Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Digital Monsters (DIGIMON) Series & Films (Review and Ranking) | NATCA

 

 

Agumon, shinka!…..

Hello geng, wane citer boh. Bereh ke dok tu?

Hari ini, dalam Nak Tengok Cerita Apa? (NATCA), kita nak mengembara ke Jepun dan seterusnya ke Dunia Digital. Okay, let’s go. Digital Gate, Open!

Secara amnya, Digimon adalah satu nama yang terhasil daripada gabungan 2 perkataan iaitu, Digital Monsters. Jika di tafsir, ia membawa maksud raksaksa digital. Digimon merupakan sebuah siri animasi di Jepun yang dikategorikan sebagai ANIME. Anime pertama Digimon diterbitkan pada 7 Mac 1999 dengan nama Digimon Adventure. Anime Digimon ini dihasilkan oleh Akiyoshi Hongo. Kemudiannya, setelah tamat siri Digimon Adventure ini pada 26 Mac 2000, siri kedua diterbitkan pada 2 April 2000. Siri kedua ini merupakan sambungan kepada siri pertama. Ia dinamakan sebagai Digimon Adventure 02. Siri-siri yang selanjutnya terus diterbitkan di kemudian tahun. Antaranya, termasuklah Digimon Tamers, Digimon Frontier, Digimon Savers, Digimon Xros Wars dan Digimon Universe: App Monsters. Pada tahun ini, 2020, Digimon Adventure telah diterbitkan semula dengan versi “remake”.

Sumber - otakumode.com


Digimon adalah sebuah siri anime yang mengisahkan tentang kanak-kanak terpilih (DigiDestined), yang mengharungi cabaran dalam menyelamatkan Dunia Digital dan Dunia Nyata secara tidak langsung. Setiap kanak-kanak terpilih akan mendapat satu Digimon dan sebuah alat (Digivice) yang bertindak sebagai alat yang menghubungkan mereka dengan Digimon. Jumlah kesemua jenis atau species Digimon adalah melebihi daripada 1,400 Digimon.

Digimon Adventure – adalah berkisahkan tentang 7 orang DigiDestined yang dibawa ke Dunia Digital. Mereka diperlukan untuk menentang kejahatan bagi menyelamatkan Dunia Digital. Kemudianya, mereka mengetahui kewujudan DigiDestined yang ke-8. Ia diterbitkan pada tahun 1999.

Sumber - pinterest.com

Digimon Adventure 02 – merupakan sambungan kepada siri Digimon Adventure. Terdapat 3 orang kanak-kanak dipilih sebagai DigiDestined yang baru. Malangnya, ada seorang lagi DigiDestined yang telah terpesong dan mengetuai kejahatan yang mengancam keamanan Dunia Digital. Digivices mereka dinamakan sebagai D-3. 2 orang DigiDestined yang lama, iaitu Hikari dan Takeru turut dipilih sebagai wakil dari generasi sebelumnya. Digivices mereka berdua bertukar kepada D-3 seperti 4 orang DigiDestined yang lain. Kanak-kanak DigiDestined yang lama turut membantu mereka untuk mengembalikan keamanan ke Dunia Digital. Ia diterbitkan pada tahun 2000.

Sumber - doblaje.fandom.com

Digimon Tamers – mengisahkan tentang kanak-kanak DigiDestined yang dipanggil sebagai Tamers. Mereka perlu mengalahkan musuh yang bernama D-Reaper. Terdapat 3 orang Tamers utama dan beberapa orang Tamers lagi yang membantu dalam usaha mengalahkan D-Reaper. Digivices mereka pula dipanggil sebagai D-Power atau pun D-Ark. Ia diterbitkan pada tahun 2001.

Sumber - filmaffinity.com

Digimon Frontier – tidak seperti siri Digimon yang sebelumnya. Siri ini sedikit berlainan dimana 5 orang kanak-kanak DigiDestinied yang terpilih tidak mempunyai Digimon Partner. Namun begitu, mereka berlima mampu bergabung dengan ‘Digimon Spirits’ menggunakan digivices mereka yang dipanggil D-Tector dan menjadi Digimon itu sendiri melalui proses yang dinamakan sebagai ‘Spirit Evolve’. Digimon Spirit yang dinyatakan merupakan antara Legendary Warriors yang mana terdapat 20 Legendary Warrior Spirits pada keseluruhanya. Ia diterbitkan pada tahun 2002.

