![]() |
Setiap orang pasti pernah merasai perasaan meminati atau
menyukai seseorang (crush). Dari perasaan tersebut, kita pun mulai
timbul rasa keinginan dan berhajat untuk menjadi kekasih si dia. Jika anda
diberikan peluang tersebut, walau pun hanya untuk satu hari sahaja, adakah anda
akan merebut peluang itu dan apakah yang anda akan lakukan?
Filem One Day mengisahkan tentang Denchai, seorang
pekerja IT (Information Technology) di sebuah syarikat. Disebabkan dia
seorang pekerja IT, dia seakan tidak wujud pada pandangan pekerja-pekerja di
bahagian yang lain, bahkan dia sering dipanggil dengan nama yang salah. Mereka
hanya sedar kewujudan Denchai apabila ingin meminta tolong untuk menyelesaikan
masalah berkaitan komputer. Namun, seorang pekerja wanita bernama Nui
mengingati dan tidak tersalah menyebut namanya.
Suatu hari, syarikatnya membawa semua pekerja untuk satu ‘company trip’ ke Hokkaido, Jepun. Di sana, terdapat satu mercu tanda bagi tempat peranginan yang di lawati mereka. Mercu tanda itu dipanggil Lucky ‘N Love Bell. Lalu, Denchai menarik loceng tersebut dan membuat hajat agar Nui menjadi kekasihnya walau pun hanya untuk satu hari sahaja.
![]() |
Sumber : m.imdb.com |
Ditakdirkan, satu kemalangan telah menimpa Nui dan
menyebabkan dia mengalami Transient Global Amnesia, iaitu mengalami
hilang ingatan untuk tempoh satu hari. Setelah mengetahui akan perkara
tersebut, Denchai tidak melepaskan peluang itu dan mengambil kesempatan itu
untuk menjadikan Nui sebagai kekasihnya.
LATAR BELAKANG
![]() |
Sumber : todayonline.com |
One Day diterbitkan pada tahun 2016. Filem ini diarah oleh Banjong Pisanthanakun manakala watak utama dibawa oleh Chantavit Dhanasevi sebagai Denchai dan Nittha Jirayungyurn sebagai Nui. Banjong Pisanthanakun, pengarah filem ini juga pernah mengarah filem yang terkenal bertajuk Pee Mak (2013) dan Hello Stranger (2010) (klik disini)
Setelah filem ini diterbitkan, ia telah dicalonkan dan memenangi bebrapa anugerah di 3 ‘film festival’ pada tahun 2017. ‘Film festival’ tersebut adalah Dara Daily The Great Awards 2016, 26th Thailand National Film Association Awards & MThai Toptalk About.
![]() |
Sumber : cinemakh.com |
Boleh
Menonton di:
Tidak dilupakan, pengarah telah merakam 2 versi untuk babak
pengkhiran bagi filem One Day. Namun begitu, hanya satu versi sahaja yang
diterbitkan di panggung wayang. Terdapat juga babak yang dipotong (deleted
scenes) untuk suntingan terakhir. Anda boleh menontonya di saluran YouTube
GDH. H.I sertakan ‘link’ di bawah. (tidak digalakkan jika belum
menonton filem One Day sepenuhnya)
ONE DAY: Alternative Ending [Eng Sub] (https://www.youtube.com/watch?v=U0aKDiCAbG4)
ONE DAY: Deleted Scene #1 [Eng Sub] (https://www.youtube.com/watch?v=wzTJbfFzBBE)
ONE DAY: Deleted Scene #2 [Eng Sub] (https://www.youtube.com/watch?v=BQ5ZWlg8W48)
![]() |
Sumber : cinemakh.com |
REVIEW (Ulasan)
Filem ini membuktikan bahawa ‘crush’ mampu menjadi kekasih kita, walau untuk seketika waktu sahaja. Untuk menukar status ‘crush’ kepada kekasih, usaha dan langkah permulaan perlu dilakukan bermula dengan diri anda. Bak kata orang, belum cuba belum tahu, tak gitu? Tidak semua orang mampu melalui dan merasai pengalaman cinta terhadap ‘crush’ dibalas kembali.
![]() |
Sumber : cinemakh.com |
Filem ini juga mengajar kita akan setiap sesuatu permulaan, akan
ada pengakhiranya. Namun begitu, pengakhiran yang dialami, akan disambut dengan
permulaan untuk sesuatu yang baru.
One Day merupakan filem yang mempunyai pelbagai emosi. Ia
mampu membuatkan anda sedih dan menangis melalui jalan cerita filem ini. Ia juga
disebabkan oleh kehebatan pelakon dalam membawa watak yang dipegang. Tidak hairanlah
mereka berdua (watak utama) mampu memenangi anugerah pelakon terbaik. Sebagai nasihat
awal, sediakan tisu atau kain sapu tangan untuk mengelap air mata anda.
Pada keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Selamat menonton kepada anda.
Jumpa lagi, cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pun Lan) - One of Thailand's Youngest Billionaires
ATM - Er Rak Error (2012) – Siapakah Akan Menjadi Pemenang Dalam Permainan Cinta?
Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other
Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) 2009 – Say No More to Single
0 Comments