Kita sering
mendengar tentang isu berkaitan harga rumah yang sentiasa berlegar-legar di
sekeliling kita, sama ada di media sosial dan juga dalam perbualan orang ramai.
Isu ini merupakan antara isu yang panas dan besar pada pandangan rakyat, boleh
dikatakan kesemua rakyat merasakan sedemikian.
Saban hari,
permasalahan berkaitan isu hartanah atau pun harga rumah ini tidak kelihatan
jalan penyelesaiannya. Walau terdapat rumah yang didirikan dengan harga mampu
milik, namun ia tidaklah se ‘mampu milik’ yang dikatakan. Hal ini kerana isu
gaji atau pendapatan rakyat yang tidak selari dengan kenaikan harga rumah ini
saban tahun.
Ramai juga
masyarakat yang tidak begitu mengetahui punca, sebab serta faktor yang
menyebabkan harga rumah yang dibina ini diletakkan harga sedemikian rupa.
Sememangya banyak faktor dan sebab yang diambil kira bagi menentukan harga
sesebuah rumah ataupun hartanah tersebut, antaranya kedudukan kawasan dan jenis
rumah tersebut.
Dengan itu,
sedikit perkongsian berkaitan status perumahan di Malaysia setakat ini.
Pada tahun
2019, jumlah keseluruhan perumahan yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak
5,727,814 unit dan 253,056 unit Service Apartments. Terdapat sejumlah 443,161
unit rumah yang akan disediakan.
![]() |
Jumlah Stok 2019 |
![]() |
Jumlah Akan Datang |
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh National Property Information Centre (NAPIC), perubahan harga rumah tahun 2019 dilihat berubah pada nilai yang sedikit berbanding tahun 2018. Namun begitu, harga rumah masih meningkat sedikit, dengan purata harga pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 417,974 dan tahun 2019 adalah sebanyak RM 426,155. Dapat dilihat perbezaan harga sebanyak RM 8,181.
![]() |
Perubahan Tahunan |
Rumah jenis Teres adalah antara rumah yang paling besar perubahan yang dicatatkan berbanding tahun 2010. Harga Rumah Teres pada tahun 2010 adalah berjumlah RM 188,207 manakala pada tahun 2019 adalah berjumlah RM 390,763.
Statistik juga
menunjukkan Median House Trend 2010 – 2019 di Malaysia bermula pada
tahun 2010 adalah sebanyak RM 158,000. Peningkatan yang agak mendadak pada
tahun 2012 – 2013. Ia terus meningkat sehingga bernilai RM 303,000 pada tahun
2018 dan sedikit menurun pada tahun 2019 iaitu RM 289,646.
![]() |
Median House Trend 2010 – 2019 |
Selain itu, kita dapat lihat jumlah rumah-rumah yang dibina terjual dan tidak terjual. Terdapat sebanyak 123,825 buah unit telah dilancarkan pada tahun 2019. Daripada jumlah tersebut, hanya 75.2% (93,116 unit) terjual dan bakinya sebanyak 24.8% (30,664 unit) adalah tidak terjual atau pun ‘Overhang’.
![]() |
Prestasi jualan unit 2019 |
Trend of Overhang 2015 – 2019 pula menunjukkan peningkatan dari tahun 2015 sehingga tahun 2018 dan sedikit berkurang pada tahun 2019. Sejumlah 32,313 unit dengan nilai RM19.86 Billion dicatatkan bagi tahun 2018 manakala 30,664 unit dengan nilai sebanyak RM18.82 Billion pada tahun 2019.
![]() |
Trend of Overhang 2015 – 2019 |
Trend of Unsold Under Construction 2015 – 2019 mencatatkan berubah-ubah pada setiap tahun. Jumlah berkurangan pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 iaitu berjumlah 72,692 unit bagi tahun 2019 dan 80,894 unit bagi tahun 2018 dengan perbezaan sebanyak 8,202 unit. Jumlah 72,692 unit bagi tahun 2019 adalah mewakili 38.9% daripada jumlah keseluruhan unit dalam pembinaan yang telah dilancarkan iaitu 186,888 unit. Hal ini bermaksud 61.1% dari jumlah keseluruhan tersebut telah terjual.
![]() |
Trend of Unsold Under Construction 2015 – 2019 |
![]() |
Prestasi Jualan Unit dalam Pembinaan |
Anda boleh menonton video yang dikeluarkan oleh R.AGE di bawah bagi mengetahui punca kenaikan harga rumah di Malaysia.
Why are Malaysian homes so expensive? | NEWSFLASH
JPPH (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta) Malaysia ada menyatakan didalam “Property Market Brief 2019” bahawa antara cabaran paada tahun 2020 antaranya adalah seperti berikut :
- Residential, commercial & leisure sector are expected to face challenges
- Market activity and absorption may be slower given the current economic and financial situation
- Overhang and unsold may probably level up in 2020
- Prices are expected to soften
- Downward pressure on rental
Isu harga rumah ini memberikan impak yang besar terhadap masyarakat di Malaysia tidak mengira kaum mahupun bangsa. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungking dan secepat yag mampu bagi meringankan beban dan tekanan yang diterima oleh kebanyakan rakyat. Hal ini kerana mempunyai tempat tinggal adalah sesuatu yang termasuk di dalam keperluan asa bagi setiap manusia.
Itu lah serba sedikit perkongsian berkaitan harga rumah di Malaysia. Semoga ia dapat memberikan sedikit info dan maklumat kepada anda semua. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut di lawan web rasmi National Property Information Centre (NAPIC) untuk maklumat lebih tepat dan lebih lanjut. Link disertakan di bawah. Sekian, terima kasih.
Rujukan :
National Property Information
Centre (NAPIC)
080420Mean&MedianHouse2019 (pdf)
080420AllSector2019Stock
080420Unsold&OverhangRes2019 (pdf)
080420MHPI2019 (pdf)
NewLaunches2019 (pdf)
PropertyMarketBrief2019 (pdf)
FlyersLaunchingLPHH12019 (pdf)

0 Comments