Setiap hari
wad di hospital ini tak pernah lengkang daripada pelawat datang berkunjung dan
ziarah-menziarahi. Ramai daripada mereka adalah orang dewasa dan warga emas.
Mereka datang dari jauh mahupun dekat untuk menziarahi pesakit di sini yang
mana mungkin adik-beradik atau saudara-mara mereka. Tapi aku, tiada sesiapapun
yang hendak datang menziarahi diri ini. Tiada lagi sesiapa yang aku ada selain
Tuhan yang Satu. Ibu dan ayah aku entah di mana, entah masih hidup atau pun
tidak.
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Semua pesakit di sebelah dan berdekatan aku ditemani oleh ahli keluarga mereka. Lalu, terpandang oleh aku seorang budak perempuan yang setia di sisi ibunya. Menjaga dan menemani ibunya yang telah berminggu-minggu terlantar sakit di wad ini akibat mengalami kegagalan buah pinggang.
![]() |
Sumber - ohsemput.com |
Melihat budak
tersebut membuatkan aku terkenang kembali akan kisah silam aku. Ketika itu aku
masih seorang pelajar,calon SPM pada tahun tersebut. Aku merupakan seorang yang
sangat disegani oleh guru-guru dan rakan-rakan. Aku boleh dikatakan seorang
yang sangat berdisiplin dan selalu membantu para guru. Di rumah, aku juga
selalu membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah. Kadang-kala akulah yang
menjadi tukang masak, penyidai kain dan
tukang sapu. Aktiviti kerohanian seperti
mengaji dan mendengar ceramah agama juga aku lakukan. Selalunya aku akan pergi
bersama kawan baik aku, Fatin, seusia dengan aku.
Semua itu tidak
mampu bertahan lama. Segalanya berubah setelah seseorang yang dikenali aku
melalui laman maya telah mengubah segalanya. Aku semakin rapat dengan rakan
maya aku itu. Kawan-kawannya memanggil dirinya Ben sebagai nama panggilan. Dia
lebih berumur daripada aku. Perbezaannya antara 5-6 tahun.
![]() |
Sumber - Mingguan Wanita |
Mulanya, dia
ada mempelawa aku untuk keluar bersama, namun aku menolak perlawaan itu dengan
pelbagai alasan. Berkali-kali dia mepelawa aku keluar. Tiada lagi alasan yang
hendak aku berikan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk keluar dengannya buat
kali pertama. Riak wajahnya tidak sedikitpun mempamerkan sifat jahat. Mukanya
kelihatan begitu baik, suci dan murni. Hati aku tiada terdetik sedikitpun
mengatakan dia seorang yang berhati busuk.
Aku dibawa
bersiar-siar ke sana dan sini meronda-ronda keliling pekan. Hati aku berasa
gembira sekali dapat keluar bersiar-siar sedemikian rupa. Semenjak itu, aku
sering keluar bersama Ben. Aku sudah tidak menghiraukan pembelajaran aku. Tidak
lagi meluangkan masa mengulang kaji dan melakukan aktiviti kerohanian bersama
Fatin.
Fatin
menyedari akan perubahan yang berlaku ke atas aku. Dia berasa kehairanan kenapa
aku boleh berubah sedemikian rupa. Dia mendapat tahu yang perubahan sikap aku
disebabkan berhubung rapat dengan Ben. Dia berdepan dengan aku dan memberikan
aku nasihat agar berhati-hati kerana Ben mungkin seorang yang merbahaya dan
jahat. Dia menasihati aku dengan bahasa yang sopan dan tidak menggunakan emosi.
Dia tak nak kehilangan kawan yang mana menjadi rakan karibnya selama ini, Fatin
meluahkan rasa hatinya. Namun, nasihat yang diajukan Fatin tidak sedikitpun aku
hiraukan. Aku langsung tidak mengikuti nasihatnya. Bagi aku, itu semua hanyalah
pekara yang mengarut. Tidak mungkin orang yang sebaik Ben merbahaya dan jahat,
kata aku dalam hati. Aku terus berkawan rapat dengan Ben.
