Kisah
cinta antara Syamil dan Aqila masih berlanjutan sampai ke Tingkatan 3. Akan
tetapi, telah terjadi sebuah kejadian yang teramat sukar dilupakan oleh Syamil.
Betapa malang dirinya apabila menerima sekeping surat yang ditujukan kepadanya.
Pada
suatu petang, ketika prep berjalan, Syamil mendapati bahawa terdapat sepucuk
surat di dalam mejanya ketika mencari buku latihan.
Syamil : Eh,
surat apa pula ni? Siapa pula yang letak surat ni kat dalam meja aku. (kehairanan)
Dia
membuka surat tersebut lalu membacanya.
"
Assalamualaikum...,,
Kehadapan saudara Syamil yang dikasihi,
adalah bertujuan saya menulis surat ini kepada saudara adalah berkenaan
perhubungan kita. Pertamanya, saya berharap agar saudara tidak menyalah anggap
tentang tujuan sebenar saya mengirim surat ini. Walaupun hubungan kita boleh
dikatakan bertahan agak lama juga. Walau telah banyak masa yang telah kita
lalui bersama, segalanya amat indah untuk saya simpan sebagai kenangan yang
terindah selama kita bersama. Akan tetapi, setelah satu pekara telah saya
ketahui, saya sering memikirkannya. Oleh itu saya telah mengambil keputusan
yang muktamat. Keputusan yang telah dipikirkan secara masak-masak. Saya
mengambil langkah untuk memutuskan hubungan kita yang selama ini kita bina
bersama. Harap awak faham dan tidak menganggap ini sebagai titik tamat bagi
kehidupan awak. Sekian, terima kasih atas segalanya...
Yang
mengharap,
Aqila.. "
Terkejut
beruk dia apabila membaca isi kandungan surat tersebut dan mendapati bahawa surat
itu adalah daripada Aqila. Hatinya seakan disentap dengan begitu kuat sekali
dan seolah-olah ditusuk lembing sebesar penumbuk. Begitu terkejut dan sakit
hatinya selepas membaca surat tersebut. Dirinya tertanya-tanya kenapa Aqila
sanggup berbuat sedemikian rupa dan sanggup meminta hubungan mereka diputuskan.
Dia segera melangkah keluar dari kelas dengan hati yang tertanya-tanya dan
buntu memikirkan tentang surat yang diterimanya. Dia pergi menemui Aqila yang
sedang mengulang kaji di taman sekolah. Sebaik sahaja sampai, Syamil segera
menanyakan soalan tentang surat yang diterima kepada Aqila.
Syamil : Apa
maksud awak dengan surat ini? Cuba awak jelaskan.
Aqila :
Awak jangan salah faham. Saya hanya nak kita putus. Itu sahaja.
Syamil :
Kenapa awak nak putus, kenapa? Apa yang
menyebabkan awak nak putus dengan saya.
Aqila :
Sebab awak yang buat salah.
Syamil : Apa
salah saya?
Aqila :
Memang awak salah!!!(menahan marah dan sedih) Saya dengar awak berani
memperduakan saya. Awak curang pada saya. Awak sanggup lakukan itu. Awak dah
ada orang lain kan. Awak pergilah kepada dia. Jangan ganggu saya lagi.!!
Aqila
pun terus mengemaskan barangnya lalu melangkah pergi meninggalkan Syamil dengan
hati yang marah dan teramat pedih.
Maka,
hari tersebut merupakan hari yang tidak dapat dilupakan oleh Syamil. Hal ini
kerana baginya Aqila adalah cinta pandang pertama. Hatinya teramat sedih dan
pedih. Berhari-hari dia cuba menerima hakikat dan melupakan kisah yang telah
terjadi. Kejadian tersebut masih segar bermain-main di fikirannya. Dia masih
tidak percaya akan hal yang telah terjadi.
Hari
berganti hari, minggu berganti minggu. Syamil masih bersedih akan kejadian yang
menimpa dirinya. Hari-hari yang ditempuhi sudah tidak secerah, seindah dan
seceria dahulu. Syamil merasakan hidupnya sudah tidak bererti lagi. Tiada lagi
arah tuju. Kejadian itu telah menoreh seribu satu luka di dalam dirinya. Luka
yang di sertai sedih, pilu dan pedih bersama.
