![]() |
Pernahkah anda melihat sesetengah orang mempunyai laptop
yang mana mereka menutup bahagian kamera dengan sesuatu seperti pelekat atau
sebagainya? Pernahkah anda terfikir untuk tujuan apakah mereka melakukan
sedemikian rupa? Pernahkah anda mendengar khabar berita bahawa orang yang
berada disebalik kamera tersebut boleh melihat diri anda melaluinya? Persoalan
ini mungkin dilihat sebagai sesuatu yang remeh dan mustahil pada pandangan
sesetengah daripada anda. Namun begitu, pandangan anda mungkin berubah selepas
menonton filem ini.
Snowden mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Edward Snowden. Edward menyertai latihan ketenteraan dengan tujuan untuk terpilih sebagai ‘Special Force’. Ditakdirkan, dia mengalami kecederaan yang menyebabkan tulang kakinya patah. Dia diberhentikan di atas sebab tersebut.
![]() |
Sumber : timeout.com |
Kemudiannya, Edward memohon untuk menyertai Central Intelligence Agency (CIA). Dia terpilih untuk menjalani latihan di bahagian ‘cyberwarfare’. Dalam masa yang sama, dia berkenalan dengan Lindsay Mills, melalui sebuah laman sesawang (dating website).
![]() |
Sumber : comingsoon.net |
Semasa dia menjalankan tugasanya, dia berjumpa dengan Gabriel Sol lalu mengetahui tentang kewujudan satu sistem yang mampu membaca semua perkara termasuklah SMS dan Email. Sejak itu, Edward mula mempersoal tentang tahap etika yang ada pada pihak yang berwajib. Selepas daripada itu, dia mula melihat banyak perkara-perkara yang dilakukan oleh pihak-pihak sedemikian yang mana melanggar etika dan hak asasi manusia.
![]() |
Sumber : spiritualityandpractice.com |
Suatu hari, ketika dia sedang menjalankan tugasannya di Hawai,
dia mengambil keputusan untuk menyalin fail-fail yang penting dengan tujuan
ingin mendedahkan berkaitan maklumat tersebut kepada awam. Dia kemudianya
membuat satu pertemuan di Cina dengan beberapa wartawan bebas (journalis).
Dia menceritakan tentang perlakuan pihak berkenaan yang melanggar etika dan
salah di sisi undang-undang. Wartawan yang terlibat membuat perancangn dan
mendedahkan maklumat tersebut kepada awam.
LATAR BELAKANG
Filem Snowden merupakan sebuah filem English bergenre ‘biographical thriller’ yang diterbitkan pada tahun 2016. Filem ini merupakan filem yang mengambil inspirasi daripada dokumentari Citizenfour (2014). Ia diadaptasi daripada sebuah buku tulisan Luke Harding bertajuk The Snowden Files (2014) dan Time of the Octopus (2015) oleh Anatoly Kucherena. Pengarah kepada filem ini adalah Oliver Stone dan ia dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levitt sebagai Edward Snowden, Shailene Woodley sebagai Lindsay Mills dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 14 minit.
![]() |
Sumber : justjared.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Jika dibandingkan antara filem Citizenfour dan Snowden, filem Citizenfour mempunyai kelebihan dari segi pengaruh terhadap emosi para penonton. Citizenfour dilihat lebih ‘thriller’ berbanding Snowden. Hal ini juga dapat dilihat daripada komen dan kritikan yang diberikan oleh penonton terhadap filem Snowden. Kebanyakan daripada mereka mengatakan filem Citizenfour lebih padu berbanding filem Snowden. Namun begitu, filem Snowden mampu memberikan gambaran dan keterangan yang lebih mendalam kepada penonton terhadap apa yang sedang berlaku dan bagaimana isu tersebut boleh terjadi, terutamanya kelakuan dan kesalahan pihak NSA dalam mengintip dan menceroboh hak ‘privacy’ individu khasnya penduduk di Amerika.
![]() |
Sumber : bustle.com |
Dalam file mini juga, kita dapat memahami perjalanan kehidupan Edward Snowden dan penglibatannya dalam dunia siber. Ia juga mempunyai adengan 18+ yang tidak elok ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.
![]() |
Sumber : twitter.com |
Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10.
Filem ini sangat-sangat memberikan impak dalam aspek kesedaran terhadap hakikat
yang dihadapi pada zaman kini. Ia juga memberikan kita pengajaran untuk
sentiasa berhati-hati dan mengetahui hak diri yang perlu dipertahankan.
Selamat menonton. Jumpa Lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Great Hack (2019) – Facebook-Cambridge Analytica Data Scandal
The Social Network (2010) – Creation of the New Social Media History
The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website
Citizenfour (2014) – You Are Being Watch
0 Comments