Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other | NATCA


Pernahkah anda menyukai seseorang tanpa mengetahui apa-apa berkaitan dirinya? Adakah anda akan jatuh cinta walaupun tidak mengenali apa-apa antara satu sama lain?

Hello Stranger mengisahkan tentang Dang (watak lelaki) yang baru sahaja putus cinta dan pergi melancong (melancong berkumpulan) ke negara Korea. Satu malam, May (watak perempuan) bertembung dengan Dang yang sedang terbaring kerana mabuk di hadapan pintu masuk ke tempat penginapannya. May juga sedang melancong ke Korea seorang diri secara ‘backpacker’. Keesokannya, Dang telah terlepas jadual perjalanan bersama kumpulannya kerana dia terlelap disitu. 

Sumber : catatanfilmblog.wordpress.com

Dang tidak pandai berbahasa English mahupun berbahasa Korea, manakala May agak fasih berbahasa English. Dang terus mengikut May kerana dia tidak tahu untuk pergi kemana-mana dan dia tidak boleh berbahasa English. May merasakan tidak tenteram kerana diikuti oleh Dang. Setelah berbincang, mereka berdua bersetuju untuk teruskan aktiviti melancong dengan syarat tidak mendedahkan apa-apa berkaitan diri di antara mereka berdua. Hal itu termasuklah nama sebenar mereka. Nama Dang & May merupakan nama samaran yang mereka gunakan. Dengan itu, mereka berdua meneruskan perjalanan mereka melancong di Korea. 

Sumber : imdb.com


LATAR BELAKANG

Hello Stranger merupakan sebuah filem Thailand bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2010. Pengarah filem ini ialah Banjong Pisanthanakun. Penerbit kepada filem ini juga pernah menerbitkan filem bertajuk Bangkok Traffic (Love) Story - BTS (klik sini). Filem ini dilakonkan oleh Chantavit Dhanasevi sebagai Dang manakala Nuengthida Sophon sebagai May. Seperti yang dinyatakan di atas, kedua-dua watak ini menggunakan nama samara iaitu Dang & May. 

Sumber : imdb.com

Filem ini juga telah dicalonkan di beberapa ‘film festival’ seperti 6th Osaka Asian Film Festival bertempat di Osaka, Japan (2011) & Shanghai International Film Festival di Shanghai, China (2011). Filem ini meraih 3 anugerah daripada kategori yang dicalonkan. 

Sumber : hollywoodreporter.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem Hello Stranger sangatlah kelakar dan menghiburkan. Anda sudah mampu tertawa dengan hanya menonton ‘trailer’ filem ini. Perwatakan yang ditonjolkan oleh kedua-dua watak utama amatlah menghidupkan suasana dan sepastinya akan menghiburkan anda dengan gelak ketawa. Hal ini juga disebabkan oleh kehebatan pelakon dalam membawa watak yang dipegang. 

Sumber : twitter.com

Jalan cerita filem ini tidaklah ‘cliché’ seperit filem-filem romantik yang lain. Walaupun ia berdurasi 2 jam lebih, anda tidak akan terasa bosan malah anda tidak akan terasa waktu berlalu begitu sahaja. Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10. Kepada penggemar filem romantik-komedi, filem ini adalah salah satu filem yang sesuai untuk anda. 

Sumber : m.brilio.net

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :



Artikel Berkaitan :

BangkokTraffic (Love) Story (BTS) 2009

One Day (2016) – From Crush To Lover

The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pun Lan) - One of Thailand's Youngest Billionaires

Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015


Post a Comment

0 Comments