Sumber - themoviedb.org

Digimon Savers – ia juga dikenali sebagai Digimon Data Squad. Siri ini mengisahkan tentang 3 orang kanak-kanak DigiDestined yang dipilih sebagai ahli Digital Accident Tactics Squad (DATS). DATS merupakan sebuah organisasi dibawah kerajaan untuk mengekalkan keamanan antara Dunia Nyata dan Dunia Digital. Terdapat beberapa orang DigiDestined yang lain dalam organisasi DATS. Digivices mereka dipanggil Digivies iC. Dalam siri ini juga kita dapat lihat Agumon sebagai Digimon Partner kepada Daimon Masaru. Akan tetapi, Agumon tersebut bukanlah Agumon yang sama seperti dalam siri Digimon Adventure. Siri ini diterbitkan pada tahun 2006.

Sumber - myanimelist.net

Digimon Xros Wars – mengisahkan tentang beberapa orang kanak-kanak yang terpilih sebagai DigiDestined. Mereka perlu membina pasukan dan mengumpul Code Crown untuk mengalahkan kejahatan iaitu Bagra Army yang diketuai oleh Bagramon. Digivices mereka dipanggil Xros Loader. Siri ini mempunyai dua “season”. Ia diterbitkan pada tahun 2010.

Sumber - id.fanpop.com

Digimon Xros Wars: The Young Hunters Who Leapt Through Time – merupakan siri sambungan kepada siri Digimon Xros Wars yang sebelumnya. Hal ini menjadikan ia “season” ke-3 bagi Digimon Xros Wars. Siri ini mengisahkan tentang kanak-kanak DigiDestined memburu Digimon (Digimon Hunt), yang terlepas ke dunia antara dua dunia, Dunia Digital dan Dunia Nyata, yang dipanggil “DigiQuartz”. Kanak-kanak DigiDestined menggelarkan diri mereka sebagai “Digimon Hunters”. Digivices yang digunakan adalah sama dengan siri sebelumnya, iaitu Xros Loader. Siri ini diterbitkan pada 2011.

Sumber - pinterest.com

Digimon Universe: App Monsters – juga dikenali sebagai Digimon Universe: Appli Monsters. Siri ini agak berlainan kerana Digimon yang terlibat adalah berdasarkan aplikasi-aplikasi yang terdapat di alam maya. Digimon ini dipanggil Appmons, iaitu App Monsters. Terdapat 4 orang DigiDestined yang terpilih bagi menyelamatkan Appmon dari terus dijangkiti virus yang menyebabkan aplikasi tidak berfungsi dengan elok. Virus tersebut disebabkan oleh satu aplikasi ataupun program yang bernama Leviathan yang mana ia cuba menghapuskan manusia. Digivices mereka dipanggil Appli Drive. Siri ini diterbitkan pada tahun 2016.

Sumber - fandom.com

Itulah dia sedikit mengenai siri-siri Digimon yang ada. H.I tidak mahu bercakap secara sangat mendalam dan terperinci mengenai sejarah-sejarah dan latar belakang siri Digimon ini. Apa yang hendak di kongsikan berkaitan siri Digimon ini adalah berkaitan rangking untuk 7 siri Digimon yang ada. Sepastinya ia tidak termasuk dengan siri versi remake, kerana is masih lagi dalam status on-going. Ranking ini dibuat setelah selesai menonton kesemua siri dan filem yang diterbitkan. Jadi, inilah dia, rangking berdasarkan pandangan H.I.

Tangga ke – 8 : DIGIMON SAVERS. Ia kerana terdapat DigiDestined yang usianya agak terlalu dewasa. H.I merasakan sedikit tidak sesuai dengan asas kepada siri Digimon, dimana DigiDestined terdiri daripada kanak-kanak seperti mana di dalam siri-siri yang lain. Jalan ceritanya juga sedikit kurang menarik.

