EPISOD 2
Khai menyergah
Zai, dan Zai terlepas air tin dari genggamannya lalu jatuh ke atas seseorang.
Dia bergegas turun ke bawah lalu meminta maaf kepada orang tersebut sambil
mengutip kembali tin yang terjatuh itu. Dia terkedu apabila melihat mangsa
tersebut.
Zai : So sorry, sorry. Soor… (Zai terkedu seketika, lalu masuk
ke alam khayalan)
Khai dan Amin
hanya memerhati dari atas. Zai kembali ke alam nyata.
Zai : I’m so sorry. Are you okay? (dalam keadaan gelabah)
Arissa : ow, its okay. Tak de pape sangat pun,
sikit je ni.
Zai : are you sure?
Arissa : yaa, I’m sure.
Zai : rasa bersalah pulak saya.
Arissa : it’s okay. Excuse me. (berlalu pergi)
Setelah berlalu
Arissa agak jauh sedikit, Zai pun menyapa.
Zai : erm, nama awak apa?
Arissa hanya berpaling dan
memberikan senyuman manis saja dan berlalu pergi. Dengan pantas Khai dan Amin
membahan Zai.
Khai & Amin : Dari Matamu Matamu, Ku Mulai Jatuh
Cinta, Ku Melihat Melihat, Ada Bayangan… (menyanyikan lagu dari mata – jaz)
Zai : dah ahh korang, jom balik, makan, lapar siot.
*
* * * * * * * * * * * * *
Mimpi tersebut
datang menyapa Zai lagi pada malam itu. Dia terjaga kerana terkejut dengan
kejadian yang dialami dalam mimpi tersebut.
Zai : astaghfirullahalazim…
Zai pergi
mencuci muka lalu kembali tidur.
Keesokannya,
mereka berbual sambil berjalan menuju ke bilik kuliah.
Amin : wei Zai. Kau kenapa ni, lesu je. Kau
nightmare ke semalam? Ke kau ada nampak hantu?
Zai : tak de pape ahhh.
Khai : Haa, aku tahu, ni mesti tak cukup tidur
ni, kau bergayut ngan awek ehh? Ayokk, kantoi.
Zai : apa lah kau ni. Sejak bila pulak aku ada awek? Haa?
Amin : ish kau ni pun satu lah Khai. Member mana
lah ada awek. Kalau member dah ada awek, tak de nyee kaku jadi patung tengok
awek semalam.
Amin dan Khai pun
ketawa.
Zai : takde maknanya lah. Mengarut la korang ni.
Khai : Tapi kan, awek semalam boleh tahan gak
doo.
Amin : ye ahh tu. Wei, apa nama dia haaa?
Zai : mana lah aku tahu.. tanya ahh dia sendiri.
Khai : eleleeee, kau, ngan kitorg pun nak
berkira ke, Kemon laa.
Mereka
bertiga terus berjalan ke kuliah pagi itu. Zai terus disakat sepanjang
perjalanan.
* * * * * * * * * * *
* * *
Setelah kuliah
selesai.
Khai : wei, wei. Tu bukan ke awek semalam ke?
Zai pun terus
berpaling melihat wanita itu.
Amin : ececehh, zuppp. Terus tengok kauuu. Bapak
laju.
Khai : apa lagi Zai. Jangan sia-siakan, pergi
la jumpa dia. At least tahu nama.
Zai memberanikan
diri untuk pergi menemui wanita itu.
Zai : hai. ermm.
Arissa memalingkan
muka, lalu sekali lagi, Zai disapa dunia khayalannya.
Bersambung…

0 Comments