Waktu
prep petang.
Syamil
pergi berjalan-jalan ke kelas lain. Dia pergi berjumpa dengan Azlan.
Syamil :
Assalamualaikum...
Ketika
berjalan melangkah masuk ke dalam kelas, Syamil terpandang seorang budak
perempuan iaitu Aqila. Matanya memandang tepat pada Aqila. Seperti ada sesuatu
yang menarik perhatiannya kepada Aqila. Syamil berjalan menuju Azlan.
Syamil :
Lan. Camne? Seronok tak duduk dalam kelas ni?
Azlan : Aku
biasa je. Eh, kau kelas mana hah?
Syamil :
Ow.. Aku kelas 1 Ungku Aziz, sebelah ni je. Eh, aku nak tanya kau sikit boleh?
Azlan :
Bolah je. Kalau aku boleh jawab, aku jawab.
Syamil :
Budak perempuan tu nama apa hah?(tunjuk ke arah Aqila)
Azlan : Budak perempuan yang
mana?(tercari-cari)
Syamil : Ala… Budak yang kat tepi sekali
tu… Dua dari depan.
Azlan :
Ow.. Budak tu ke? Tak tahu la aku.
Kenapa?
Syamil : Tak
ada apa-apa pun. Saja nak tahu.
Azlan : Ok. Sekejap eh. Aku
nak tanya jap.
Syamil : Eh, eh… Tak payahlah tanya dia.
Azlan : Aku bukan nak tanya dia la. Aku
nak tanya kawan aku kat belakang ni. Apa la ko ni.
Syamil : Ow… Ok.
Azlan : Shah, kau tahu tak nama budak
yang duduk kat sana tu?
Shah :
Ow,.. Aku rasa nama dia Aqila kot. Tak tahu la betul ke tak. Cuba kau panggil
dia.
Azlan : Aqila…
Aqila!!!
Aqila
memalingkan pandangannya. Syamil juga begitu. Mata syamil memandang tepat pada
mata Aqila. Syamil terpegun seketika.
Azlan :
Hai…(melambai tangan dengan muka selamba)
Aqila
hanya tersenyum lalu menyambung pembacaannya. Kemudian, Syamil keluar dari
kelas tersebut menuju ke kelasnya. Semasa berjalan, dia asyik memikirkan
tentang Aqila sahaja. Wajah Aqila dengan senyuman terbayang-bayang di
fikirannya.

0 Comments