Banyak masa
telah aku luangkan untuk bersama Ben, terutamanya di hujung minggu. Keluar
pagi, petang baru aku balik. Kadang-kala sampai ke malam baru aku kelihatan di
rumah. Ayah dan ibu aku semakin naik beran dengan perangai aku. Keputusan
peperiksaan semasa aku jatuh merudum. Sikap aku tetap jua tudak berubah,
walaupun peperiksaan SPM semakin menghampiri.
Tibalah hari
peperiksaaan. Aku menjawab dengan ilmu dan kefahaman yanga aku ada sebelum ini.
Sedikipun aku tidak mampu menjawab. Segalanya bagaikan lenyap daripada kotak
pemikiran aku. Aku merenung jauh kertas yang diedarkan. Bagaikan orang tak
berpelajaran, buntu untuk menjawab. Setiap hari, aku menduduki peperiksaan
dengan keadaan yang sama.
![]() |
Sumber - addindeen.com |
Hari berlalu
dengan pantas. Keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan. Aku melangkah masuk
dengan perasaan tiada mengharap. Kawan-kawan aku sekeliling, semuanya gembira.
Ada juga yang menangis kecewa dan ada yang menangis gembira setelah mnerima
slip keputusan peperiksaan. Aku melihat slip keputusan di tangan aku dengan
hati yang kosong. Langsung tidak menunjukkan respon gembira atau kecewa. Slip
keputusan tersebut aku bawa pulang. Ibu dan ayah aku diam tak terkata. Juga
tiada respon daripada mereka. Ibu dan ayah ayah mana yang tidak kecewa dengan
anak yang selama ini menjadi harapan keluarga akhirnya menhancurkan harapan itu
dengan begitu sahaja. Mereka hanya menyimpan kekecewaan itu. Menahannya dengan
kesabaran dalam diri.
Keputusan yang
aku perolehi tidak mampu meluluskan aku untuk melanjutkan pelajaran ke
mana-mana institusi pengajian. Aku hanya menjadi bebanan kepada ibu dan ayah
aku sahaja seperti melukut di tepi gantang. Di simpan tak berguna di buang
sayang. Masa aku banyak diluangkan untuk keluar dengan Ben. Boleh dikatakan
setiap hari aku keluar bersama-sama Ben.
Suatu hari,
seperti biasa, aku keluar bersama Ben. Aku masih lagi ingat akan hari itu. Hari
itu merupakan ulang tahun kemerdekaan. Aku keluar pergi meraikan sambutan ulang
tahun kemerdekaan di ibu kota. Aku keluar sejak pagi lagi. Aku menikmati
kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan pada waktu tengah malam setelah
seharian bersiar-siar ke sana-sini. Aku pulang ke rumah pada keesokan harinya.
Ibu dan ayah aku sudah sedia menunggu aku di ruang tamu rumah.
“Ehhem!! Baru
jumpa jalan balik ke rumah?”, soal bapa aku dalam nada menyindir. Aku tidak
menghiraukan soalan yang diajukan. Kaki aku terus melangkah pergi.
“Oi, Sarah.
Kau duduk sini sekejap, ayah nak cakap. Kau pergi ke mana semalam sampai pagi
baru balik? Kau buat apa dengan jantan tak guna tu !”,marah ayah aku.
“Mana ada buat
apa-apa. Sarah pergi tengok sambutan ulang tahun kemerdekaan saja. Kalau dengan
lelaki itu pun apa salahnya.”,jawab aku bersahaja.
“Tak salah kau
cakap. Ingat,kau perempuan, dia itu lelaki. Kalau jadi apa-apa, ayah yang
susah. Aku besarkan kau bukan untuk jadi macam ini.”
