Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Chak De! India - Sometimes, Winning Is Everything | NATCA

 

Hello geng, wane cite boh, bereh ke dok tu?

Siapa yang suka main hoki? Disebabkan Malaysia juga antara negara yang hebat dalam sukan hoki, jadi untuk episod Nak Tengok Cerita Apa? kali ni, H.I nak berkongsi tentang filem bertajuk Chak De India. Perempuan yang main hoki disyorkan tengok filem ini. Chak De India bermaksud “Let’s Go! India”.

Sumber  - abadthinkinghabit.blogspot.com

Filem Chak De India merupakan sebuah filem fiksyen yang mengisahkan tentang pasukan Hoki Wanita India. Pasukan ini merupakan wakil kepada negara India. Ia diinspirasikan daripada kemenangan pasukan Hoki Wanita India di kejohanan Sukan Komenwel tahun 2002. Di dalam filem ini kita dapat lihat kisah yang memaparkan persepsi dan pandangan masyarakat yang memandang rendah terhadap sesuatu terutamanya kepada golongan wanita. Mengubah persepsi dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu sangatlah memerlukan usaha serta semangat yang kental dan berterusan.

Sumber - sportstar.thehindu.com

Kisahnya bermula apabila Kabir Khan (lakonan Shah Rukh Khan), kembali ke dunia sukan hoki dengan mengambil alih kekosongan sebagai jurulatih pasukan hoki wanita. Kabir Khan kembali dengan tujuan untuk membuktikan bahawa tuduhan “pengkhianat” terhadapnya sewaktu menjadi ketua pasukan Hoki Lelaki India menentang wakil pasukan hoki negara Pakistan adalah tidak benar. Dari situ, Kabir Khan mula mengajar pasukan hoki wanita tersebut.

Pasukan Hoki Wanita India tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pasukan ini tidak diendahkan sangat oleh pengurus atasan. Mereka dilayan seperti anak tiri, berbanding pasukan Hoki Lelaki India yang mendapat perhatian yang tinggi. Pasukan tersebut diwujudkan hanya sekadar mengikut syarat. Hal ini kerana ia merupakan satu pasukan yang terdiri daripada golongan wanita. Golongan wanita dianggap lebih sesuai berada dirumah, ‘memasak dan mengemas’, kerana ia telah menjadi sebahagian daripada adab dan budaya negara India. Namun, Kabir Khan ingin membuktikan bahawa perkara tersebut adalah salah.

Sumber - bolly-wood.de

Boleh Menonton di:

 

Apa yang menarik adalah mesej yang hendak disampaikan oleh filem ini. Semangat kesukanan, semangat berpasukan dan tidak dilupakan, semangat patriotisme yang cuba disemaikan dalam setiap ahli pasukan. Sebagai wakil kepada negara, dan bermain di dalam sebuah pasukan, sifat dan sikap seperti ego, hasad dengki, bongkak dan sebagainya tidak sepatutnya wujud dan ditonjolkan dalam perjalanan mencapai kemenangan sebagai satu pasukan.

Info berkaitan filem ini :

PENGARAH

Shimit Amin

PENERBIT

Aditya Chopra

DITULIS OLEH

Jaideep Sahni

SYARIKAT PRODUKSI

Yash Raj Films

DIEDAR OLEH

Yash Raj Films

TARIKH TERBITAN

15 August 2007

BAHASA

Hindi, English

GENRE

Sport, Fiction

MASA

153 minutes

BAJET

₹200 million

BOX OFFICE

₹1.09 billion

 

Filem ini diterbitkan pada 15 Ogos 2007, berkebetulan dengan Hari Kemerdekaan India ke-60. Oleh sedemikian, ia mendapat kritikan yang positif daripada kebanyakan penonton. FIlem ini juga diarah oleh Shimit Amin dan ditulis oleh Jaideep Sahni. Ia merupakan sebuah filem bergenre Sukan. Antara barisan pelakon selain daripada Shah Rukh Khan termasuklah, Vidya Malvade, Anaitha Nair, Tanya Abrol, Shilpa Shukla, dan ramai lagi. Ia juga telah memenangi beberapa anugerah termasuklah National Film Award for Best Popular Film Providing Wholesome Entertainment.

 

PELAKON

WATAK

Shah Rukh Khan

Kabir Khan

Vidya Malvade

Vidya Sharma

Anaitha Nair

Aliya Bose

Tanya Abrol

Balbir Kaur

Shilpa Shukla

Bindiya Naik

Arya Menon

Gul Iqbal

Shubhi Mehta

Gunjan Lakhani

Chitrashi Rawat

Komal Chautala

Kimi Laldawla

Mary Ralte

Masochon Zimik

Molly Zimik

Sandia Furtado

Nethra Reddy

Nichola Sequeira

Nichola Sequeira

Sagarika Ghatge

Preeti Sabarwal

Kimberly Miranda

Rachna Prasad

Seema Azmi

Rani Dispotta

Raynia Mascerhanas

Raynia Fernandes

Nisha Nair

Soimoi Kerketa


Sebagai kesimpulan, “rating” filem ini, H.I berikan sebanyak 8.5/10. H.I sarankan untuk anda semua menonton filem ini. Ia bukan sahaja memberikan motivasi dan semangat, tetapi juga mempunyai nilai murni yang tinggi, hendak disampaikan.

Setakat itu sahaja, selamat menonton, semoga terhibur. Cau Luh.



Artikel Berkaitan :

“The Flying Sikh” - Bhaag Milkha Bhaag

Inspirational Story of Manjhi - The Mountain Man

The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website

Hartanah (Rumah) di Malaysia


Post a Comment

0 Comments