Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) 2009 – Say No More to Single | NATCA


Apabila sudah memasuki umur sekitar 25 tahun hingga tiga puluhan, kita akan menyaksikan ramai kawan-kawan kita yang mula membina rumah tangga. Pada usia ini juga, kebanyakannya sudah mempunyai kekasih hati dan mula meniggalkan dunia bujang. Melihat perkara ini berlaku disekeliling kita ditambah dengan rakan dan ahli keluarga mula menyoal tentang bilakah pula waktu untuk diri kita menamatkan zaman bujang tersebut, sepastinya ia memberikan tekanan yang sangat besar.

Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) mengisahkan tentang seorang wanita, Mei Li, berketurunan Cina yang menetap dan berkerja di Bangkok. Dia telah memasuki usia 30 tahun pada tahun tersebut. 

Mei Li terlelap di hotel kerana terlalu mabuk selepas meraikan rakanya yang baru sahaja berkahwin. Bilik hotel tersebut adalah bilik kawanya yang baru sahaja berkahwin itu. Selepas disuruh pulang kerumah, Mei Li memandu kereta dalam keadaan yang masih lagi mabuk. Disebabkan itu, dia telah mengalami kemalangan lalu dibantu oleh Loong yang berada berdekatan dengan kejadian tersebut. 

Sumber : zsa86.wordpress.com

Selepas kejadian tersebut, keluarga Mei Li melarangnya untuk memandu kereta. Oleh itu, dia terpaksa menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerjanya. Suatu hari, dia ternampak Loong di stesen kereta api (skytrain). Dia mengikuti Loong dari jauh. Kemudian, Loong menegurnya. Mereka berjalan bersama selepas menuruni kereta api tersebut. Dengan tidak sengaja, Mei Li tertampar cermin mata yang dipegang oleh Loong dan menyebabkan ia rosak. 

Sumber : limchangmoh.blogspot.com

Mei Li membelikan cermin mata yang baru untuk Loong. Dia memulakan rancanganya untuk memikat hati Loong dengan meletakkan nombor telefonya kedalam bungkusan cermin mata tersebut sebelum memberikanya kepada Loong. Dia berharap Loong akan menelefonya dengan rancangan tersebut. Dia juga melakukan pelbagai lagi langkah-langkah dalam perancangan untuk memikat Loong. Namun, langkah tersebut kelihatan tidak mendatangkan kejayaan malah memburukkan keadaan. Adakah Mei Li mampu memenangi hati Loong?

 

LATAR BELAKANG

Filem Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) (Rot Fai Fa Ma Ha Na Thoe) merupakan sebuah filem Thailand berngenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2009. Filem ini diarah oleh  Adisorn Tresirikasem dan dilakonkan oleh Cris Horwang (Mei Li), Theeradej Wongpuapan (Loong), Ungsumalynn Sirapatsakmetha (Plern) dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 6 minit. 

Sumber : thestandard.co

Tajuk kepada filem ini diambil daripada nama perkhidmatan kereta api (skytrain) di Bangkok iaitu BTS Skytrain. Nama itu diberikan oleh syarikat tersebut sempena menyambut ulang tahun ke 10 bagi perkhidmatan tersebut.

Filem ini telah dicalonkan dan memenangi banyak anugerah di ‘film festival’. Antaranya termasuklah Pelakon dan Pengarah terbaik di Top Awards 2009 & Pelakon terbaik di 7th Hamburger Awards

Boleh Menonton di:

Viu

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) sangatlah kelakar kerana adengan yang “bodoh dan masuk air” terutamanya Mei Li. Perwatakan Mei Li yang ditonjolkan di dalam filem ini membuatkan ia sangat menghiburkan. Tekanan dan penyesalan terhadap usia remajanya membuatkan dia tidak bersemangat untuk berkelakuan seperti orang dewasa yang lain. 

Sumber : popflock.com

Mei Li mengajar kita bahawa, perigi mencari timba tidaklah salah sama sekali. Persepsi masyarakat tentang perbuatan perigi mencari timba itu tidak relevan untuk digunakan. Malah, persepsi tersebut mampu membunuh sesetengah golongan. Ia juga membuatkan anda menyesal dengan masa lampau kerana melepaskan peluang seperti yang dipaparkan oleh Mei Lin. 

Sumber : coconuts.co

Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10. Filem ini sangat kelakar dan menghiburkan. Anda disarankan untuk menontonya.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :


Artikel Berkaitan :

One Day (2016) – From Crush To Lover

Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher

Fan Chan (My Girl) 2003 – Treasure Your Childhood Time

Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?


Post a Comment

0 Comments