Dalam kelas, pelajar-pelajar sedang berbual-bual. Rafiq berbual-bual dengan kawan-kawangnya, Shah dan Azlan yang baru dikenalinya.
Rafiq : Eh korang, apsal korang pilih sekolah ni hah? Cuba korang cite skit.
Shah : Erm….Tak tahu la. Aku rasa sebab sekolah ni dekat dengan rumah aku kot.
Rafiq : Lan, kau pula kenapa?
Azlan : Kalau korang nak tahu, aku tak pilih pun sekolah ni. Aku pilih sekolah lain. Tapi nak buat macam mana, tawaran masuk ke sekolah ni je yang aku dapat. Aku terima je la. Itu pun mak aku yang paksa aku. Kalau nak ikutkan hati, tak nak la aku masuk sekolah camni.
Shah : Habis tu.. Kau pilih sekolah mana?
Rafiq : A’a lah. Kau pilih sekolah apa? Aku nak tahu juga.
Azlan : Sebenarnya…… Sebenarnya….. Sebenarnya…..(muka suspen)
Shah : Sebenarnya, sebenarnya… Kau nak cakap ke tak ni..? Kalau tak nak, baik tak payah. Buat suspen aku je.
Azlan : Sebenarnya, aku pilih sekolah harian biasa je. Hehe.(garu kepala)
Rafiq : Pui… Itu pun susah nak cakap ka ma? Lu banyak susah oo..
Shah : Ow, camtu ke…. Sembang-sembang, aku nak tahu la juga kenapa kau boleh pilih sekolah ni Raf.?
Pada waktu yang sama, Rafiq terpandang seorang pelajar perempuan melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia seolah-olah terpukau akan perempuan itu. Seakan-akan ada aura yang memikat hatinya.
Shah : Oit Rafiq, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Oiit!! dengar tak ni?
Azlan : Oit,. Kau tengok apa tu Rafiq? Sampai tak berkelip aku tengok. Dah macam orang gila dah. Tapi, nak kata gila tak la pula. Kenapa ni?
Shah menepuk bahu Rafiq. Rafiq seakan baru sedar dari alam khayalannya. Dia terpinga-pinga.
Rafiq : Err.. Err..(tergagap-gagap) Eh, apa yang kau cakap tadi hah? Aku tak dengar la. Cuba kau ulang sekali lagi.(melihat ke arah perempuan tadi)
Shah : Ish, ish, ish, kau ni… Apa nak jadi la dengan kau ni ya..(menggeleng kepala) Aku tanya, kenapa kau pilih sekolah ni? Itu je, takkan tak dengar kot.
Rafiq masih tidak mendengar persoalan yang ditujukan kepadanya. Dia begitu asyik menatap perempuan itu.
Shah : Ooiitt!!!(menepuk bahu Rafiq dengan kuat) Kau dengar tak ni?
Rafiq : Ya, ya. Aku dengar la. Tapi, kau cakap pasal apa hah?
Shah : Eh, aku ada cakap kat kau ke?(nada sedikit geram) Aku sembang dengan Azlan la, bukan dengan kau.. Kan Azlan kan?(nada menyenyeh)
Azlan : A’a lah… Kitorang mana ad cakap dengan kau la. Kitorang sembang ber dua je la. Eee, malu nye…
Tiba-tiba, seorang cikgu masuk ke dalam kelas. Semua murid terus senyap serta-merta.
Cg. Khalid : Assalamualaikum..
Semua pelajar bangun.
Pelajar : Waalaikumussalam wbt.
Semua pelajar membaca doa.
Cg. Khalid : Silakan duduk. Biar saya memperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Mohd Khalid bin Mohd Hakim. Saya akan mengajar kamu semua subjek Bahasa Melayu. Saya juga merupakan guru kelas kamu. Ok, ada apa-apa soalan mengenai saya? Kalau tidak ada, sekarang, saya nak kamu semua perkenalkan diri masing-masing. Bermula daripada awak yang sebelah sana.(tunjuk ke arah kiri.*suara garang)
Syakir : Nama saya ialah Syakir Aiman bin Mohd Salman. Boleh panggil Syakir. Saya berasal dari Bachok, Kelantan. Cita-cita saya ialah menjadi seorang Doktor.
Selang 3 orang pelajar, tiba giliran Azlan untuk perkenalkan diri.
Azlan : Nama saya ialah Khairul Azlan bin Razlan. Nama panggilan ialah Azlan. Asal Kuala Terengganu,Terengganu. Bercita-cita menjadi seorang Juruterbang.
Selepas itu adalah giliran Rafiq. Akan tetapi, ketika itu, Rafiq sedang mengelamun.
Cg. Khalid : Ok, seterusnya..!(suara lantang)
Shah : Oit Rafiq, giliran kau la.(menepuk bahu Rafiq)
Rafiq tersedar dari lamunannya.
Rafiq : Hah? Ow.. Ehem, ehem.. Nama saya ialah Abdul Rafiq bin Abdul Samad. Boleh panggil Rafiq. Berasal dari Kajang, Selangor. Bercita-cita menjadi seorang Jurutera.
Shah : Nama saya ialah Ahmad Shah Fahmi bin Ahmad Putra. Berasal dari Kemaman, Terengganu. Bercita-cita menjadi seorang Saintis. Oh lupa, boleh panggil saya Shah.
Nabila : Nama saya ialah Nur Nabila binti Azhar Saad. Boleh panggil Nabila. Asal dari Hulu Terengganu, Terengganu. Bercita-cita menjadi seorang Doktor.
Selang 4 orang pelajar perempuan, kini tiba giliran Akuila pula.
Aqila : Nama, Nur Aqila Arisya binti Badrul Hisyam. Boleh panggil saya Aqila. Berasal dari Dungun, Terengganu. Bercita-cita menjadi seorang Jurutera.
Sebaik sahaja Aqila memperkenalkan diri, kedengaran nada dering daripada telefon bimbit Cg. Khalid. Cg. Khalid segera menjawab panggilan telefon tersebut. Cg. Khalid berbual seketika di luar kelas. Selepas selesai, dia masuk kembali ke dalam kelas.
Cg. Khalid : Minta maaf semua. Cg. ada hal penting yang nak diuruskan sekarang. Jadi, Cg. terpaksa tinggalkan kamu semua. Cg. minta diri dulu ya. Assalamualaikum.(berjalan keluar)
Pelajar : Waalaikumussalam wbt.
Semua pelajar kembali bersembang. Rafiq masih lagi berada dalam alam khayalannya..

0 Comments