Hello geng, wane cite boh, bereh ke
dok tu?
Dalam episod Nak Tengok Cerita Apa? sebelum-sebelum ini, H.I
ada kongsikan tentang sebuah filem yang diarah oleh individu bernama Rakesh Omprakash Mehra. Selain daripada
filem Bhaag Milkha Bhaag, terdapat juga filem lain yang mendapat sentuhan
arahan beliau. Filem yang dimaksudkan adalah bertajuk Rang De Basanti. Rang
De Basanti bermaksud "Paint me with the colours of spring".
Filem Rang De Basanti diterbitkan pada tahun 2006. Filem ini
bergenre Drama. Ia telah mendapat sambutan yang hangat setelah diterbitkan
sehingga memenangi National
Film Award for Best Popular Film dan dicalonkan untuk Best Foreign Language Film di BAFTA Awards 2006.
![]() |
Sumber : filmsufi.com |
Filem ini bermula apabila seorang wanita bernama Sue
McKinley yang mengkaji tentang kisah 5 orang pemuda yang menggerakkan usaha
penentangan terhadap kerajaan British di India sekitar tahun 1931. Sue
kemudiannya datang ke India untuk membuat pengambaran filem dokumentari
berkenaan kisah tersebut. Di India, dia dibantu oleh kenalanya bernama Sonia,
seorang pelajar Institute for International Studies di University of Delhi. Di sana, Sue mengenali
kawan kepada Sonia yang kemudianya menjadi pelakon utama untuk pengambaranya.
Mereka tersebut adalah Daljit "DJ" Singh (Aamir Khan)
sebagai Chandrasekhar Azad, Karan Singhania (Siddharth
Narayan) sebagai Bhagat Singh, Aslam Khan (Kunal
Kapoor) sebagai Ashfaqulla Khan, Sukhi Ram (Sharman
Joshi) sebagai Shivaram Rajguru, dan Laxman Pandey (Atul
Kulkarni) sebagai Ram
Prasad Bismil.
Mereka ini yang mulanya tidak berapa menjiwai watak-watak
pejuang penentangan tersebut. Lama-kelamaan, sifat dan perasaan yang seakan
sama dengan watak yang dibawa oleh masing-masing mulai tersemai di dalam diri
mereka. Kemuncak kepada hal ini dapat dilihat apabila terjadi sesuatu yang
membuatkan perasaan tersebut membuak dalam diri. Untuk melihat apa yang
terjadi, anda semua perlu menonton filem ini.
Boleh
Menonton di:
Filem ini mempunyai elemen sedih. Tidak terkecuali, nilai
murni yang banyak ditonjolkan di dalamnya. Mesej yang cuba disampaikan amatlah
mendalam. Sememangya filem ini merupakan sebuah filem yang bagus.
Untuk “rating”, H.I berikan sebanyak 8.5. Hal ini kerana mesej yang hendak disampaikan, sampai kepada H.I. Ia juga membuka mata kita tentang sesuatu. Antara kata-kata yang boleh di “quote” kan daripada filem ini adalah (terjemahan), “Tiada Negara yang Sempurna. Kita yang harus membuatnya Sempurna” dan “There are only two way to live your life. Tolerate things the way they are, or take responsibility to change them”.
Setakat itu sahaja, selamat menonton, semoga terhibur. Jumpa
lagi, Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
Chak De! India - Sometimes, Winning Is Everything
Inspirational Story of Manjhi - The Mountain Man
0 Comments