Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Tom & Jerry – The Legends are back!

 

 

Siapa yang tidak mengenali satu Duo yang paling terkenal di seluruh dunia, iaitu Tom & Jerry. Saya yakin, semua daripada kita mengenali dua watak ini. Kisah-kisah mereka banyak mewarnai zaman kanak-kanak kita pada suatu ketika dahulu.

Siri animasi Tom & Jerry telah pun mengeluarkan ratusan episode dan pelbagai versi sejak ia diterbitkan buat pertaman kalinya pada tahun 1940. Animasi ini telah dicipta oleh dua insan yang bernama William Hanna and Joseph Barbera. Animasi Tom & Jerry mengisahkan tentang kehidupan dan persaingan antara seekor kucing bernama Tom, dan seekor tikus bernama Jerry. Mereka saling bermusuhan antara satu sama lain. Gelagat dan aksi dua watak ini yang sangat kelakar dan lucu, memberikan kepuasan kepada para penonton. Oleh sedemikian rupa, animasi ini mendapat tempat sebagai salah satu animasi yang paling terkenal di seluruh dunia di samping meraih pelbagai anugerah. Ia turut menerbitkan pelbagai filem animasinya yang tersendiri.

Setelah beberapa tahun menyepi, kini, Tom & Jerry kembali dengan sebuah filem. Filem ini akan dibawa masuk ke layar perak. Filem terbaru Tom & Jerry merupakan sebuah filem yang menggabungkan dua ciri iaitu Animasi & ‘Live Action’. Ia merupakan filem bergenre lawak. Filem ini dikatakan akan diterbitkan pada 5 Mac 2021. Para peminat animasi ini memberikan reaksi yang sangat positif apabila mengetahui hal ini.

Filem Tom & Jerry pada kali ini dilihat sangat berlainan daripada filem-filem yang sebelumnya kerana gabungan antara Animasi & ‘Live Action’ ditambah dengan barisan pelakon yang sangat sinonim dengan filem bergenre lawak. Antara pelakon yang dimaskudkan adalah Michael Anthony Peña, Rob Delaney, Colin Kelly Jost, Kendrick Kang-Joh Jeong dan Chloe Grace Moretz. Kehadiran mereka ini sepastinya menyerikan dan menawarkan aksi lawak yang sangat menghiburkan.

Setakat itu sahaja, sekian. Animasi Tom & Jerry sememangnya sabuah animasi yang paling popular dan mempunyai nilai nostalgia kepada kebanyakan daripada kita.

Sebelum itu, jom layan dahulu trailer untuk filem Tom & Jerry 2021. Layannn!




Artikel Berkaitan :

A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician

Fan Chan (My Girl) 2003 – Treasure Your Childhood Time

Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other

Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)


Post a Comment

0 Comments