“Yang ayah nak
marah sangat ni kenapa? Kan dah cakap,Sarah bukan buat apa-apa pun.”, balas
aku.
“Mula-mula,memang
tak ada apa-apa. Lama-lama? Macam-macam boleh jadi. Ayah tak nak kau jadi macam
perempuan-perempuan jalanan dekat luar sana tu.”,tengking ayah lagi.
“Dah, jangan
banyak cakap. Ayah nak kau duduk dekat rumah ni. Jangan keluar dengan
siapa-siapapun. Ayah tak benarkan. Keputusan ini muktamad!!”,tambah ayah,sebaik
saja aku ingin membuka mulut membantah.
“Argh!!!
Pening !!” aku melangkah pergi dengan muka yang masam. Tidak puas hati dengan
keputusan yang ayah putuskan untuk aku. Aku mengurung diri di dalam bilik. Aku
tidak berganjak langsung dari situ, malahan tidak menyahut panggilan ibu untuk
turun makan. Aku mengemaskan semua pakaian ke dalam beg. Aku merangcang untuk
keluar dari rumah. Kalau tidak, aku akan terus berada dalam kengkangan ayah.
Hampir jam dua
belas malam, aku meneruskan perancangan aku dengan menyelinap keluar secara
senyap-senyap melalui pintu belakang. Sewaktu itu, ibu dan ayah aku sudah lena
diulit mimpi masing-masing. Aku menghalakan langkah kaki aku ke rumah Ben
dengan berjalan kaki setelah berjaya melarikan diri dari rumah.
![]() |
Sumber - fppmkolejuniti.blogspot.com |
“Haaa...Kau
rupanya Sarah. Aku ingatkan siapa tadi. Ada apa ini? Dengan membawa beg besar
segala.”,soalan diajukan oleh Ben setelah membuka pintu rumahnya.
“Aku
sebenarnya baru lepas lari dari rumah. Rimas aku duduk di rumah tu. Asyik kena
marah saja. Dah lah ayah aku larang aku keluar dengan kau. Aku pun apa
lagi,cabut sajalah. Senang cerita.”,jawab aku dengan perasaan yang tidak puas
hati sambil melangkah masuk ke dalam rumah Ben.
“Boleh ke tak
aku tumpang tinggal dekat rumah kau ni?”,tanya aku.
“Ehh..boleh
saja. Siapa yang cakap tak boleh. Duduklah seberapa lama yang kau nak. Aku tak
kesah pun.”,jawab Ben selamba.
Sejak itu aku
tinggal sebumbung dengan Ben. Aku tidak pula menghiraukan kata-kata jiran
tetangga berdekatan. Kami tetap tinggal satu rumah walaupun belum bernikah. Aku
selalu menemani Ben pergi ke mana sahaja. Bersiar-siar,berjumpa dan melepak
dengan kawan-kawannya. Di mana ada Ben di situ ada aku. Tidak boleh di pisahkan
bagai isi dengan kuku.
Semakin lama, perangai aku tidak ubah seperti Ben, melepak sana sini. Aku juga tidak menghiraukan malahan tidak pula melarang Ben melakukan kerja yang selama ini di lakukannya. Aku seperti sudah terbiasa menemani Ben pergi mengedar dadah kepada pelanggan-pelanggannya di sekitar ibu kota. Selalunya Ben akan membawa aku melepak di kelab-kelab hiburan selepas mengedar dadah. Lama kelamaan,aku semakin menggemari keadaan di sana. Semua budaya baik yang diterapkan dalam diri aku kian memudar. Segalanya sudah lenyap dari hidup aku. Aku melayari kehidupan yang menjadi sebahagian daripada jiwa aku sekarang walau itu hanya keindahan nikmat dunia semata-mata. Semua perkara itu bagaikan hobi bagi aku. Aku sering melakukannya hari demi hari.
Kuredahi Gelora Samudera - Bahagian 2 >>>

0 Comments