EPISOD 1
Suasana
kelihatan agak sesak. Orang ramai dilihat berkumpul di bahu jalan. Aliran
trafik daripada lancer mula bertukar perlahan. Sudah dapat diagak oleh
kebanyakan orang, semestinya sesuatu kejadian terlah terjadi di situ. Jika
dilihat suasan kejadian tersebut dari dalam kereta yang melalui kawasan itu,
hanya dapat dilihat kenderaan yang terlibat dengan satu kemalangan. Juga,
kelihatan agak samar, sepertinya ada kesan darah yang agak banyak mengalir di
atas jalan raya. Satu badan dilihat diangkat dan dibawa ke tempat yang lebih
selamat oleh orang ramai.
*
* * * * * * * * * * * * *
Seorang wanita
sedang duduk di bangku. Wajah wanita itu tidak dapat dilihat kerana dia sedang
menghadap ke arah berlainan. Wanita itu mengeluarkan sekeping sampul daripada
poketnya. Lalu, sampul tersebut terus dibuka dan kelihatan sekeping surat
dikeluarkan. Wanita itu seperti begitu fokus membacanya.
*
* * * * * * * * * * * * *
Sebuah
kain rentang tergantung yang menunjukkan terdapat sesi pendaftaran untuk satu
kursus bagi peserta yang terlibat. Para peserta kursus dilihat hadir mendaftarkan
diri di kaunter pendaftaran yang di sediakan.
Zai : alright, ini dia (mengeluarkan surat tawaran). cantik
puan hari ni. (sentiasa dengan perwatakannya yang suka menyapa orang di
sekeliling dan sentiasa periang).
*Selesai bercakap, masuk suara
monolog. Seiring dengan suasana pendaftaran.
Zai : (monolog) tanggal 1 hari bulan satu,
2018. Hari dimana aku memulakan sisa-sisa kehidupan setelah habis diploma, eh
jap, kenapa formal sangat pula ni, haish. Okey. Dari mula, walaupun nama aku
Zakwan, pangggil aku Zai. Sepatutnya aku dah masuk degree dengan member-member
aku, tapi, alaa, saja, aku nak lepak-lepak dulu, so, aku join program ni. andd,
guess what, macam drama melayu lain, here, I meet someone, Arissa. Nur Arissa
Binti Rahimi, seorang perempuan yang, ahh, tengok sendiri la senang.
Seorang
perempuan sedang berjalan melalui taman. Datang pula angin sepoi-sepoi bahasa
menemani.
Para pelajar
program tersebut mulai masuk ke dalam
bilik kuliah. Sesi kuliah bermula. Semua pelajar menumpukan perhatian pada
kuliah.
Amin : hai, aku amin. (sambil hulurkan tangan
untuk bersalam)
Zai : aaa, oh. Aku Zakwan, panggil je Zai. (salam dengan Amin)
Khai : Hi, aku Khai, Khairil. (sambal hulurkan
tangan)
Zai : oh, hai, Zai.( salam dengan senyuman)
Selepas
seketika, kuliah tamat. Semua pelajar keluar dari bilik kuliah.
Keesokanya,
selepas kuliah, Zai dan kawannya berbual seketika di koridor.
Amin : So, kemanakah kita lepas ni?
Zai : tak kesah. (dan terus minum air tin nescafe)
Khai yang
melihat Zai yang sedang minum air tin tersebut menghadap ke bawah, yang juga
bersandar pada koridor, terus menyergah Zai, lalu air tin yang diminum Zai
terlepas dari genggamannya lalu jatuh ke bawah. Zai yang terperanjat dan
menyebabkan dia kehilangan air tinnya itu terus meninggikan suara.
Zai : Oii, bedebah betul. Aku hampir jatuh kot. Tengok apa kau
dah buat.
Khai dan Amin
terus ketawa akan kejadian itu.
Zai : Wei, wei, wei, kene atas orang la wei.
Zai terus
bergegas turun ke bawah. Orang tersebut dibasahi air tin yang terjatuh ke
atasnya. Khai dan Amin hanya melihat dari tingkat atas.
Zai : sorry, sorry. Soor… (Zai terkedu seketika)

0 Comments