UNSPOKEN WORD – A SHORT FILM
Tidak seperti
orang lain, pewatakan jejaka yang agak tampan bernama Hakim ini sedikit
‘clumsy’. Namun begitu, dia masih lagi antara insan yang mempuanyai kawan yang
agak ramai. Kebanyakan kawan-kawanya tidak jemu berkawan denganya. Walaupun
agak clumsy, dia dilahirkan sebagai seorang yang peramah.
Walaupun Hakim
mempunyai ramai kawan, dia paling rapat dengan seorang kawan perempuan selain
daripada kawan rapat lelakinya. Perempuan itu bernama Diana. Diana mempunyai
rupa paras yang dikategorikan dalam kalangan rupa paras yang dinilai normal dan
biasa sahaja, dengan ketinggian yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu
tinggi. Dengan rupa paras sedemikian, sesetengah orang tewas denganya dengan
pandangan pertama. Tapi, tidak bagi Hakim pada permulaanya.
Mereka berdua
berkawan sangat rapat sehinggakan, sesiapa yang tidak mengenali mereka dan
mengetahui akan hubungan mereka, pasti akan mengatakan mereka berdua merupakan pasangan bercinta.
Mereka sangat akrab seperti seorang adik dan seorang abang. Sikap clumsy Hakim
membuatkan Diana terhibur sentiasa dan hal itu megukuhkan hubumgan mereka. Saling
tolong menolong adalah perkara biasa. Sifat adik dan abang tu sangatlah
menyerlah pada diri mereka. Setiap kali tiba hari ulang tahun kelahiran
masing-masing, ada sahaja sesuatu yang di lakukan mereka. Dengan kata mudah,
mereka menunjukkan situasi ‘partner goals’.
Suatu hari,
mereka berjumpa untuk menyatakan
sesuatu. Ketika duduk berdua, mereka pun hendak menyatakan perkara itu. Dengan
kebetulan yang sagat kena, mereka ingin memulakannya serentak. Namun, Hakim
mengalah dan menyuruh Diana memulakan dulu. Diana juga enggan memulakan. Mereka
bersetuju untuk memberitahu perkara yang hendak diberitahu masing-masing dengan
serentak. “ Aku suka Faiz” kata Diana. Hakim hanya sempat menyatakan “aku suka
..” sahaja. Tidak sempat menghabiskan ayatnya. Diana pun memulakan ceritanya
tentang Faiz. Sememangnya Hakim lah antara tempat kegemaran Diana meluahkan dan
bercerita sama ada masalah atau apa saja.
Orang sering
mengatakan bahawa cinta itu lahir pada pandangan pertama atau ada sesuatu
kejadian yang membuatkan kita menemui cinta kita. Akan tetapi jarang kita
mendengarkan yang cinta itu akan lahir tanpa kita sedari, hal ini kerana ia
merupakan perkara yang dialami kebanyakan orang tetapi mereka sukar menerima
kenyataan yang perit ini. Tidak semua orang mampu memiliki cinta. Cinta itu
abstrak dan sukar di jangka. Pemberi bahagia dan juga penyebab derita.
Mencintai seseorang tanpa terucap kata merupakan perkara yang memeritkan.
Hakim hanya
memberikan senyuman gembira kepada Diana. Walau pun dia tidak mampu melafaskan,
tapi dia tahu, kebahagian Diana juga membahagiakan dirinya.
Selepas
kejadian itu, Hakim hanya mampu melihat kebahagian Diana dengan Faiz dari jauh.
Tidak kuat untuk menyapa dan tidak ingi mengganggu mereka.

0 Comments