![]() |
Pernahkah anda makan produk makanan rumpai laut kering jenama Tao Kae Noi? H.I yakin ramai yang pernah merasai produk tersebut. Produk ini boleh didapati di kedai serbaneka 24 jam, 7 Eleven dan kebanyakan pasaraya. Tahukah anda, untuk membolehkan sesuatu produk itu dipasarkan di 7 Eleven bukanlah mudah. Ia perlu melalui proses yang tertentu sebelum dipasarkan. Hal ini dapat dilihat dalam cerita The Billionaire ini.
![]() |
Sumber : blog.hock.id |
The Billionaire atau Top Secret: Wai Roon Pun Lan merupakan
sebuah filem bergenre biografi. Ia mengisahkan tentang Itthipat Kulapongvanich, seorang usahawan
muda di Thailand.
Cerita ini bermula ketika Tob Ittipat (watak utama) mula
meminati dunia perniagaan ketika dia masih di sekolah menengah. Tob Ittipat
merupakan seorang yang malas belajar dan sangat suka menghabiskan masanya
dengan bermain ‘game’. Disebabkan Tob mengabaikan pelajaranya, keputusan
peperiksaannya menjadi teruk. Perkara ini mendatangkan kebimbangan dan
kemarahan kedua orang tuanya terutama ayahnya.
Kasih seorang ayah terhadap anaknya tidak ditunjukkan dengan secara terang-terangan. Walau pun ayah Tob marah dengannya, tetapi dia tetap membiayai Tob untuk menyambung pelajaran di kolej swasta. Namun begitu, Tob masih tidak berubah dari perangainya yang malas dan ketagih dengan permainan video. Tob juga banyak menghabiskan duit membeli barang untuk menjual kembali sebagai langkah menjadi seorang ahli perniagaan/usahawan. Tanpa dia sedari, ayahnya telah jatuh tersungkur dengan lambakan hutang berjumlah 40 Juta Baht (5.3 Juta Ringgit Malaysia). Dengan itu, rumah yang didiaminya telah disitar.
![]() |
Sumber : kaskus.co.id |
Hal tersebut telah menyebabkan keluarga Tob berpindah ke
negara Cina. Ibu dan Ayahnya cuba mengajak Tob berpindah ke negara Cina, namun
dia menolaknya. Tob terus tinggal di rumah tersebut. Tob tidak berputus asa
untuk menjadi seorang usahawan. Dia meneruskan impiannya dengan dibantu oleh pak
cik Thoeng, iaitu pembantu di rumahnya. Tob menaruh semua wang simpanannya yang
berbaki untuk menjadi sorang usahawan berjaya dengan produknya yang tersendiri.
LATAR BELAKANG
Filem The Billionaire atau Top Secret: Wai Roon diterbitkan pada tahun 2011. Filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh pengasas Taokaenoi Food & Marketing iaitu Itthipat Kulapongvanich. Itthipat Kulapongvanich merupakan antara jutawan termuda di Thailand.
![]() |
Sumber : onehallyu.com |
Filem ini menjadi ‘Box Office’ dan mampu menjana
pulangan sebanyak 38,796,264 baht (5,205,292.80 Ringgit Malaysia). Ia diarah
oleh Songyos Sugmakanan. Ia juga dilakonkan oleh Peach
Pachara Chirathivat sebagai "Tob" Itthipat Kulapongvanich, manakala Somboonsuk
Niyomsiri sebagai pak cik Thoeng.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
The Billionaire merupakan sebuah filem yang penuh dengan motivasi (motivational movie). Ia penuh dengan nilai murni. Kita dapat lihat dengan ketara bahawa sikap tidak berputus asa dan terus berusaha itu akan membuahkan sesuatu di masa hadapan.
![]() |
Sumber : genmuda.com |
Filem ini juga mengajar kita untuk tidak mengabaikan
pelajaran hanya untuk fokus kepada sesuatu perkara. Pelajaran dan ilmu itu
sangat penting dalam mencapai kejayaan.
H.I sangat menyarankan anda untuk menton filem ini,
terutamanya mereka yang mencari inspirasi dan kekuatan untuk memulakn serta
meneruskan perniagaan anda. H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5 /10.
Selamat menonton kepada semua. Jumpa lagi, cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
SuckSeed (2011) – Cinta Tiga Segi Zaman Persekolahan
One Day (2016) – From Crush To Lover
Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) 2009 – Say No More to Single
ATM - Er Rak Error (2012) – Siapakah Akan Menjadi Pemenang Dalam Permainan Cinta?
0 Comments