Syamil
mula memikat hati Aqila. Aqila juga sedikit sebanyak ada menaruh hati pada
Syamil.
Di
ASPURA (Asarama Putera). ~ tengah malam *1:00 a.m.
Syamil seperti orang yang sedang angau. Dia asyik mengelamun sahaja. Sedang Syamil asyik mengelamun,
Azlan dan Ariff ternampak dirinya terbaring di atas katil dalam keadaan
tersengih seperti kerang busuk ketika mereka sedang melalui koridor hadapan
biliknya. Mereka mendekatinya. Akan tetapi, Syamil langsung tidak menyedari
kehadiran mereka berdua. Azlan bersepakat dengan Ariff untuk mengenakan Syamil.
Azlan : Ko nampak tak tu?
Ariff : Ape dia?
Azlan : Tu.. Nampak tu.(tunjuk ke arah
Syamil)
Ariff : Ow.. Nampak! Tapi kenapa ? Tak
faham aa.
Azlan : Camni…(suara perlahan) Aku
nampak Syamil tu asyik je mengelamun. Kita datang pun tak perasan. Jadi, apa
kata kita kenakan dia nak?
Ariff : Aku ok je. Tapi nak buat camne?
Azlan : Hrmm… Ahah! Kita buat camni….
Bla bla bla…(berbisik) Ok?
Ariff : Ok...!(teruja) Terbaek a idea ko.
Azlan : Ok.. Ko tunggu sini kejap. Aku nak pergi ambik barang.
Ko tunggu eh.
Ariff : Ya,, ok.. Cepat sikit.
Azlan
terus beredar dengan segera, pergi mengambil barang-barang yang diperlukan untuk mengenakan Syamil.
Selepas seketika, Azlan datang membawa barang tersebut. Mereka bersiap untuk
mengenakan Syamil.
Azlan : Ok.. Dah sedia?
Ariff : Ai, ai kapten!!
Azlan : Good.. Ingat, ikut apa yang aku cakap tadi. Jom..
Mission start!!! Haha.
Azlan
dan Ariff memulakan misi mereka untuk mengenakan Syamil dengan menakut-nakutkan
Syamil. Azlan menolak pintu bilik Syamil. Kreaakk... Bunyi pintu tersebut.
Ariff berjalan dengan sedikit laju dalam
keadaan memakai sehelai kain putih yang menyelubungi tubuhnya melalui hadapan
bilik Syamil yang seolah-olah kelihatan seperti satu lembaga putih yang sedang
terbang. Syamil yang asyik mengelamun terkejut seketika kerana terdengar
hentakan pintu yang dibuat oleh Azlan serta terlihat satu lembaga putih yang
sedang terbang. Syamil kelihatan amat terkejut dengan situasi tersebut. Manakan
tidak, semua ahli biliknya sudah lena diulik mimpi. Azlan mengheret sedikit
kakinya untuk mencipta bunyi orang yang sedang berjalan. Selepas itu, terdengar
bunyi dari arah loker. Syamil menoleh ke
arah loker tersebut. Kelihatan satu lembaga hitam sedang bertenggek di atasnya.
Syamil sudah mulai menggigil ketakutan. Sementara itu, Azlan yang masih di luar
merangkak pelahan-lahan masuk ke dalam bilik itu. Dia cuba mengelak dari
dilihat oleh Syamil. Namun, Syamil perasan seperti ada sesuatu yang merangkak
di atas lantai. Maka, bertambah takutlah dirinya. Badannya menggigil dengan
kuat sekali. Ariff yang berada di atas loker melompat turun lalu merangkak
dengan pantas. Gerak-gerinya menampakkan seolah-olah hantu yang betul. Mereka
berdua menghampiri katil Syamil. Syamil menarik selimut lalu digigitnya kerana
terlalu takut. Mereka semakin dekat dengan Syamil..Tiba-tiba.....
Azlan dan Ariff : Wrraagghhhh!!!!
Serta-merta
menjerit...
Syamil : Arrgghh!!!.. Tolong aku... Arrggh!!!
Azlan
dan Ariff begitu geli hati sekali melihat reaksi Syamil. Mereka ketawa
tebahak-bahak.
Azlan : Oii, Amil. Oi, oi.. Ni kitorang la..(ketawa)
Ariff : A’a lah. Kitorang ni. Jangan la menjerit kuat sangat.
Nanti orang lain marah kan.
Syamil
berhenti menjerit. Tetapi, Ariff dan Azlan masih ketawa sampai terkeluar air
mata mereka.
Syamil : Betul ke korang ni?(tertanya-tanya)
Azlan : A’a lah. Kitorang la ni. Sape lagi. Takkan dah tak
kenal kot?
Syamil : Jadi betul la korang ni.
Ariff : Iya... Tak percaya ke?
Syamil : Ow.. Jadi, korangpunya kerja la ye..!!(sedikit marah)
Azlan : Bro, bro.. Relax bro. Takkan nak marah kot.. Kitorang
gurau je.
Ariff : Betul tu bro. Jangan la camni bro. Bawa bertenang.
Syamil : Ok.. Tak pe.. Tapi, aku respect aa korang berdua.
Cantek plan korang. Nasib baik aku tak terkencing dalam seluar tadi. Aku tengok
korang ni ada bakat aa. Real gilerr tadi do. Sumpah aku tak tipu.
Azlan : Oh, betul ke? Biasa la. Tengok la siapa punya idea.
Kan Ariff kan? Hahaha.
Ariff : Betul, betul, betul. Tapi kan, aku tak boleh tahan la
tengok muka ko. Tak tahan aku bila ingat balik.. Kelakar gilerr bro..(menahan
ketawa) Ahak, ahak.
