Hello
geng. Waner cite boh?
Selamat
datang ke NAK TENGOK CERITA APA? (NATCA). Harini H.I nak berkongsi tentang
sebuah filem. Pernah dengar tak nama atau gelaran “The Flying Sikh”?
Kalau dah pernah dengar, bagus lah. Kalau tak pernah dengar lagi, haa, meh sini
H.I nak kongsi.
![]() |
Sumber - imdb.com |
Filem yang H.I maksudkan adalah bertajuk Bhaag Milkha Bhaag, yang bermaksud Lari Milkha Lari ( *Bhaag = Lari / Run ). Filem ini di inspirasi daripada sebuah buku tulisan Milkha Singh sendiri dan anak perempuannya, Sonia Sanwalka, yang bertajuk The Race of My Life. Filem ini diterbitkan pada tahun 12 Julai 2013. Ia diarah oleh Rakeysh Omprakash Mehra dan ditulis oleh Prasoon Joshi.
Boleh
Menonton di:
Info berkaitan filem ini :
Pengarah |
|
Penerbit |
Rajiv Tandon Raghav Bahl Maitreyee Dasgupta Madhav Roy Kapur Rachvin Narula Shyam P.S Navmeet Singh P. S. Bharathi |
Ditulis Oleh |
|
Pelakon |
Farhan Akhtar Sonam K Ahuja Divya Dutta Meesha Shafi Pawan Malhotra Yograj Singh Art Malik Prakash Raj |
Syarikat Produksi |
ROMP Pictures |
Diedar Oleh |
Viacom 18 Motion Pictures |
Tarikh Terbitan |
12 July 2013 |
Bahasa |
Hindi |
Genre |
Drama, Inspirational/Motivational |
Masa |
189 Minit |
Bajet |
|
Untung Bersih |
|
Filem
ini dibintangi daripada barisan pelakon seperti Farhan Akhtar sebagai Milkha Singh dan
pelakon-pelakon yang lain termasuklah Sonam K Ahuja, Divya Dutta, Meesha Shafi, Pavan Malhotra, Yograj Singh, Art Malik and Prakash Raj.
![]() |
Farhan Aktar |
Bhaag
Milkha Bhaag berkisahkan tentang Milkha (watak utama) yang mempunyai
kisah silam yang sedih dan tragis sewaktu beliau masih kecil. Kampung beliau
diserang oleh askar dari negara jiran, iaitu Pakistan. Beliau berjaya melarikan
diri.
![]() |
Milkha Singh |
Selepas
itu, dia tinggal bersama dengan kakaknya yang juga terselamat daripada serangan
tersebut. Apabila dia sudah dewasa, beliau jatuh cinta dengan seorang wanita di
kampungnya yang baru itu. Wanita tersebut bernama Biro yang dilakonkan oleh Sonam K Ahuja. Beliau
menyatakan kepada Biro yang suatu hari nanti, India akan ada cuti khas sempena nama
beliau sendiri.
![]() |
Sonam K Ahuja |
Kemudiannya,
beliau menyertai askar (Indian Army).
Ketika Latihan beliau telah terpilih untuk mewakili rejimen askar tersebut
sebagai pelari dalam suka olahraga. Dengan usahanya dan sokongan pelatihnya, Hawaldar Gurudev Singh (Pavan Malhotra), dia berjaya
mewakili pasukan India ke peringkat dunia. Setalah itu, Milkha Singh menjadi
pelari terpantas di India.
![]() |
Dev Gill |
Pada
1960, Presiden India, Jawaharlal
Nehru, memujuk Milkha Singh untuk mengetuai pasukan India sempena
perlawanan persahabatan dengan Pakistan. Beliau akan bertanding dengan pelari
dari Pakistan bernama Abdul
Khaliq (lakonan Dev Gill), yang juga dikenali sebagai pelari terpantas di Asia Ketika
itu. Abdul Khaliq juga terkenal dengan gelaran The Flying Bird Of Asia.
Hal tersebut sukar bagi Milkha Singh kerana kisah silam beliau yang berkait
dengan Pakistan.
Selama
beliau menjadi wakil pelari untuk India, Milkha Singh telah berjaya mendapat :
PENCAPAIAN PINGAT |
||
Gold |
||
Gold |
||
Gold |
||
Gold |
||
Gold |
||
Gold |
1958 Cuttack |
200m |
Gold |
1958 Cuttack |
400m |
Silver |
1964 Calcutta |
400 m |
Kalau
anda semua ingin tahu apa yang terjadi, adakah Milkha dapat mengatasi kisah
silam belia atau tidak, adakah beliau berjaya memenangi perlawanan tersebut
atau pun tidak, anda kena tonton filem ini dan lihat sendiri kesudahanya. Anda
juga akan dapat melihat sendiri, bagaimana Milkha Singh mendapat gelaran “The
Flying Sikh” apabila anda menonton filem ini.
Untuk filem ini, H.I berikan rating sebanyak
8.5. Filem ini juga, banyak memberikan nilai murni dan inspirasi kepada
penonton. Apa yang H.I suka adalah semangat yang sangat tinggi yang ditunjukkan
oleh Milkha. Dapat jua dilihat, dimana apabila kita berjaya mencapai sesuatu
kejayaan dan berada di atas, aka nada seketika waktu dimana kita akan
tersungkur jatuh kerana kealpaan dan kelalaian terhadap apa yang kita miliki.
Dari situ, kita dapat lihat yang Milkha Singh menunjukkan yang kita perlu sedar
dari kelalaian tersebut dan berpatah balik ke jalan yang benar dan menumpukan
semula fokus kita terhadap cita-cita dan tujuan hudup. Tidak dilupakan,
semangat dan sikap patriotisma yang ditonjolkan dalam diri Milkha Singh
terhadap negara tanah airnya, iaitu India.
"zindagi se bhago nahin, zindagi ke
saath bhago"
("don't run away from life, run with life")
Jumpa lagi. Cau luh.
Artikel Berkaitan :
Inspirational Story of Manjhi - The Mountain Man
Koleksi Nasyid Terbaik & Menarik - Part 1
0 Comments