Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

PERTEMUAN - Episod 7

PERTEMUAN - Hanya Sebahagian Daripada Kehidupan


EPISOD 7

Selepas kuliah selesai.

Khai       : dah, okay jom!. Cam biasa, perut ini perlu diisi dahulu.

Amin     : alah kau, asyik lapar jee.

Khai       : baik habiskan duit beli makanan dari habis kat awek jee, macam orang tu.

Amin     : kata-kata orang single memang macam tu. Hohoo.

Zai          : dah-dah, itu pun nak gaduh ke, single buat cara single, tak gitu Min?

Zai dan Amin pun ketawakan Khai. Mereka bersembang sambil menuju ke kafe.

Khai       : Zai, aku macam tertanya lan en, bila kau nak confess kat Arissa haa? Dah lama kau duk berdua je. Why not terus cakap je?

Amin     : aceceee, tengok siapa yang berkata-kata. Haha. Ada betul gak Zai? bila kau nak confess?

Zai          : aku bukan tak nak, tapiii…

Khai       : tapi apa pulak Zai? ke kau suka single cam aku, happening gituu, hahaha

Zai          : hahaha. Tengok la camne. Nanti-nanti la aku pikir nak konfes bila,,

 

* * * * * * * * * * * * * *

 

Pada malam itu, Zai dan Arissa keluar berdua. Mereka berduan di bawah sinaran bulan purnama, di segarkan oleh tiupan angin bayu darat meniup lembut membelai kulit. Mereka duduk di atas sebidang tikar sambil minum air tin ditepi pantai.

Arissa    : subhanallah, cantik betul bulan penuh malam ni. Dengan bintang nya. Ya Allah, cantik sangat-sangat.

Zai          : kann. Dengan ombak pun tenang, angin slow je, tenangg jee rasa malam ni.

Arissa    : ye la kan, kalau macam ni tiap-tiap malam kan best.

Zai          : hmm, tu lah. how I wish time goes slow.

Arissa    : kenapa pulak?

Zai          : ye lah, kita kenal dah hampir nak masuk 3 bulan dah. Tak sampai sebulan je lagi, kita dah tak boleh jumpa lagi dah, sebab program ni dah habis.

Arissa    : so, awak nak cakap yang hubungan kita just based on program ni? Camtu?

Zai          : eh tak, bukan tu maksud saya. Maksud sayaa….

Belum sempat Zai habiskan ayat, Arissa menyambung dengan nada yang agak serious.

Zai          : Hubungan kita hanya hubungan sementara? Camtu? Alright, I got you. From strangers, we know each other, though, we still say goodbye as strangers. Bye, and thank you. (bangun berlalu pergi)

Zai          : Arissa, wait, Arissaaa…!

 

Bersambung…






VigLink badge

Post a Comment

0 Comments