Tangga ke – 7 : DIGIMON TAMERS. Ia kerana jalan cerita dan watak serta Digimon yang muncul dalam siri ini kurang menarik pada keseluruhanya.

Tangga ke – 6 : DIGIMON FRONTIER. Hal ini kerana kelainan yang dibawa dalam siri ini sedikit berlainan dari siri-siri Digimon yang lain. Spirits Evolution juga agak menarik.

Tangga ke – 5 : DIGIMON XROS WARS (season 1 & 2). Digi Xros (Digi Evolution) yang terdapat dalam siri ini sedikit kurang menarik. Namun, masih terdapat beberapa Digi Xros yang menarik. Jalan cerita pula berada pada tahap sederhana sehaja.

Tangga ke – 4 : DIGIMON XROS WARS: THE YOUNG HUNTERS WHO LEAPT THROUGH TIME. Walaupun siri ini adalah sambungan kepada siri Digimon Xros Wars, H.I merasakan ia lebih menarik. Ia kerana Digi Evolution yang berlaku lebih menarik. Di samping itu, kita dapat lihat lebih banyak watak DigiDestined di dalam siri ini.

Tangga ke – 3 : DIGIMON UNIVERSE: APP MONSTERS. Ia kenana kelainan siri ini yang selari dengan perkembangan dunia digital di alam nyata. Jalan cerita adalah memuaskan dan DigiEvolution juga agak menarik.

Tangga ke – 2 : DIGIMON ADVENTURE 02. Dalam siri ini kita dapat lihat jenis-jenis Digimon dengan lebih banyak. DigiEvolution yang berlaku sangat menarik ditambah dengan kehadiran DigiDestined dari siri sebelumnya. Tidak dilupakan OST yang menarik.

Tangga Pertama : DIGIMON ADVENTURE (1999). Sepastinya siri ini tidak dapat menandingi siri-siri yang lain. H.I berpendapat bahawa ia adalah “masterpiece” kepada siri Digimon. Watak-watak DigiDestined yang ramai dan berlainan serta ditambah dengan proses Evolution yang berlaku sangat menarik. Jalan ceritanya juga tidak terkecuali. Lagu OST siri ini juga sangat menarik.

Sekian senarai kedudukan tangga bagi Siri Digimon. Jadi, ayuh kita beralih ke senarai-senarai kedudukan tangga bagi filem-filem yang dikeluarkan bagi Digimon. Terdapat 12 tangga yang akan disenaraikan.

Tangga ke – 12 : DIGIMON ADVENTURE 3D: DIGIMON GRAND PRIX! (2009). Memaparkan sebuah perlumbaan antara Digimon.

Sumber - filmaffinity.com

Tangga ke – 11 : DIGIMON SAVERS: ULTIMATE POWER! ACTIVATE BURST MODE!! (2006). Memaparkan bagaimana Daimon Masaru mengaktifkan Burst Mode.

Sumber - themoviedb.org

Tangga ke – 10 : DIGITAL MONSTER X-EVOLUTION (2004). Mengisahkan tentang percubaan para Digimon untuk menghentikan “Project Ark” yang telah dilaksanakan atas arahan Yggdrasil.

Sumber - wikimon.net

Tangga ke – 9 : DIGIMON TAMERS: RUNAWAY LOCOMON (2002). Megisahkan tentang Digimon Locomotive (Locomon) yang mengganas di landasan kereta api dan terdapat serangan daripada Parasimon.

Sumber - themoviedb.org

Tangga ke – 8 : DIGIMON TAMERS: BATTLE OF ADVENTURERS (2001). Mengisahkan tentang serangan daripada Digimon bernama Mephismon. Serangan itu dibuat melalui sebuah program bernama V-Pets.

Sumber - imdb.com

Tangga ke – 7 : DIGIMON FRONTIER: ISLAND OF LOST DIGIMON (2002). Kanak-kanak DegiDestined telah terdampar di sebuah pulau yang menjadi habitat kepada Digimon jenis Beast dan Digimon jenis Human. Peperangan berlaku antara dua kelompok Digimon ini.

