![]() |
Pernahkah anda melihat iklan yang mana membuatkan anda yakin
bahawa microfon (smartphone/laptop) sedang mendengar perbualan anda?
The Great Hack adalah sebuah filem tentang satu skandal yang besar berkaitan kecurian data dan penyalah gunaan data di satu platfom media sosial bernama Facebook. Filem ini memaparkan bagaimana skandal itu dibongkar dan didedahkan kepada dunia.
![]() |
Sumber : theguardian.com |
Skandal tersebut mula didedahka apabila seorang profesor,
David Caroll menfailkan saman dan tuntutan untuk mendapatkan kembali data
berkaitan dirinya. Bermula daripada itu, skandal ini semakin membesar dan
menjadi semakin mendalam dengan penglibatan oleh beberapa orang lagi seperti Brittany
Kaiser & Christopher Wylie. Kes tersebut menjadi semakin
jelas bagaimana data yang dicuri dan disalah gunakan oleh Cambridge Analytica.
LATAR BELAKANG
Filem The Great Hack merupakan sebuah filem bergenre dokumentari dan ia diterbitkan di bawah Netflix. Filem ini terhasil daripada gabungan sumber-sumber dan peristiwa yang melibatkan skandal di antara Facebook & Cambridge Analytica. Ia berdurasi 1 jam 54 minit pada keseluruhanya. Filem ini diarah bersama oleh Jehane Noujaim and Karim Amer.
![]() |
Sumber : theutahreview.com |
Skandal ini mula menggegarkan dunia pada tahun Disember 2015 apabila Harry Davies, wartawan The Guardian, melaporkan tentang penyalahgunaan data peribadi oleh Cambridge Analytica. Ia kemudianya di laporkan lagi oleh wartawan-wartawan lain pada tahun yang seterusnya. Skandal ini menjadi sesuatu yang besar apabila Brittany Kaiser, bekas pengarah ‘business development’ di Cambridge Analytica mendedahkan bahawa semua laporan yang dibuat melibatkan Cambridge Analytica adalah benar. Hal tersebut menggegarkan dunia sehingga menyebabkan Mark Zuckerberg perlu memberikan keterangan pada United States Congress.
![]() |
Sumber : inc.com |
Filem ini diterbitkan pada tahun 2019. Ia telah dicalonkan
di beberapa ‘film festival’ untuk beberapa kategori seperti BAFTA Award
for Best Documentary & Primetime Creative Arts Emmy Award for Outstanding
Documentary Or Nonfiction Special.
Boleh
Menonton di:
Boleh tonton di :
- Netflix
REVIEW (Ulasan)
Filem The Great Hack membuka minda kita terhadap kepentingan data peribadi dan sejauh mana ‘internet’ boleh menjadi satu tempat yang bahaya. Data peribadi sangatlah berharga pada zaman kini yang serba moden dan canggih. Ia boleh menjadi sangat berharga setanding dengan petroleum, emas, berlian mahupun senjata. Hal ini kerana ia bleh dimanipulasi dan digunaan untuk pelbagai tujuan termasuklah mengeksploitasi sesuatu perkara. Filem ini adalah filem yang harus ditonton oleh semua pihak. Ia mampu memberikan kita kesedaran tentang kepentingan data peribadi.
![]() |
Sumber : theguardian.com |
Di dalam filem ini juga kita dapat melihat bagaimana data seseorang itu digunakan untuk keuntungan pihak tertentu. Perkara ini banyak berlaku disekeliling kita tanpa kita sedari. Kalau anda perasan, nama Malaysia juga dipaparkan dan disebut di dalam filem ini kerana dipercayai Cambridge Analytica ada perkaitan dengan Malaysia. Negara-negara lain juga tidak terkecuali.
![]() |
Sumber : news.cgtn.com |
Filem ini dihasilkan dengan mengabungkan antara fakta secara
dokumentari dan diselitkan dengan lakonan semula berdasarkan peristiwa yang
penting dan berkaitan. Hal ini membuatkan ia tidak bosan untuk ditonton selama
hampir 2 jam. Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Selamat menonton kepada semua.
Jumpa lagi, cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Social Dilemma (2020) – Untold Truth About Another Side Of Social Media
The Social Network (2010) – Creation of the New Social Media History
The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website
Citizenfour (2014) – You Are Being Watch
0 Comments