Selapas
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Rafiq telah pun menanamkan nekad yang teguh untuk meluahkan perasaannya
kepada Nabila yang sudah sekian lama dipendam. Pelbagai ikhtiar yang telah
dilakukan oleh Rafiq. Rafiq mengambil ikhtiar dengan cara menghantar surat
kepada Nabila untuk menyatakan perasaannya. Namun begitu, rahsia Rafiq telah
pun diketahui oleh kawan baiknya, Azlan. Azlan cuba membantu kawan baiknya,
Rafiq untuk mendapatkan Nabila. Dia melakukan yang terbaik untuk membantu kawan
baiknya.
Pada
suatu hari, Nabila melangkah masuk ke dalam kelas lalu duduk di tempatnya. Dia
mendapati ada sepucuk surat di dalam mejanya. Dia berasa hairan dan pelik akan
surat yang diterimanya itu.
Nabila : Eh,
surat apa pula ni? Untuk aku ke?
Nabila
segara membuka surat tersebut lalu dibacanya.
Keesokan
harinya, sedang Nabila membaca buku di perpustakaan, datang seorang budak
perempuan memberikanya sepucuk surat yang dikirim oleh orang yang sama.
Budak
1 : Nama kakak Nabila kan? Ni ada surat untuk kakak.
Di
hari yang lain ketika Nabila sedang beriadah, datang lagi seorang budak
memberikan sepucuk surat untuk dirinya.
Budak
2 : Kak, ni ada surat untuk kakak.
Nabila :
Adik, siapa yang bagi surat ni?
Budak
2 : Tak tahu. Ada orang bagi. Dia cakap dia kawan kakak.
Ok, pergi dulu. Lalalalala…… (berlari riang)
Sewaktu
Nabila berjalan pulang selepas prep petang bersama-sama kawannya di hari yang
lain, datang lagi seorang budak menyampaikan surat untuknya.
Budak
3 : Surat untuk kakak.(menghulurkan surat)
Nabila :
Eh.. Eh..
Belum
sempat Nabila menanyakan soalan kepada budak itu, budak itu telah pun pergi
meninggalkannya.
Walau
bagaimanpun, Nabila mengesyaki bahawa Rafiq lah yang selama ini menghantar
surat kepadanya. Hal ini kerana Aqila pernah memberitahu yang bahawa tulisan
dalam surat-surat tersebut adalah kepunyaan Rafiq.
Waktu
rehat, di koperasi sekolah.
Nabila :
Lan, kau bagi tahu kat kawan kau yang aku ucap terima kasih kat dia.
Azlan :
Hah? Kawan aku? Kawan yang mana pula ni?
Nabila : A’a.. Kawan kau. Takkan kawan Jebon pula.
Azlan : Kawan aku ramai. Kawan yang mana satu ni? Hisshh..
Pening aku.
Nabila :
Ala, kawan baik kau yang bernama Rafiq tu la. Siapa lagi.
Azlan : Ow…
Ok, Insyaallah. Tapi kenapa?
Nabila : Kau beritahu sajalah. Banyak songeh pula.
Azlan : Ok, ok.. Aku beritahu kat dia.
Selepas
rehat, Azlan segera berjumpa dengan Rafiq.
Azlan : Oi
Rafiq. Sini kau sebentar.
Rafiq : Ok,
sekejap ya.
Azlan : Aku
nak tanya. Kau dah bagi hadiah tu kat dia ke?
Rafiq :
Dah. Apsal pula?
Azlan : Tak
la.. Tadi, dia suruh ucap terima kasih kat kau.
Rafiq :
Hah? Biar betul kau. Kau cakap betul-betul. Kau jangan tipu aku.
Azlan : Aku cakap benda betul la. Aku tak tipu kau pun. Betul
ni.
Rafiq : Betul ni? Habis tu, apsal dia suruh kau cakap kat aku?
Azlan : Mana aku tahu. Sebab pasal tu kot.
Rafiq : Hmmm.. Betul dia cakap kat aku ni?
Azlan : Betul... Buat apa pula aku nak tipu kau. No Time Not
Need, bro.
Rafiq : Oh, ok. Macam mana pula dia tahu aku yang bagi?
Azlan : Tak
tahu aku. Dia suruh aku cakap kat kawan aku terima kasih. Aku pun tanya la
siapa. Dia pun sebutlah nama kau. Tu yang aku tanya kau.
Rafiq : Ow,
ok. Aku faham.
Rafiq
barasa sedikit gembira mendengar apa yang diberitahu oleh kawan baiknya, Azlan.

0 Comments