Sumber - altervista.org

Tangga ke – 6 : DIGIMON ADVENTURE 02: REVENGE OF DIABOROMON (2001). Mengisahkan tentang Digimon bernama Diaboromon yang kembali membuah kekecohan di dalam alam maya.

Sumber - toei-anim.co.jp

Tangga ke – 5 : DIGIMON ADVENTURE 02: PART 1: DIGIMON HURRICANE TOUCHDOWN!! / PART 2: SUPREME EVOLUTION!! THE GOLDEN DIGIMENTALS (2000). Mengisahkan tentang Digimon Partner kepada seorang DigiDestined yang terpisah kembali mencari Partner DigiDestined kepada ia. Digimon tersebut menculik DigiDestined dan menjadikan mereka kembali kepada usia kanak-kanak kecil untuk mengenali partner nya.

Sumber - themoviedb.org

Tangga ke – 4 : DIGIMON ADVENTURE: OUR WAR GAME! (2000). Mengisahkan tentang Dunia Nyata telah diserang oleh Kuramon yang membanjiri internet di serata dunia.

Sumber - filmaffinity.com

Tangga ke – 3 : DIGIMON ADVENTURE / DIGIMON: THE MOVIE (1999). Memaparkan kisah sewaktu Taichi dan Hikari masih kecil dan pertemuan mereka dengan Digimon buat kali pertama kali yang mana menjadi titik permulaan takdir mereka sebagai DigiDestined pada masa yang akan datang.

Sumber - imdb.com

Tangga ke – 2 : DIGIMON ADVENTURE TRI. Merupakan filem dalam bentuk bersiri dan ia adalah siri OVA. Ia adalah sambungan kepada Digimon Adeventure yang sebelumnya. Kesemua 8 orang DigiDestined dapat dilihat dalam siri ini. Ia mengisahkan tentang Dunia Nyata mula menerima kesan daripada kemunculan Digimon yang telah dijangkiti. Meraka digelas sebagai Infected Digimon. Disebabkan kemusnahan dan kerosakan yang terjadi, Digimon mendapat kritikan yang sangat teruk oleh masyarakat diseluruh dunia. Filem ini mempunyai 6 siri pada keseluruhanya dan setiap filem dipecahkan kepada 5 atau 6 episod. Filem ini penuh dengan emosi dan agak sedih. Ia mula diterbitkan pada tahun 2015 sehingga 2018.

Sumber - aliexpress.com

https://www.aliexpress.com/item/32907752832.html

Tangga Pertama : DIGIMON ADVENTURE: LAST EVOLUTION KIZUNA (2020). Merupakan filem paling baharu dalam siri Digimon yang ada. Ia mengisahkan tentang Taichi dan Yamato yang perlu menyelamatkan kanak-kanak DigiDestined. Dalam filem ini juga, mereka mengetahui yang mana, pada satu tahap, perhubungan mereke sebagai DigiDestined bersama dengan Digimon Partner mereka akan sampai ke penghujungnya. Ia berlaku selari dengan proses kehidupan individu tersebut yang semakin membesar dan menjadi dewasa. Filem ini sangat-sangat menngembalikan kenangan dan nostalgia kepada para peminat Digimon. Ia dibuat bagi menghargai para peminat setia mereka. Tidak dilupakn dan tidak dapat dinafikan, bahawa filem akan menbuatkan anda sangat beremosi dan sedih. Perjalanan ceritanya sedikit laju dan singkat menyebabkan boleh dikatakan semua peminat merasa tidak puas menonton filem ini.

https://www.pinterest.com/pin/709176272560963633/?nic_v2=1a4bannYV

 

Itulah dia senarai kedudukan yang H.I dapat kongsikan. Tetapi, sebelum itu, sedikit perkongsian berkaitan siri Digimon ini.

Bil.

Tajuk Siri

Episod

Durasi

1

Digimon Adventure (1999)

54

20 : 46 : 19

2

Digimon Adventure (2000)

50

19 : 14 : 27

3

Digimon Tamers (2001)

51

19 : 39 : 58

4

Digimon Frontier (2002)

50

19 : 14 : 53

5

Digimon Savers (2006)

48

18 : 27 : 36

6

Digimon Xros Wars season 1 & 2 (2010)

54

20 : 02 : 43

7

Digimon Xros Wars: The Young Hunters Who Leapt Through Time (2011)

25

09 : 44 : 56

8

Digimon Universe - App Monster (2016)

52

21 : 03 : 29

JUMLAH

384

148 : 14 : 21

 

 

Bil.

