Setelah
berfikir masak-masak yang mengambil masa beberapa hari, kini Nabila telah
membuat satu keputusan yang sesuai baginya. Dia memutuskan untuk memilih salah
seorang antara Rafiq dengan Haris. Maka, dia telah memilih Haris. Nabila ingin
berjumpa dengan Rafiq untuk menyatakan jawapannya yang telah difikirkan secara
mendalam.
Di
ASPURA.
Dalam
asyik mengelamun, datang seorang budak memberikan sepucuk surat kepada Rafiq.
Budak :
Bang, ni ada surat untuk abang.
Rafiq :
Ok.. Terima kasih adik.
Rafiq
segera membaca isi kandungan surat tersebut yang tertera
‘’Jumpa di pondok tepi kolam sekarang ‘’.
Dia
pun bergegas menuju ke sana dengan hati yang gembira dan teruja serta
tertanya-tanya. Dia masih sempat memetik sekuntum bunya dalam perjalanan ke
sana. Dia menghampiri Nabila lalu dihulurkan bunga tersebut.
Rafiq : Hai
Nabila.. Ada apa awak nak jumpa saya ni? Pelik betul. Sebelum ni tak pernah
pun.
Nabila :
Saya nak cakap sesuatu kat awak. Awak dengar baik-baik tau. Saya rasa ia
amatlah penting bagi awak dan saya. Soal pertanyaan awak hari tu, saya telah
buat keputusan. Saya telah fikir masak-masak. Yang saya tidak dapat menerima
awak dalam hidup saya. Saya minta maaf tersangat-sangat.
Rafiq
tercengang dengan jawapan yang diberikan Nabila.
Nabila :
Saya minta maaf. Harap awak faham keadaan saya.
Rafiq :
Kenapa awak tak boleh terima saya?(mulai menangis) Adakah awak sudah mempunyai
orang lain?
Nabila : Ya
benar.. Saya sudah memilih orang lain. Orang yang saya rasa lebih sesuai untuk
saya. Sukar saya nak nyatakan di sini. Dia ialah Haris.
Rafiq :
Kenapa saya tak sesuai dengan awak? Apa kurangnya saya dengan dia? Cakap
Nabila, cakap.
Nabila :
Bukannya awak kurang dari dia, tapi…
Rafiq :
Tapi apa? Tapi apa, Nabila?
Nabila :
Tapi saya rasa yang saya tak sesuai dengan awak, bukannya awak tak sesuai
dengan saya. Harap awak faham itu semua.
Rafiq : Apa
kurangnya awak? Apa lebihnya saya? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya awak?
Saya rasa semua itu tak ada bezanya. Semuanya sama sahaja.
Nabila
hanya mendiamkan diri buat seketika.
Rafiq : Ok,
fine.!!! Kalau dah itu pilihan awak. Saya terima. Saya relakan diri lepaskan
awak. Semoga awak bahagia dengan dia… Selamat tinggal!!!
Rafiq
melangkah pergi membawa diri dengan hati yang remuk. Dia berjalan dalam keadan
menangis dan basah dibasahi hujan. Dia terus berjalan. Langkah kakinya begitu
perlahan sekali.
Setelah
kejadian itu, keadaan sudah berubah dengan sekelip mata. Syamil kini berjaya
meyakinkan hati Aqila untuk menerimanya kembali. Mereka kini berbaik semula dan
menjadi teman yang lebih rapat lagi…
Haris
dan Nabila juga tidak kurangnya. Kini, mereka membina hubungan yang lebih erat
lagi. Mereka semakin serasi bersama.
Sementara
itu, Rafiq hanyalah melihat gelagat mereka, Haris dan Nabila dari jarak jauh
sahaja. Hatinya masih pedih selepas kejadian tempoh hari…

0 Comments