![]() |
Gyabo!
Siri animasi Anime Nodame Cantabile merupakan siri bergenre
Music, Comedy & Slice of Life. Siri ini mengisahkan tentang seorang pelajar
musik (piano), Chiaki Shinichi yang sangat perfeksionis. Dia mempunyai bakat bermain piano
yang hebat dan dia merupakan pelajar yang paling hebat bermain piano di Momogaoka
College Of Music.
Pada suatu hari, Chiaki berjumpa dengan Noda Megumi, seorang pelajar piano. Noda Megumi atau lebih dikenali dengan nama panggilan Nodame, merupakan ‘junior’ kepada Chiaki. Nodame menjadi rakan sekelasnya yang baru. Hal ini terjadi kerana guru piano kepada Chiaki telah bertukar. Dalam masa yang sama, Nodame juga merupakan jiran bersebelahan dengan bilik Chiaki. Sejak mendengar Nodame bermain piano, Chiaki telah terpikat akan musik yang dimainkan oleh Nodame.
![]() |
Sumber : wall.alphacoders.com |
Lama kelamaan, mereka berdua menjadi rapat dan Nodame
terpikat dengan Chiaki. Setelah itu, Nodame mengetahui impian Chiaki untuk
menjadi seorang ‘Conductor’ kepada Orchestra dan mempersembahkan
bakatnya di bumi Eropah. Akan tetapi, impian tersebut dilihat sangat mustahil
kerana Chiaki mempunyai ‘viophobia’ atau ‘aerophobia’, iaitu
fobia untuk menaiki kapal terbang. Chiaki juga mempunyai ‘thalassophobia’,
iaitu fobia terhadap laut. Kedua-dua fobia yang dalami oleh Chiaki disebabkan
oleh trauma yang dialaminya ketika kecil. Hal itu menyebabkan dia terperangkap
di Jepun. Namun, impian tersebut tidak pernah memudar di dalam diri Chiaki.
LATAR BELAKANG
Nodame Cantabile merupakan sebuah cerita yang diterbitkan pada 2001 dalam bentuk siri Manga. Manga ini dihasilkan oleh Tomoko Ninomiya. Kemudian, pada tahun 2006, siri Manga Nodame Cantabile telah diadaptasi kepada siri animasi Anime. Anime Nodame Cantabile diterbitkan oleh Fuji TV.
![]() |
Sumber : wall.alphacoders.com |
Nodame merupakan nama panggilan kepada watak utama (perempuan)
bernama Noda Megumi. Cantabile pula adalah satu istilah music yang
membawa maksud ‘singable’ atau ‘songlike’.
Siri manga Nodame Cantabile hanya mendapat sambutan yang
biasa sahaja sewaktu penerbitanya. Namun begitu, apabila siri ini dianimasikan
kepada Anime, sambutan yang diterima sangatlah hebat dari peminat dan penonton
di seluruh dunia. Dengan itu, siri anime ini telah menerbitkan sebanyak 3 ‘seasons’
dengan jumlah episode seperti di bawah. Terdapat juga episode istimewa yang
diterbitkan untuk penonton.
Season 1 : NODAME CANTABILE (23 Episod)
Season 2 : NODAME CANTABILE – PARIS-HEN (11 Episod)
Season 3 : NODAME CANTABILE – FINALE (12 Episode)
Tidak cukup dengan itu, siri manga Nodame Cantabile ini
diadaptasi pula ke dalam bentuk ‘Live-Action’. Cerita tersebut
diterbitkan dengan bentuk bersiri, bertajuk Nodame Cantabile. Siri ini
mempunyai 11 episod yang berdurasi 1 jam bagi setiap episode. Kemudianya, ia
diteruskan dengan Nodame Cantabile Special, di mana ia mempunyai 2
episod dengan berdurasi 2 jam untuk 1 episod. Bagi kemuncak adaptasi ‘Live-Action’
ini, 2 lagi filem diterbitkan dengan tajuk Nodame Cantabile: The Final Score
- Part 1 & Nodame Cantabile: The Final Score - Part 2. Tidak
ketinggalan, adaptasi ‘Live-Action’ juga diterbitkan dalam versi Korea.
Versi ini bertajuk Naeil's Cantabile (Tomorrow's Cantabile). Ia diterbitkan
dalam bentuk bersiri sebanyak 16 episod.
![]() |
Sumber : juliaandtania.com |
REVIEW (Ulasan)
Nodame Cantabile mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Walaupun ia bertemakan ‘classical music’, namun cerita ini mampu
menambat hati para penonton. Mungkin tema ‘classical music’ itu sendiri
yang menjadi faktor para penonton terpikat dengan cerita ini.
Di samping unsur lawak yang sentiasa diselitkan sepanjang cerita, kita juga dapat melihat pelbagai emosi dan drama yang disuntik ke dalam jalan cerita. Hal ini membuatkan jalan cerita Nodame Cantabile tidak bosan dengan perkara yang sama. Musik yang mengiringi juga memberikan impak yang sangat besar dengan menghidupkan emosi seperti sedih, gembira dan sebagainya.
![]() |
Sumber : wall.alphacoders.com |
Antara perkara besar dalam cerita ini adalah berkaitan watak
Nodame dan Chiaki. Kita dapat lihat perkembangan dan kematangan watak yang
ditonjolkan oleh mereka berdua sepanjang siri ini.
Setelah anda menonton siri Nodame Cantabile, H.I yakin bahawa anda akan mempunyai keinginan dan cita-cita untuk bermain piano dan seterusnya mempunyai kemahiran dalam bermain piano. Siri ini sangatlah memberikan inspirasi kepada para penonton terutamanya kepada individu yang berkecimpun dalam industri musik.
![]() |
Sumber : wall.alphacoders.com |
Apa yang menyedihkan tentang siri ini adalah, 3 ‘Seasons’
yang diterbitkan tidak mencukupi kepada penonton. Sesiapa yang menonton pasti
akan wujud rasa tidak puas dan ingin menonton lagi dan lagi, serta berharap siri
ini disambung untuk ‘season’ yang seterusnya. Namun begitu, H.I berikan
‘rating’ sebanyak 100/10 kepada siri Nodame Cantabile. H.I sangat-sangat menyarankan
kepada anda untuk menonton siri ini.
Kepada anda yang ingin mula menonton, diucapkan selamat
menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
Artikel Berkaitan :
Detective Conan Main Storyline – Black Organization
Digital Monsters (DIGIMON) Series & Films (Review and Ranking)
Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future
One Day (2016) – From Crush To Lover
0 Comments