Tajuk Siri

Durasi

1

Digimon Adventure / Digimon: The Movie (1999)

00 : 20 : 15

2

Digimon Adventure: Our War Game! (2000)

00 : 41 : 05

3

Digimon Adventure 02: Digimon Hurricane Touchdown!! & Supreme Evolution!! The Golden Digimentals (2000)

01 : 04 : 42

4

Digimon Adventure 02: Revenge of Diaboromon (2001)

00 : 30 : 05

5

Digimon Tamers: Battle of Adventurers (2001)

00 : 51 : 00

6

Digimon Tamers: Runaway Locomon (2002)

00 : 30 : 30

7

Digimon Frontier: Island of Lost Digimon (2002)

00 : 40 : 34

8

Digital Monster X-Evolution (2004)

01 : 18 : 17

9

Digimon Savers: Ultimate Power! Activate Burst Mode!! (2006)

00 : 21 : 06

10

Digimon Adventure 3D: Digimon Grand Prix! (2009)

00 : 07 : 07

11

Digimon Adventure tri. Chapter 1: Reunion (2015) – 4 episode

01 : 28 : 54

12

Digimon Adventure tri. Chapter 2: Determination (2016) – 4 episode

01 : 24 : 42

13

Digimon Adventure tri. Chapter 3: Confession (2016) – 5 episode

01 : 41 : 55

14

Digimon Adventure tri. Chapter 4: Loss (2017) – 4 episode

01 : 18 : 09

15

Digimon Adventure tri. Chapter 5: Coexistence (2017) – 4 episode

01 : 26 : 06

16

Digimon Adventure tri. Chapter 6: Future (2018) – 5 episode

01 : 56 : 26

17

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (2020)

01 : 34 : 33

JUMLAH

17 : 15 : 33

 

Untuk pengetahuan anda semua, filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (2020) ada terdapat beberapa episod special yang dikeluarkan berkaitan dengan filem ini. Episod yang telah diterbitkan adalah bertajuk To Sora (Sora e). Episod istimewa ini diterbitkan semperna Digimon Adventure 20th Memorial Story. Ia memaparkan suasana kehidupan harian DigiDestined.

Selain itu, H.I ingin berkongsi sedikit pesanan kepada anda yang ingin menonton filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna (2020). Bagi memastikan anda memahami dan mampu mendalami filem ini, dinasihatkan agar anda memastikan bahawa siri-siri Digimon yang sebelumnya mestilah sudah ditonton terlebih dahulu. Siri tersebut adalah Digimon Adventure (1999), Digimon Adventure 02 (2000) dan Digimon Adventure tri. Jumlah keseluruhan durasi bagi ketiga-tiga siri ini adalah selama 49 Jam 16 Minit dan 13 Saat, tidak termasuk filem. Jika ditambah dengan filem berkaitan, jumlah durasi adalah 51 Jam 53 Minit dan 8 Saat.

Terdapat beberapa kata-kata yang sangat mendalam dalam dialog siri Digimon. Anatara yang H.I ingin ketengahkan adalah kata-kata daripada Digimon Adventure tri., yang diungkapkan oleh Taichi. Ia sangatlah dekat dengan suasana seseorang itu dalam melalui alam remaja dan ia juga sesuai untuk orang dewasa. Kata-kata tersebut adalah, “There are things you can see when you’re young, but can’t see when you grow up. In reverse, there are things you can see as an adult, that you never noticed as a child”.

Baiklah, rasanya, setakat ini sahaja perkongsian H.I berkaitan siri Digimon. Semoga anda dapat menambah sedikit pengetahuan. Sekian, terima kasih. Cauu luhh!



Artikel Berkaitan :

Detective Conan Main Storyline – Black Organization

Nodame Cantabile – The Best Classical Music Anime

Chak De! India - Sometimes, Winning Is Everything

English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?


Post a Comment

0 Comments