Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

IN RETURN (A Short Story)

In Return


Yana. Seorang perempuan yang sangat peramah. Dia dikenali dengan sikapnya yang sangat baik hati. Hal itu membuatkan dia disegani ramai. Tidak kurang juga manusia-manusia yang benci melihat dia dengan sikapnya yang baik itu. Sikap iri hati mereka sememangnya tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.

Tiara. Merupakan kawan kepada Yana. Mereka sering melepak bersama dan melakukan aktiviti yang lain. Mereka kebiasaanya akan melakukan sesuatu bersama-sama. Hal itu melibatkan kawan yang lain termasuklah Wani dan Nurin.

Tiara mengada-adakan kenyataan dan membuatkan Wani termakan akan kata-kata nya, hal itu menimbulkan pergaduhan antara Wani dan Yana. Namun begitu, Yana tidak menunjukkan kebenciannya. Malah dia cuba untuk menjernihkan keadaaan.

Selepas berbaik, Wani berkawan seperti biasa dengan Yana. Sama seperti Tiara. Walau begitu, Wani masih menyimpan perasaan benci terhadap Yana. Mereka akan menunjukkan perlakuan baik dihadapan Yana, tetapi akan mengumpat, mengutuk dan bermacam lagi apabila di belakang Yana. Yana mengetahui akan perkara itu, namun dia tidak menghiraukanya demi menjaga ikatan persahabatan mereka. Dia memegang teguh prisip hidupnya, ‘ buat baik kepada sesiapa sahaja walaupun orang itu berbuat jahat pada kita’. Dia seorang yang sangat sayang akan kawan-kawanya.

Tiara semakin menjadi sombong apabila Kamil, seorang yang agak tampan menjadi teman lelakinya. Tiara juga pernah menggunakan situasi perbualan Yana dan Kamil untuk menyebarkan keburukan tentang Yana. Dia sangat anti apabila melihat Yana dan Kamil berbual-bual walaupun ianya bertujuan pembelajaran dan urusan kerja.

Ditakdirkan. Suatu hari, Tiara dan Wani keluar berjalan-jalan dan kereta yang dinaiki mereka meragam secara tiba-tiba. Kereta itu tidak dapat dihidupkan.  Mereka tersadai di tepi jalan yang sunyi. Jalan itu sangat jarang dilalui orang. Mereka menelefon Kamil untuk meminta tolong. Sayangya, Kamil telah pulang kerumahnya atas urusan penting. Mereka cuba meminta tolong daripada kawan mereka yang lain. Semuanya mempunyai kerja dan tidak dapat menolong mereka. Mereka buntu dan hilang akal. Mereka berfikir dan hanya seorang sahaja pilihan terkhir mereka, iaitu Yana. Mereka bernasib baik kerana Yana berkelapangan dan mempunyai kenderaan untuk pergi menolong mereka. Mereka merasakan kesal dan malu akan perbuatan mereka kerana, walaupun mereka berbuat jahat pada Yana. Yana tetap sudi menolong mereka.

“Walau sesiapa pun kita, berbuat baiklah kepada semua. Jangan sesekali melakukan keburukan terhadap orang lain. Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja. Mungkin hari ini kita membenci mereka, kita berbuat jahat kepada mereka. Entah esok atau bila-bila, mereka akan menjadi penyelamat, penolong kita saat kita memerlukan bantuan”

 

~ TAMAT ~


VigLink badge

Post a Comment

0 Comments