EPISOD 5
Seperti biasa,
melalui saat-saat di dalam kuliah. Dr. Qasha sedang bercakap, menyampaikan
kuliah dihadapan.
Dr. : when we put it together, what will happened? That will be
your assignment for today. (sambil lihat jam tangan) submit to me on next
Monday. Okay? Alright, that’s all. Class dismiss.
Bilik kuliah
menjadi meriah dengan perbualan antara pelajar sambil mengemas alat tulis.
Khai : okeh, jom makan. Perut aku dah asyik
hantar whatsapp suh pi makan.
Zai : okay, jap eh.
Zai bergegas menuju
ke arah Arisssa.
Zai : er Arissa. Do you free this evening? If yes. How about
keluar jalan-jalan, pi makan somewhere ke?
Arissa : ow Zai. Hai. Petang ni eh. Yup, free. Why
not?
Zai : okeh, cun. Ajak la sekali member-member awak.
Arissa : okay, nanti saya ajak.
Zai : see you then.
Zai berlalu
pergi dengan senyuman gembira dan teruja.
Zai : jom makan.
Amin : laa, ingat dah kenyang tadi pergi jumpa
awek, dah tak nak makan ngan kitorang.
Zai : alah, aku pi sana kejap je. Ajak dia keluar petang ni.
Jom ahh sekali petang ni.
Khai : tak nak aku, tak kuasa aku nak
menghaadap muka korang berdua berjam-jam.
Amin : ye ahh tu, baik main game ke, siapkan
assignment ke, lagi bagus.
Zai : alahh, jom ahh. Bukan dia seorang je, member dia pun join
seklali ahh. Mane laa tahu kot-kot kau ada berkenan kat salah seorang member
dia.
Amin : pape je lah, dah, kebulur dulu la aku
layan kau kat sini.
Petang itu.
Khai : bapak ah tak sampai lagi. Mana awek kau ni Zai?
Zai : lah kau. Sabar ahh. Tahu-tahu je lah perempuan camne.
Selepas
seketika.
Arissa : hai. Sorry lambat. Okay, kenalkan, member
saya, yang ni Wati, dan Syaa.
Zai : hai, panggil je Zai. yang ni, Amin. Dan yang nii, errm,
nama dia, errrmm..
Khai : Khai. (senyum) ceh, nama member
tak ingat.
Zai : order la. Nanti lambat pulak makanan sampai. Bang. (memanggil
pelayan kedai)
Mereka
bersembang panjang sambil makan.
* * * * * * * * * * *
* * *
Mimpi tentang
kemalangan itu masih lagi menghantui malam Zai. Makin menyeramkan. Zai
terbangun dari tidurnya kerana mimpi itu. Ia menyebabkan Zai sukar untuk
kembali lelap.
Bersambung…

0 Comments