bergenre biografi yang ditulis oleh Aaron Sorkin berdasarkan buku karya Ben Mezrich bertajuk The Accidental Billionaires (2009). Filem ini diarah oleh David Fincher dan dilakonkan oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg, Andrew Garfield sebagai Eduardo Saverin, dan Justin Timberlake sebagai Sean Parker, serta ramai lagi.
![]() |
Sumber : popsugar.com |
Filem ini diterbitkan pada tahun 2010 dan telah dicalonkan
serta memenangi beberapa anugerah. Antaranya termasuklah Academy Award for
Best Adapted Screenplay, Academy Award for Best Original Score dan
banyak lagi.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Di dalam filem ini, kita dapat melihat bagaimana perjalanan sesuatu kejayaan itu bermula. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan langkah yang diambil. Sesuai dengan petikan kata-kata pada poster filem ini, ‘You don’t get to 500 Million friends without making a few enemies’. Secara mudahnya, kita tidak akan dapat sesuatu, jika kita tidak buat sesuatu.
![]() |
Sumber : pinterest.com |
Filem ini juga mengajar kita serba sedikit tentang realiti
dunia. Terdapat orang yang ketika memerlukan pertolongan, mereka akan mencari
kawan yang terdekat. Setelah mereka menemui sumber yang memberikan manfaat yang
lagi banyak, mereka akan meninggalkan apa yang telah tersedia.
Walau pun filem ini banyak menerima kritikan dari pelbagai pihak, namun ia tidak menjejaskan kualiti filem ini. Tidak terkecuali juga ramai yang memberikan pujian terhadap penghasilan filem ini, terutamanya hasil lakonan yang dibawa oleh barisan pelakon.
![]() |
Sumber : nytimes.com |
Bagi jalan cerita dan fakta yang dipaparkan di dalam filem
ini, H.I tidak mahu memberikan komen yang lebih dan mendalam. Anda boleh
menonton dan menilai sendiri dari perspektif pandangan serta pemahaman anda
terhadap isu dan jalan cerita yang dipaparkan. Ia merupakan filem yang sangat bermanfaat
untuk ditonton. Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak
9/10.
Selamat menonton kepada semua. Jumpa lagi, cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Great Hack (2019) – Facebook-Cambridge Analytica Data Scandal
The Social Dilemma (2020) – Untold Truth About Another Side Of Social Media
The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website
Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film
0 Comments