![]() |
Hello.
Waner cite boh?
Harini H.I
nak berkongsi kepada anda sebuah “motivational film”. Cerita ini sememangnya
mempunyai nilai motivasinya yang tersendiri.
![]() |
Sumber - pinterest.com |
Tajuk
filem tersebut adalah, Manjhi - The Mountain Man. H.I yakin, ramai yang
mengetahui tentang kisah seorang lelaki yang telah membelah gunung dengan usaha
dan tenaganya sendiri.
Filem ini
berlatarkan di India. Lebih tepatnya, di kampung Gehlaur, Bihar, India.
Ia diarah oleh
Ketan Mehta dan pelakon utamanya adalah Nawazuddin
Siddiqui sebagai Dashrath Manjhi.
![]() |
Sumber - behancce.net |
Boleh
Menonton di:
Info Berkaitan Filem :
Pengarah |
|
Penerbit |
Nina
Lath Gupta |
Ditulis Oleh |
Ketan
Mehta |
Pelakon |
Gaurav
Dwivedi |
Syarikat Produksi |
|
Diedar Oleh |
Maya
Movies |
Tarikh Terbitan |
21 August 2015 |
Bahasa |
Hindi |
Masa |
124 Minit |
Krew |
575 |
Bajet |
|
Untung Bersih |
|
Filem Manjhi - The Mountain Man diinspirasi daripada
kisah benar yang berlaku kepada Dashrath
Manjhi. Justeru itu, filem ini mengisahkan tentang Dashrath Manjhi juga lebih
dikenali sebagai “Mountain Man” yang telah Kembali ke kampungnya iaitu kampung
Gehlaur.
Di awal
cerita ini, Manjhi terserempak dengan seorang wanita semasa di dalam perjalanan
menuju ke kampungnya. Wanita tersebut bernama Phaguniya Devi. Kemudiannya, mereka berkahwin dan mendapat
seorang anak lelaki.
Kampung Gehlaur agak terpencil kerana kedudukannya yang berada disebalik
sebuah Gunung.
![]() |
Sumber - reddit.com |
Suatu hari, Phaguniya ingin menghantar makanan kepada
suaminya, Manjhi yang sedang bekerja di sebuah sawah diseberang gunung. Dia
sedang mengandungkan anak kedua mereka
Ketika itu. Dia mendaki gunung tersebut dan terjatuh dari tebing gunung
tersebut.
Manjhi yang mendapat khabar berita tersebut bergegas
mendapatkan Phaguniya. Dia membawa isterinya ke hospital yang terletak agak
jauh dari kampung Gehlaur kerana ia merupakan hospital yang paling hampir. Malangya,
Phaguniya telah meninggal dunia dan melahirkan seorang anak perempuan.
Manjhi berasa sangat sedih dan dalam masa yang sama, dia
berasa sangat marah terhadap kewujudan Gunung yang menjadi penghalang dan
menjadi penyebab kematian Phaguniya. Bermula hari itu, dia bertekad mencabar
Gunung itu dan berjanji akan menghancurkannya.
![]() |
Sumber - mom hijab |
Manjhi memulakan azamnya untuk memecahkan gunung tersebut.
Hal itu menyebabkan penduduk kampung Gehlaur memanggilnya
orang gila. Kanan-kanak juga mengejek Manjhi. Akan tetapi, iannya tidak
menjejaskan sedikit pun semangat Manjhi.
Banyak cabaran yang dilalui
Manjhi sepanjang usahanya memecahkan gunung tersebut. Antaranya termasuklah
diejek, ditipu dan dijadikan kambing hitam sehinggakan dia dipenjarakan. Namun
dia tetap dengan impiannya. Dia meneruskan usahanya sehingga berjaya membelah
gunung tersebut pada tahun 1982, iaitu selama 22 tahun lamanya (1960 – 1982).
Manjhi meninggal dunia pada tanggal 17 Ogos 2007 ketika berumur 78 tahun.
Apa
yang agak menyedihkan, hanya setelah kematian Manjhi, Kerajaan telah membuat
jalan yang rasmi pada Tahun 2011, iaitu 52 tahun dari bermulanya Manjhi memecahkan
gunung, 30 tahun selepas selesai usaha tersebut dan 4 tahun selepas
kematiannya.
![]() |
Sumber - commons.wikimedia.org |
Apa yang H.I suka dengan cerita ini adalah, semangat kental
yang ditunjukkan Manjhi. Betullah orang kata, ‘Orang sanggup berbuat apa sahaja
demi Cinta’. Terdapat satu situasi dalam filem ini yang membuatkan H.I rasa, ‘wow,
sanggup sampai sebegitu sekali ya’. Situasi itu adalah di mana Manjhi
memotong jari kakinya dengan batu. Sememangnya tak terkata dengan situasi
tersebut.
H.I sangat-sangat mengsyorkan kepada anda semua untuk menonton filem ini kerana ia sangat bangus dari segi nilai-niai murni yang ada dalam penceritaan filem ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit impak kepada anda semua sebagai penontong kepada filem ini. Jumpa lagi di lain waktu.
Terima kasih. (Tonton video kami di YouTube)
Artikel Berkaitan :
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future
Our Times ( WÇ’ De Shà onÇš ShÃdà i ) 2015
Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other
0 Comments