Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Berakhirnya Hayat Flash Player

Pastinya ramai yang pernah bermain Game Online Ketika di zaman persekolahan dahulu. Antara permainan yang di sukai ramai termasuklah Cat vs Dog, Skull Kid dan sebagainya.

Credit - minitool.com

Tetapi, tahukah anda, semua permainan ini menggunakan Flash Player. Saya yakin dan percaya, semua orang mengenali Flash Player. Adobe Flash Player merupakan antara yang banyak digunakan untuk Multimedia Content seperti  Animations, Rich Internet Applications, Desktop Applications, Mobile Applications, Mobile Games dan sebagainya.

Hal ini agak menyedihkan apabila Adobe telah mengumumkan untuk menghentikan perkhidmatan Adobe Flash Player. Pengumuman ini telah di buat pada 25 Julai 2017. Adobe menyatakan bahawa Flash Player akan berakhir pada 31 Desember 2020. Ini merupakan tarikh rasmi untuk  end-of-life Flash.

Given this progress, and in collaboration with several of our technology partners – including AppleFacebookGoogleMicrosoft and Mozilla – Adobe is planning to end-of-life Flash. Specifically, we will stop updating and distributing the Flash Player at the end of 2020 and encourage content creators to migrate any existing Flash content to these new open formats.” - Adobe

Skull Kid Game

Dengan berakhirnya hayat Flash, banyak permainan yang menggunakan Flash tidak lagi dapat digunakan dan dimainkan.

Google juga telah mengumumkan untuk menghentikan penggunakan Falash dan akan membuang sepenuhnya dari Chrome.

“ Chrome will continue phasing out Flash over the next few years, first by asking for your permission to run Flash in more situations, and eventually disabling it by default. We will remove Flash completely from Chrome toward the end of 2020. “ – Google

Browser yang lain seperti Mozilla juga mengambil langkah sama dengan menghentikan penggunaan Flash.

“ Flash will be disabled by default for most users in 2019, and only users running the Firefox Extended Support Release (ESR) will be able to continue using Flash through the final end-of-life at the end of 2020. “ - Mozilla

Manakala, Internet Explorer pula akan terus menggunakan Flash sehingga berakhirnya hayat Flash pada 31 Desember 2020 nanti dan akan membuang sepenuhnya selepas daripada tarikh tersebut.

We will phase out Flash from Microsoft Edge and Internet Explorer, culminating in the removal of Flash from Windows entirely by the end of 2020. “ - Microsoft

Pengakhiran hayat Flash merupakan sesuatu yang besar kepada banyak syarikat. Namun, ia tidak lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan serta semakin berkurang hari demi hari. Sementara masih ada masa, bolehlah kita bermain lagi permainan-permainan Ketika zaman kanak-kanak dahulu.

 

Rujukan :

https://www.focuseduvation.com/flash-html5-end-life-flash-will-mean/

https://theblog.adobe.com/adobe-flash-update/

https://www.blog.google/products/chrome/saying-goodbye-flash-chrome/

https://en.wikipedia.org/wiki/Adobe_Flash

https://blog.mozilla.org/futurereleases/2017/07/25/firefox-roadmap-flash-end-life/#:~:text=This%20morning%2C%20Adobe%20announced%20its,at%20the%20end%20of%202020.&text=Flash%20will%20be%20disabled%20by,at%20the%20end%20of%202020.

https://blogs.windows.com/msedgedev/2017/07/25/flash-on-windows-timeline/



VigLink badge


Post a Comment

0 Comments