Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Pentagon Cinta – Bahagian 8



Pada suatu hari, Aqila mengambil keputusan untuk meluahkan perasannya kepada Haris. Dia pergi menghampiri Haris yang sedang membaca buku ilmiah di kelas.

Aqila : Hai Haris. Saya ada sesuatu nak cakap kat awak ni.

Haris : Hai.. Ya, ada apa? Cakap la.

Aqila : Tapi, Kalau saya cakap awak jangan terkejut tau.. Jangan marah kat saya pula ya.

Haris : Ok, saya janji takkan marahkan awak.

Aqila : Yang sebenarnya,… Saya suka kat awak. Kalau saya nak jadi teman awak boleh?(suara lembut, manja, ayu dan perlahan)

Haris : Hah? Apa? Minta maaflah Qila…. Bukan saya nak lukakan hati awak. Tapi,..

Aqila : Tapi apa, Haris?

Haris : Saya terpaksa bagitahu awak yang saya dah ada orang lain. Seseorang dah menawan hati saya ini. Hanya dia seorang sahaja dalam hati saya sekarang ni.

Aqila : Siapa dia? Oh, saya tahu. Dia Nabila kan? Betul tak?

Haris : Kenapa dengan dia? Kalau betul pun, apa salahnya?

Aqila : Memang ada salahnya. Bukankah dia dah ada orang lain?

Haris : Biarlah. Saya tidak kisah pasal semua itu. Saya sanggup tunggu dia walau apa-apa pun yang akan terjadi. Saya tetap setia kepada dia. Maafkan saya.

Aqila : Ow, macam tu ya. Ok, saya faham. Saya terima. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. Saya pergi dulu.

Aqila beredar meninggalkan kelas tersebut dengan hati yang sebak serta sedih dan pilu.





VigLink badge

Post a Comment

0 Comments