Dikala
Syamil sedang lemah mengharungi keperitan hari-hari yang dilalui dengan rasa tak
dapat diluahkan oleh kata-kata, masih ada kawan yang setia di sisinya memberi
sokongan serta dorongan kepadanya. Seorang kawan yang paling layak mendapat
tahta sebagai saahabat sejati. Beginilah betapa pentingnya seorang sahabat
sejati.
Kawannya
yang bernama Azlan datang menghampiri Syamil di satu sudut untuk menceriakan
Syamil serta memberikan dorongan dan sokongan yang sewajarnya sebagai suntikan
semangat kepadanya.
Azlan : A.. Amil. Aku nak cakap sikit boleh?(menarik kerusi
lalu duduk)
Syamil : Ada apa? Cakap la.(suara tak bermaya)
Azlan : Aku ni bukan apa.. Aku sebenarnya kesian tengok kau
ni.. Termenung sana, termenung sini. Aku tahulah kau tengah sedih lagi dengan
kejadian hari tu. Sudah-sudahlah ya. Tak baik dikenangkan sangat. Yang lepas
biarkan berlalu. Kita tutup buku lama, kita buka buku baru, azam baru, semangat
yang baru.. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau kau asyik macam ni.. Tak
syok la bro.
Syamil : Aku tak boleh terima la bro. Sampai hati dia buat
macam ni kat aku. Padahal, aku rasa, aku tak buat salah pun kat dia. Aku tak
habis pikir la. Macam mana dia boleh cakap yang aku duakan dia.
Azlan : Relax la bro. Mungkin dia salah faham kot. Tak pun
sebaliknya.Perempuan ni susah sikit. Sekejap macam tu, sekejap macam ni.
Syamil : Hrmmm... aku tak boleh lupalah apa yang berlaku hari
tu. Lagi-lagi dia. Kau sendiri pun tahukan, dialah satu-satunya cinta pandang
pertama aku. Susahlah nak lupakan.
Azlan : Ya.. Aku faham. Tapi, sudah-sudahlah tu ya. Tak
bermakna hidup kau dah tak berguna selepas kau berputus dengan dia. Bunga bukan
sekutum bro. Kau lupakan je la apa yang terjadi ya. Mulakan hidup baru. Kalau
kau nak sangat kat diaa, kau pikatlah dia balik. Peluang banyak lagi. Masa pun
banyak. Semangat ya. Ceria la sikit.
Syamil
pun mengukirkan satu senyuman buat Azlan sebagai tanda menghargai nasihatnya.
Azlan : Macan tu la. Kan nampak ceria sikit. Baru bersemangat.
Syamil : Aku.. Aku tak tahulah nak cakap apa kat kau. Thanks
bro. Kau la satu-satunya kawan yang memahami aku. You my FRIEND.(memeluk Azlan
denganrasa terharu dan mengalirkan sedikit air mata gembira)
Dalam
keheningan malam yang sungguh mengasyikkan itu, Syamil sudah kembali
mendapatkan semangatnya sekidit demi sedikit. Nasihat dan sokongan yang
diberikan oleh Azlan berjaya menyunting kembali semangatnya.
Kini
dia sedikit demi sedikit mampu menerimanya sebagai kenyataan dan merelakan
kepergian Aqila. Namun, kadang kala dia juga cuba menambat kembali hati Aqila
dengan memujuknya. Akan tetapi, usaha tersebut tidak mendatangkan keberkesanan
lansung walaupun sedikit seperti mencurahkan air ke daun keladi.
Aqila terpikat dengan seorang budak lelaki yang agak kacak. Lelaki tersebut
merupakan rakan sekelasnya yang sama daerah dengannya iaitu Haris. Mereka agak
mesra sejak dulu lagi. Semantara itu, Haris telah terpikat dan cuba memikat
seorang budak perempuan bernama Nabila. Walaupun Aqila mengetahui yang Haris
mencintai Nabila, dia tetap cuba memikat hati Haris. Pada mulanya, Nabila cuba
menerima Haris dalam hidupnya namun dia tidak mampu untuk berbuat sedemikian.
Disebabkan Nabila mengetahui yang Aqila mahukan Haris, hati dan perasaannya
menjadi berbelah bahagi. Nabila masih belum dapat menerima Haris seadanya.

0 Comments