Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Cerita Kedua Penulisan Aku



Kali ini, aku nak berkongsi cerita kedua yang aku karang. Cerita ini aku karang juga ketika sekolah menengah. Juga semasa Tingkatan 4.

Waktu itu, kalau tak silap, bulam Ogos rasanya. Ada satu Poster yang ditampal pada papan kenyataan kelas. Poster tersebut adalah berkaitan Pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan jika tidak silap lah. Atau pun sempena Hari Malaysia.

Disebabkan aku ada rasa nak berkarya gitu masa tu, jadi aku ambil keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan tu ada Tema yang diberikan, tetapi aku sudah lupa apa Teman tersebut. Antara syarat yang dinyatakan adalah perlu menulis Cerita Pendek/Cerpen macam tu. Penulisan yang hendak dihantar perlulah dalam bentuk "Hard Copy" dan "Soft Copy". Maksudnya, aku kena menulis cerita aku di dalam Microsoft Office dan print satu salinan untuk dihantar bersama.

Aku tinggal di asrama. Sememangnya tidak mendapat akses yang senang kepada komputer. Alhamdulillah, Senior bilik sebelah ada membawa komputer riba ketika itu kerana terdapat program yang memerlukan dia membawanya. Aku mengambil kesempatan tersebut untuk meminjam untuk seketika.

Sebelum aku menaip di dalam komputer, aku terlebih dahulu menulisnya cerita aku di atas kertas. Aku lebih selesa menulis cerita tersebut sehingga selesai dahulu dan kemudian barulah menaipnya kembali di dalam komputer.

Di sebabkan tidak mempunyai banyak waktu, keranan sudah hampir dengan tarikh tutup penyertaan, aku menaip cerita aku usai menunaikan solat subuh sebelum ke sekolah dan pada waktu malam selepas balik daripada kelas persediaan waktu malam.

Alhamdulillah, sempat menghantar cerita aku itu. Akan tetapi, aku masih tertanya-tanya sehinggan sekarang, kenapalah aku tidak mendapat sijil penyertaan kerana dinyatakan akan setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Sungguh kehairanan aku dibuatnya.

Okay lah. cukuplah rasanya aku membebel panjang.

Jadi, inilah dia, cerita aku yang kedua.



KUREDAHI GELORA SAMUDERA



Sekian, terima kasih. Semoga terhibur.


VigLink badge

Post a Comment

0 Comments