Azlan : Tak pe la kalau camtu. Kitorang cau dulu eh.
Ariff : Baik, baik. Nanti datang hantu betul kan. Hahaha.
Azlan
dan Ariff pun beredar meninggalkan Syamil bersendirian. Syamil kembali
menyambung lamunannya.
Dia
mencapai telefonnya dalam keadaan tersengih-sengih lalu menaip sebuah mesej
kepada Aqila. Setelah beberapa mesej telah diterima balas, Syamil memberanikan
diri untuk mengajukan satu soalan yang amat sukar bagi sebilangan besar insan
yang bergelar manusia. "Adakah dirimu sudi menjadi temanku?".
Begitulah yang telah Syamil taip dalam mesejnya kepada Aqila.
DI
ASPURI (Asrama Puteri) – waktu yang sama
Aqila
yang juga sedang asyik mengelamun terganggu oleh getaran telefon bimbitnya yang
sengaja diletakkan dalam keadaan ‘silence mood’. Dia mencapai telefon tersebut.
Terpampar sekeping mesej dari Syamil. Dia membuka lalu membaca isi kandungan
mesej yang diterima dengan segera.
“Adakah
dirimu sudi menjadi temanku?” Begitulah mesej yang telah diterima oleh Aqila. Aqila
berasa sangat terkejut dan berasa gembira dalam masa yang sama.
Agila
terpaku seketika memikirkan pekara tersebut. Beberapa persoalan bermain di
fikirannya. Antaranya ialah :
# ‘Adakah aku nak terima dia atau pun tak?’
# ‘Dia betul-betul suka kat aku,
atau dia main-main je?’
# ‘Dia sesuai untuk aku ke?’
Sedang
dia terpaku memikirkan jawapan, datang seorang rakan sebiliknya, Balqis yang
sebaya dengannya.
Balqis : Hei!! Kau buat apa ni sorang-sorang hah?
Terkejut
beruk Aqila apabila ditegur sebegitu oleh Balqis.
Aqila : Hah.. Ada apa?
Balqis : kaau okey ke? Dah macam orang kene pukau je aku
tengok. Kau tak apa-apa ke?
Aqila : Hish.. Mana ada. Aku okey je. Tak ada apa-apa lah. Kau
jangan risau ek.
Balqis : Tak apa lah kalau macam tu. Aku pergi tidur dulu ya.
Kau tak nak tidur ke? Tak mengantuk lagi?
Aqila : Tak.. Aku belum mengantuklah. Nanti aku tidurlah. Ada
kerja sikit. Hehe. Kau pergilah tidur dulu eh.
Balqis : Ya lah tu. Ke kau nak bersembang dengan boyfriend kau.
Heheee...
Aqila : Hish.. Mana ada lah. Apa-apa sajalah kau ni.
Balqis : Kau cakap betul-betul. Siap kau kalau kau tipu aku.
Aqila : Betul lah. Aku tak tipu.
Balqis : Dah tu apa? Kat tangan kau tu. Apa dia? Itu bukan ke
telefon? Hee.. Pandai kau kelentong wa eh. Lu ingat wa tarak nampak ka? Mai
sini cepat. Wa mau tengok.
Mereka
pun berebut sesama sendiri.
Balqis : Bak lah sini.
Balqis
berjaya merampas telefon dari tangan Aqila.
Aqila : Balqis, janganlah baca. Wei, janganlah macam tu.
Bagilah balik.
Balqis : Tak nak bagi. Wekk..(jelir lidah) Aku nak baca juga
mesej kau. Haha...
Aqila
tidak berdaya melakukan apa-apa pun. Dia hanya mampu melihat sahaja gelagat
kawanya itu membaca mesej-mesej yang diterimanya.
Balqis : Nak, ambiklah balik telefon kau ni. Hebat juga
mesej-mesej kau eh.
Aqila : Eh mana ada. Biasa-biasa je.
Balqis : Dah tu apa? Siapa pula yang ajak kau bercinta?
Aqila : Hehee... Ada lah. Rahsia.
Balqis : Kenapa kau tak terima saja?
Aqila : Aku baru je nak reply tadi. Tapi, kau pula datang,
terus kacau daun.
Balqis : Ow, macm tu. Tapikan, sejak bila pula bilik ni ada
daun. Pokok pun tadak. Nak kata kau yang tanam, tak pula. Sebab semua yang kau
tanam, makan tanah je akhirnya. Hahaha.....
Aqila : Hiisshh...Kau ni. Ke situ pula. Aku serius lah.
Main-main pula.
Balqis : Hehe.. Biasa lah. Macam tak kenal aku pula kau ni.
Aqila : Memang aku tak kenal pun. Kau siapa hah? Hehe.. Gurau
sajalah. Dah, pergi tidur. Tadi cakap nak tidur.
Balqis : Baik bos. Aku nak tidur lah ni. Ok, daa.. Good night.
Jaga-jaga, nanti ada hantu dantang kat kau. Kacau kau. Haha...
Aqila
: taktakut pun. Wekk.. Bye, good night.
Aqila
menghantar sekeping mesej kepada Syamil setelah menaip jawapan yang telah
difikirkannya.
“Ya.
Saya sudi. Hehe.” Sebegitulah mesej yang telah ditaip dan dihantar kepada
Syamil oleh Aqila. Syamil agak terkejut tetapi gembira dengan jawapan tersebut.
Aqila
sanggup menerima Syamil sebagai temannya. Maka bermulalah kisah cinta antara
mereka berdua.
Kisah
percintaan mereka bertahan agak begitu lama. Percintaan mereka berlanjutan dari
Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 2. Banyak masa yang mereka lalui dan
kenangan-kenangan indah yang telah mereka bina bersama-sama.

0 Comments