Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

LOVE SIGN (A Short Story)

Love Sign


Fiq hanya seorang pelajar biasa. Tidak terlalu miskin dan tidak tersangat kaya. Dia tidak bercakap dengan rakan kelasnya. Malah kurang minat bergaul dengan sesiapa. Dia sering menjadi mangsa buli kepada beberapa orang pelajar yang lain.

Setiap kali habis waktu kelas, dia akan berjalan pulang seorang diri. Dia melangkah keluar daripda kelas untuk pulang dan terserempak dengan sekumpulan pelajar yang suka membulinya. Dia tahu dia tidak mampu untuk meloloskan diri ketika itu. Dia diperas ugut. Fiq enggan memberikan duitnya. Dia mula dipukul oleh pelajar-pelajar itu. Dia di tumbuk di bahagian perut, di muka dan di sepak beramai-ramai. Salah seorang pelajar itu merampas dompetnya lalu mengambil duit yang terdapat dalam dompet itu. Fiq disepak buat kali terakir sebelum mereka beredar.

Fia duduk menyandar di dinding itu buat seketika. Dia menggagahkan diri untuk bangun. Perlahan-lahan dia dia mengorak langkah pulang.

Sama juga pada keesokanya, dia keluar dari kelas untuk menuju pulang. Dia cuba menggunakan jalan lain daripada biasa untuk mengelakkan terserempak dengan kumpulan pelajar itu. Namun, nasib dia tidak berapa bertuah kerana dia terserempak dengan salah seorang daripada kumpulan pelajar itu. Dia cuba mengubah haluan, tetapi, terdapat juga pelajar dari kumpulan itu di arah yang lain, sama juga dengan arah bertentangan. Dia hilang akal untuk melolosakan diri. Seakan dia sememangnya tidak mampu untuk melepaskan diri. Dia akur dengan keadaan itu.

Seorang daripada mereka datang menghampiri. Pelajar itu seakan ketua kepada kumpulan itu. Lalu dia menggenggam erat kolar Fiq, dan meminta duit daripadanya. Fiq berkeras enggan memberikan duit kepada mereka. Pelajar itu menjadi beran dan terus menumbuk muka Fiq. Fiq masih lagi enggan memberikan mereka wang.

“WOII!!”

Tiba-tiba datang seorang budak perempuan menjerkah kumpulan pelajar itu. Pelajar-pelajar itu segera melarikan diri mereka. Perempuan itu menghampiri Fiq yang tersandar lemah di dinding itu.

“kenapa awak tak menjerit mintak tolong?”, tanya pelajar perempuan itu.

Fiq hanya mengiling kepala dan berdiam diri. Selepas seketika, dia pun mengeluarkan buku nota lalu mengoyakkan sehelai kertas lalu menulis sesuatu diatas kertas itu. Kertas itu diberkan kepada pelajar perempuan itu dan Fiq bangun melangkah pergi. Pelajar perempuan itu terkedu memegang kertas itu melihat Fiq berlalu pergi.

Esoknya, pelajar perempuan itu menghampiri Fiq yang sedang duduk seorang diri di gazebo taman itu.

“hai, awak tengah buat apa sorang-sorang kat sini?”, sapa pelajar perempuan itu.

Fiq hanya berdiam diri dan memberikan senyuman kepada pelajar perempuan itu. Pelajar perempuan itu kembali bertanya.

“camne muka awak semalam? Dah makin okay ke?”

Akan tetapi, masih tiada sepatah pun perkataan daripada Fiq. Hanya senyuman diberikan.  Pelajar itu merasakan keadaan menjadi arkward.

Merasakan kesian kepada pelajar perempuan itu, Fiq mengeluarkan sabuah buku nota kosong lalu menulis “ maaf,  saya x boleh cakap,”. Dia menghulurkan buku itu kepada pelajar perempuan itu. Kata-kata yang ditulis oleh Fiq membuatkan pelajar itu menunjukkan riaksi pelik dan tertanya-tanya. Fiq menambah, “ saya bisu. Sorry”

Pelajar perempuan itu terkejut dengan kenyataan itu dan dengan segera mengatakan maaf kepada Fiq. Dia juga bertanyakan, “ boleh saya tahu nama awak apa? Panggil saya Syafaa”

“nama saya Fiq. Hai” balas Fiq dalam buku nota itu.

“kenapa saya tengok awak macam tak bergaul sangat dengan kawan-kawan awak?” tanya Syafaa lagi.

“tak semua orang suka bergaul dengan saya. So, saya lagi suka menyendiri.”- Fiq

“awak tak ada kawan la ni? So, let’s be friend then”, kata Syafaa dengan senyuman terukir.

“awak tak kesah ke? Ye lah, saya ni kan bisu”, balas Fiq.

“tak, apa salahnya.”, Syafaa membalas lagi.

Fiq hanya memberikan senyuman gembira.

 

Fiq dibuli lagi, dan Syafaa lah yang menjadi penyelamat dan yang menolong nya.

Satu hari, Fiq ingin menyatakan yang Syafaa telah membuatnya suka akan Syafaa. Fiq ternampak Syafaa sedang berjalan berduan dengan seorang lelaki. Mereka kelihatan gembira. Kejadian itu membuatkan hasrat Fiq musnah di pertengahan jalan. Fiq merenung sedih dan hampa buku notanya. Tertera “Awak suka saya tak?”. Dan, dia berlalu pergi.

Selepas hari itu, Syafaa terlihat sering berjalan berdua dengan lelaki yang sama.

Fiq masih dibuli. Lalu datang Syafaa. Fiq segera bangun dan berlalu pergi. Syafaa seakan terkilan dengan perbuatan Fiq yang secara mendadak berubah dan bersikap dingin terhadap dia.

Pada satu ketika, Fiq sedang duduk berseorangan di gazebo taman. Syafaa datang dan duduk bertentangan dengan Fiq.

“kenapa awak mengelak dari saya?”, tanya Syafaa. Namun tiada balasan diberikan.

“baiklah, kalau awak dah tak nak kawan denga saya, saya pergi dulu, bye”, ucap Syafaa.

“aaaa”, Fiq mengeluarkan bunyi tersebut membuatkan Syafaa berpaling kembali.

Fiq pun mengeluarkan sebuah buku nota. Tertera diatas buku nota itu, “I LOVE YOU”.

Syafaa duduk terdiam dan mengambil buku itu. Dia membalas. “I LOVE YOU TOO

Fiq terbangun gembira sambil melompat – lompat. Syafaa hanya tersenyum melihat karenah Fiq. Perkara itu membuatkan Syafa mengalirkan air mata gembira.

 

~ TAMAT ~


VigLink badge

Post a Comment

0 Comments