Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Citizenfour (2014) – You Are Being Watch | NATCA


Pernahkah anda mendengar berita bahawa perbualan harian anda didengari dan dirakam oleh sesebuah pihak atau organisasi? Pernahkah anda merasakan diri anda berada dibawah permerhatian? Perkara ini mungkin jarang berlaku di negara ini, akan tetapi, ia banyak berlaku di negara-negara luar.

Sumber : indiewire.com
Citizenfour merupakan sebuah filem mengisahkan tentang seorang wartawan (journalist) yang melaporkan peristiwa-peristiwa penting dan sulit selepas kejadian 9/11 di Amerika. Wartawan tersebut bernama Laura Poitras. Dia ada menerima email daripada individu yang tidak dikenali namanya (anonymous). Email individu tersebut memberikannya sedikit maklumat sulit berkaitan aktiviti sebuah organisasi yang melanggar hak asasi manusia dan hak kebersendirian (privacy). 

Sumber : vistapointe.net
Setelah berbalas email untuk seketika waktu, individu tersebut menjemput Laura untuk bersua muka dengannya. Dia juga mencadangkan untuk bekerjasama dengan beberapa wartawan yang lain termasuklah Glenn Greenwald. Mereka berjumpa di negara Cina dan menghuni sebuah hotel disana untuk sesi temu bual. Di sana, mereka memulakan sesi mendapatkan makluat lanjut berkaitan aktiviti yang dinyatakan sebelum ini. Individu misteri tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Edward Snowden. Edward mula mendedahkan maklumat yang ingin disampaikannya. Setelah mendengar maklumat-maklumat tersebut, mereka semua mula menerbitkan artikel berdasarkan maklumat tersebut. Hal itu menjadi satu berita yang menggegarkan dunia terutamanya Amerika. 

Sumber : scmp.com

LATAR BELAKANG

Filem Citizenfour merupakan sebuah filem English bergenre dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2014. Ia diarah oleh Laura Poitras. Filem ini berdurasi 1 jam 54 minit. Filem ini juga merupakan filem bahagian ke-3 daripada ‘9/11 trilogy’ selepas filem My Country, My Country (2006) dan The Oath (2010). Sebuah filem berkaitan dokumentari ini diterbitkan pada tahun 2016 dengan tajuk Snowden (klik disini). 

Sumber : theguardian.com

Setelah filem ini diterbitkan, ia menerima pelbagai pencalonan dan anugerah di pelbagai ‘film festival’. Antaranya termasuklah Best Documentary Feature di 87th Academy Awards (OSCAR).

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem Citezenfour memberikan kita pengetahuan dan kebenaran tentang hakikat dunia pada zaman yang serba moden ini. ‘Internet’ mampu menjadi tempat yang mengembirkan dan ‘gadget’ mampu memudahkan urusan kerja kita. Namun begitu, ini semua datang dengan risiko dan bahaya yang diberikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dan mengambil kesempatan di atas kemudahan ini. Ia membuatkan dunia ini terasa tidak seselamat yang kita fikirkan dan bayangkan. 

Sumber : men.wikifeet.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Filem ini mengandungi informasi dan pengajaran yang berharga untuk semua golongan.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 


TRAILER :


Artikel Berkaitan :

The Great Hack (2019) – Facebook-Cambridge Analytica Data Scandal

The Social Network (2010) – Creation of the New Social Media History

The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website

Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film


Post a Comment

0 Comments