Hello
geng. Wane cite boh? Bereh dok tu?
Lebih
kurang 3 minggu yang lalu, Malaysia digemparkan dengan satu siaran langsung di
laman sosial "Facebook" yang disiarkan di halaman Hot Burger Malaysia. Siaran
tersebut dibuat oleh pemiliknya iaitu Mohd Asri Hamid atau lebih terkenal
dengan panggilan Asri Janggut. Antara kandungan siaran langsung tersebut adalah
berkaitan pembongkaran aktiviti perjudian haram yang terdapat di sekitar Sungai
Buloh.
Siaran
tersebut menjadi tular dengan ribuan perkongsian oleh rakyat Malaysia. Hal itu
menyebabkan beliau menjadi tumpuan ramai dan ada yang menyatakan yang beliau
adalah seorang “whistleblower” yang sangat berani.
Akan
tetapi, bukan isu tersebut yang ingin dikupas. Isu yang ingin diketengahkan
adalah berkaitan anatara komen-komen yang dibuat oleh netizen. Antara yang
menarik perhatian H.I adalah satu “Tweet” yang dibuat oleh akaun @SanjeevanSS.
Apabila
membaca “Tweet” tersebut, H.I terus teringat tentang sebuah filem yang bertajuk
The Fifth Estate. Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2013. Ia diarah oleh Bill Condon. Filem ini
merupakan sebuah filem bergenre ‘biographical thriller’. Filem ini juga
dibintangi oleh Benedict
Cumberbatch sebagai Julian Assange, dan Daniel Brühl sebagai Daniel Domscheit-Berg. Lakon layar untuk filem ini ditulis
oleh Josh Singer berdasarkan buku terbitan Domscheit-Berg's iaitu, Inside
WikiLeaks: My Time with Julian Assange at the World's Most Dangerous Website
(2011), dan juga WikiLeaks: Inside Julian Assange's War on Secrecy (2011) tulisan
British journalists David Leigh dan Luke Harding.
The Fifth Estate adalah sebuah filem yang menceritakan tentang kisah sebuah laman web yang menjadi kontroversi besar iaitu WikiLeaks. WikiLeaks merupakan sebuah laman web yang menyampaikan sumber-sumber berita yang dibocorkan oleh sesebuah pihak berkaitan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang dan hak asasi, termasuklah kegiatan haram. Laman web WikiLeaks menjadi sebuah platfom untuk mana-mana pihak untuk tampil kehadapan, menjadi pemberi maklumat atau lebih senang dipanggil sebagai “WHISTLEBLOWER” terhadap perkara berkaitan dan yang paling penting bagi laman web ini adalah, semua “whistleblower” yang tampil akan dilindungi dengan tidak didedahkan walau satu pun maklumat berkaitan mereka kepada umum. WikiLeaks hanya akan menyiarkan maklumat-maklumat yang disalurkan kepada umum melalui laman web ini.
Filem ini
memaparkan bagaimana Daniel Domscheit-Berg, berkenalan dengan pengasas kepada
WikiLeaks iaitu Julian Assange. Mereka berdua berganding tenaga menjayakan
WikiLeaks. Sejak itu, WikiLeaks telah berjaya mendedahkan pelbagai maklumat
seperti Siasatan terhadap Korupsi di Kenya, video “Collateral Murder” berkaitan
serangan udara di Baghdad dan banyak lagi.
Boleh
Menonton di:
0 Comments