![]() |
Pernahkah anda sedar dan terfikir bahawa, kenapa apabila kita membuka mana-mana media sosial, kita akan leka melayari platfom tersebut tanpa kita sedar? Berapa lama tempoh yang anda mampu bertahan untuk tidak melayari mana-mana platfom media sosial? Percaya atau tidak, setiap apa yang anda tulis, suka, kongsi dan komen, semua itu dipantau dan direkodkan. Jika anda membuat pencarian di Google, anda akan mendapati beberapa kata kunci yang dicadangkan oleh Google. Hal ini bukan hanya kerana populariti kata kunci itu “dicari”, akan tetapi ia juga bergantung mengikut tempat, kecenderungan dan minat diri anda.
The Social Dilemma adalah sebuah filem yang
memaparkan tentang hakikat sebenar dunia media sosial. Ia menceritakan tentang
apa yang terjadi disebalik dunia media sosial yang menjadi sebahagian dari
kehidupan manusia pada masa kini. Ia merungkai rahsia-rahsia yang ada pada
media sosial dan bagaimana ia mampu membahayakan setiap pengguna dan seterusnya
mampu mengancam kestabilan dunia pada masa kini dan masa hadapan. Data peribadi
yang diperolehi dan data berkaitan perilaku pengguna dikumpul serta digunakan
untuk kepentingan pihak tertentu. Ia juga digunakan untuk memanipulasi pengguna
mengikut tujuan yang tersendiri.
LATAR BELAKANG
Filem The Social Dilemma merupakan sebuah filem berbentuk
dokumentari-drama yang dikeluarkan oleh Netflix. Ia berdurasi selama 1 jam 34
minit. Filem ini ditulis Orlowski, Davis Coombe dan Vickie Curtis dan ia diarah
oleh Jeff
Orlowski. Filem ini diterbitkan pada tahun 2020.
Barisan individu yang terlibat di dalam filem ini terdiri daripada individu yang mana pernah menjadi orang penting di dalam industri media sosial. Antaranya termasuklah Tristan Harris (Former Google Design Ethicist (2013-2016), Co-Founder and CEO of Apture (2007), Co-Founder of Center for Humane Technology, Co-Host of Your Undivided Attention with Aza Raskin), Tim Kendall (Former Facebook Executive (2006-2010), Former President of Pinterest, CEO of Moment, an application for mobile devices that tracks screen-time), Justin Rosenstein (Facebook engineer (2007-2008), Google engineer, Co-Founder of Asana) dan ramai lagi.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Setiap apa yang terkena sinaran cahaya, sepastinya akan ada bayang-bayang yang tercipta. Setiap sesuatu pasti mempunyai sisi yang berbeza, seperti duit syiling. Filem ini memberikan kesedaran kepada penonton tentang media sosial yang mampu membahayakan dan memberikan impak yang besar pada golongan pada masa kini. Ketagihan terhadap media sosial telah membarah dalam hampir setiap golongan tidak mengira usia. Hal ini merosakkan kehidupan masyarakat secara perlahan-lahan tanpa disedari dan tidak akan mampu dihalang.
Filem ini mengajar kita untuk tidak terpengaruh dengan tipu daya yang terdapapat pada media sosial. Sentiasalah berwaspada dalam menerima sesuatu berita dan berkongsi informasi yang diterima. Informasi tersebut mungkin tidak benar dan akan mendatangkan keburukan kepada pihak lain. Berita palsu mempu tersebar lebih laju di media sosial berbanding berita yang benar.
Pada pandangan H.I, telefon pintar tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya dalam masalah ketagihan media sosial atau ‘gadget’. Perkara yang menjadi punca dan perlu dipersalahkan adalah apa yang terdapat di dalam telefon pintar tersebut. Secara mudahnya, aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar itulah yang menjadi masalah kepada ketagihan ini, terutamanya aplikasi media sosial.
Akhir sekali, media sosial juga mampu mendatangkan kebaikan
kepada sesetengah pihak. Akan tetapi, sebesar manakah kebaikan itu jika
dibandingkan dengan keburukan yang menanti di sebalik media sosial ini. Jawapan
kepada persoalan dan permasalahan ini kembali kepada kita sebagai pengguna
media sosial. Kita yang menentukan bagaimana dan untuk tujuan apakah ia
digunakan. Gunakanlah ia sebaiknya dengan kadar yang paling minimum. Secara
keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Great Hack (2019) – Facebook-Cambridge Analytica Data Scandal
The Social Network (2010) – Creation of the New Social Media History
The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website
Citizenfour (2014) – You Are Being Watch
0 Comments