EPISOD 9
Zai terbangun
daripada mimpi buruknya lagi.
* * * * * * * * * * *
* * *
Di satu pagi.
Suasana agak tenang dan sejuk kerana hujan membasahi bumi pada malam sebelumnya
sehingga ke subuh hari. Langit kelihatan agak redup kerana mendung.
Khai : kau nak balik terus ke? Alaa, lepak ahh
dulu, baru semalam kot penutup program. Esok balik ahh.
Zai : takpe lah, aku ada hal, kene balik awal. Sorry ahh geng.
Amin : kau tak nak jumpa Arissa dulu ke tuk last
time?
Zai hanya memberikan
senyum tawar. Amin & Khai faham, yang Zai masih lagi berat hati untuk melepaskan
Arissa. Sebelum balik, Zai sempat mengirimkan surat untuk Arissa kepada Amin.
Selesai berkemas, Zai memulakan langkah perpisahan.
Khai : dah nak gerak ke? jap, tanggu ahh Amin
jap.
Zai : okay.
Amin pun
sampai. Khai berbisik kepada Amin. Amin menunjukkan sign okay.
Zai : alright, aku gerak luh.. jumpa lain kali kalau ada
rezeki. Korang ahh member terbaik.
Mereka
perpelukan dan bersalaman sebelum perpisah.
* * * * * * * * * * *
* * *
Sementara itu,
Arissa duduk termenung di taman. Kelihatan dia sedang termenung jauh. Syaa
datang menghampiri. Syaa berdiri di hadapan Arissa, lalu menghulurkan sepucuk
surat, surat daripada Zai.
Syaa
memberitahu Arissa yang Zai sudah ingin pulang ke rumahnya. Riak wajah Arissa
berubah, lalu dia terus bergegas mengejar Zai. Syaa hanya mengikut dari
belakang.
Zai berjalan
keluar dari pintu pagar. Dia mendengar seseorang memanggilnya dari belakang.
Panggilan itu bertukar menjadi agak pelik. Dia pun menoleh kebelakang
perlahan-lahan.
Arissa : Zaiii… Zai, keteepiii,,,, kee
“BAMM”
Laungan Arissa
terhenti sepenuhnya. Dihentikan dengan kejadian yang tak disangkanya. Iaitu
sebuah kereta meluru laju, pemandu kereta itu kelihatan seperti hilang fokus
pemanduan, lalu merempuh Zai yang sedang ingin melintas jalan.
Orang ramai mulai
berkumpul di tempat kejadian. Darah berlumuran keluar dari kepala Zai. Arissa
hanya mampu meraung kesedihan. Lagi pedih kerana ia berlaku di hadapan mata
sendiri. Hujan juga mulai menitiskan air dari takungannya. Ia menambahkan lagi
suasana hening itu.
* * * * * * * * * * *
* * *
Arissa duduk
di sebuah bangku di taman, lau dikeluarkan sekeping sampul surat dari poketnya.
Kemudian, dia membaca sepenuhnya surat yang dikirimkan oleh Zai untuknya. Semua
kenangan bersama Zai kembali bermain difikiran. Air mata Arissa gugur membasahi
surat itu.
Selesai
membaca, dia bermonolog.
“Tidak pernah sesekali terlintas difikiran, yang kita akan menyatakan ‘selamat tinggal’ dengan cara sedemikian. We have chance to make it in much better way. But I, I create the ‘stranger’ barrier between us. Kalau lah Arissa tak pernah menyatakan sedemekian rupa. Sejujurnya, awak telah membuatkan Arissa jatuh cinta. Awaklah yang terbaik. It made our meet worthy. Pertemuan pasti ada perpisahan. Tenang lah dikau disana, Zai.”
Arissa bangun
dan berlalu pergi. Surat tersebut terjatuh di atas bangku tanpa disedarinya.
Lalu, datang
seorang lelaki, mengambil surat itu dan melihat Arissa berlalu pergi.
***lagu iringan cerita. boleh juga PLAY sambil baca part terakhir.
- TAMAT -

0 Comments