Suasana
sedikit bising dengan keadaan pelajar bersembang sesama sendiri. Kemudian,
masuk seorang cikgu.
Cg.
Rukiah : Assalamualaikum......
Pelajar :
Waalaikumussalam wbt.
Cg.
Rukiah : Apa khabar semua, sihat?
Pelajar :
Sihat.!!
Cg.
Rukiah : Biar Cg. perkenalkan diri Cg.. Nama Cg. ialah Siti
Rukiah binti Mohd Ghani. Boleh panggil Cg. Rukiah. Saya akan menjadi guru kelas
kamu untuk tahun ini, Insya Allah. Seterusnya, Cg. nak berkenalan dengan kamu
semua boleh? Haa... Mula dari yang depan ni. Boleh bangun dan perkenalkan diri
kamu.
Ariff :
Nama saya ialah Ikhwan Ariff bin Awang Saidi. Boleh panggil Ariff. Saya berasal
dari Pasir Panjang, Kelantan. Cita-cita saya ialah menjadi seorang Falsafah
Bahasa.
Cg.
Rukiah : Ok, sekarang kamu pula.
Daniel : Nama saya ialah Muhammad Daniel bin Muhammad Khairi.
Boleh panggil saya Daniel. Saya berasal dari Kemaman, Terengganu. Saya
bercita-cita ingin menjadi seorang Pakar Bedah.
Haris :
Nama saya ialah Mohd Saiful Haris bin Adnan. Panggil Haris. Berasal dari Dungun,
Terengganu. Bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek.
Hazwan
: Nama saya, Ahmad Hazwan Faiz
bin Mohd Hassan. Boleh panggil Hazwan. Berasal dari Hulu Selangor, Selangor.
Bercita-cita menjadi Jurutera Mekanikal.
Cg. Rukiah : Kamu yang kat tepi sana tu.
Cepat bangun kenalkan diri.
Adam : Nama saya ialah Adam Haikal bin Iskandar Shah. Boleh
panggil Adam. Berasal dari Besut, Terengganu. Saya bercita-cita menjadi seorang
Guru.
Setelah
semua pelajar lain memperkenalkan diri mereka, kini tiba giliran Syamil.
Cg.
Rukiah : Hah, kamu yang kat belakang sana tu. Yang tengah
menyandar tu. Sila bangun. Cepat kenalkan diri kamu.
Syamil :
Oh... Saya ke? Ok. Ehem.... Nama diberi Amir Syamil bin Marzuki. Saya berasal
dari Marang, Terengganu. Bercita-cita menjadi seorang Jurutera pada suatu hari
nanti. Sekian, terima kasih. Terlupa, panggil saya Syamil.
Cg.
Rukiah : Ok.. Terima kasih semua. Sekarang, Cg. nak lantik
jawatankuasa bagi kelas ini pula. Ada sukarelawan? Kalau tidak ada.. Cg. akan
pilih sendiri la ya. Boleh tak ni?
Pelajar :
Boleh!!!
Cg.
Rukiah : Ketua Kelas, saya lantik Ahmad Hazwan Faiz. Penolong
Ketua Kelas, saya lantik Siti Qaniah Maisara. Puteri Nur Nadia, saya lantik
kamu sebagai Bendahari Kelas. Amir Syamil, kamu sebagai Ketua 3K, iaitu
Kebersihan, Keceriaan dan Kekemasan. Ada sebarang bantahan?
Pelajar : Tak
ada, Cg!!!
Cg.
Rukiah : Baik la kalau tak ada, Cg. nak minta diri dulu ya. Cg.
ada urusan lain yang nak diuruskan. Kamu semua jangan lupa bersihkan kelas ni
ya. Ok, Cg. pergi dulu. Assalamualaikum....
Pelajar :
Waalaikumussalam wbt.
Terdapat juga pelajar yang hanya duduk bersembang. Terdapat sebilangan pelajar yang sedang membersihkan kelas. Namun, ada juga yang bermain-main.

0 Comments